Followers

Wednesday, January 19, 2011

♥ Bergadai nyawa kutip syiling RM75,000 ♥

Orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuh raya dalam kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta BMW melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa duit syiling di susur keluar Pedas, Negeri Sembilan, semalam


REMBAU 18 Jan. - Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.
Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.

Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.
Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.
"Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.

"Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan," ujarnya di sini hari ini.
Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

"Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.
"Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat," katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.
Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.

Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.

Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai 'hilang pertimbangan' sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.

Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.

p/s kengkawan raqsa ape hukumnya ek amik duit tu?suziey selaku panel hukum hakam sila beri pandangan..

Next Entry : ♥ Hoyey Balqis 3rd Place ♥ @ 11.30 am

Kalo Sudi Klik La Iklan Ni ek

15 comments:

BIONIC WOMEN said...

jangan hilang nyawa kerana syiling yg bukan hak kita sudah ler..hadoiiii laa..ad jgk org gini

Cik Jue said...

rasanye mcmtak boleh tapi tak tahule..bab 2 hukum ni tak pandai sanagat..tadi "hot fm" bawa isu ni gak....

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

dah sah2la dosa if amek..bkn hak kite

SURIA AMANDA said...

dah terang2 haram..dah tentu org punya kan..

mummy_ayu said...

ayu pun dgr hot fm pagi ni bincang isu nie..bagi ayu memang tak boleh la sbb bukan hak kita..tapi kalu ayu lalu pun, ayu takkan berenti pun..buat jam, plus bahaya tu..dah la dosa..sian org yg accident tu..dah le cedera, duit syiling kena kebas...jenuh nak jawab kat boss..

atty's said...

Hak orang kita takleh amik.lagi org tu tak halalkan pun

Farra Dhelina said...

bukan milik kita kan..biarkan je lah..

Izan Ishak said...

yang pasti duit2 bertaburan tu mmg hakmilik kita. sama je kalau kita jumpa duit berjuta2 tengah jalan. takkan nak ambik kan. bawaklah pi balai polis...biar polis cari sapa pemiliknya....

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

isk..isk..isk...

MamaYatie said...

tak leh amik la..sah2 bukan kita punya!! mana lebih bernilai RM75k (tu pun kalo dpt collect semua) ker nyawa? huk3x..

Nana said...

hukum jelas haram kan
mcm mencurik
pelik la paper2 arini
kasi istilah rezeki terpijak
dah sah2 tu hak org lain
apa nye rezeki

Shaza Shamsuddin said...

sah2lah tak bleh amek.

Aksi ke Sekolah Giveaway Contest
UPSR-5A, PMR-8A, SPM-9A

EiJa ZaQuaN said...

itu la pagi td dok dgr isu ni dkt hot fm..

kalo ikut asasnya..mmg bukanla hak kita...sepatutnya mmg x bole ambil..

zura@iwan said...

yup..ada bc td psl news ni..sbr je kan...duit kan...sapa x mau..hehe

transformed housewife said...

hukumnya haramm sbb duit tu bukan hak kita.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.