Followers

Saturday, January 1, 2011

♥ Faizal Yusup Meninggal Dunia - Bekas Husband Nana ♥

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi."Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.
Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.
Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

p/a Al-Fatihah untuk arwah & takziah untuk kuarga

12 comments:

ummiaqeef said...

Ya Allah, terkejut baca berita ni. Al-fatihah..

Sari said...

al-fatihah..trkejut dpt tau brita ni..baru je nk layan citer Tiramisu di slot Akasia TV3..

sz | m.s.s said...

alfatihah...

sedihnyaaa oang2 yang ditinggalkan...anak bersama nana baru 2 tahun, wife dia skrg plak mengandung ye...uhuksss...

ajal maut sudah tersurat ... :(

Puteri Satu said...

a'a... akak pun terkejut..

Ena said...

rasanya ni netry ke-3 ke ke 4 pasal perginya arwah Faizal yusof nie..

tu la kan.. bila DIA menjemput tidak ada sesiapa pun dapat menghalang..

Moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

mamaqari said...

kesiannyer..muda2 lg dh sakit jantung..semga faizal ditempatkan di kalangn org beriman...aminnn

mamaqari said...

kesiannyer..muda2 lg dh sakit jantung..semga faizal ditempatkan di kalangn org beriman...aminnn

eT said...

Al-fatihah...
eT pon terkejut bila asben cakap tadi...

meh la join lucky draw plak..:)

LUCKY DRAW

ummuabdullahsyaakir said...

Moga roh beliau dicucuri Rahmat....makin ramai yg tgglkn kita,akn dtg tiba juga msa kita.

amyeryn said...

tu la terkejut gk dpt tau td...trus inform mil kn die kj pusrawi...die pn cal pusrawi tnye...

al-fatihah

e.l.i.z.@ said...

hah??? ya allahhhh...ramai lelaki muda meninggal sebab sakit jantung..takutnye ;(

alfatihah

mama rifQy said...

sangat laa na Tak tahuuuu..terkejut!!! alfatihah!

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.