Followers

Saturday, January 22, 2011

♥ Gambar Pernikanan Ayu Raudhah & Zaquan ♥


Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan N9, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kelmarin (21/1).

Ayu Raudhah kelihatan anggun berpakaian berwarna krim dengan menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu, ibu-bapa Zaquan serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka. Turut menyaksikan majlis akad nikah mereka, kakak Ayu iaitu Rozita Che Wan dan kembar kepada Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan. -Gambar ManggaOnline | mStar | Piccalasso










ALOR SETAR, 22 JANUARI 2011: Selesai majlis akad nikah pada siang harinya, majlis resepsi pasangan pengantin baru, Zaquan Adha, 23, dan Ayu Raudhah, 25, berlangsung dengan meriahnya malam tadi.
Majlis yang diadakan di Taman Mawar, Alor Setar itu dihadiri lebih seribu tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, rakan media, sahabat handai dan peminat yang teruja untuk menyaksikan kedua merpelai bersanding.

Keadaan penuh sesak ini membuatkan perjalanan majlis agak terganggu kerana peminat mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin.
Zaquan dan Ayu yang mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini tiba lebih kurang jam 9 malam dan majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum majlis tepung tawar dari keluarga kedua-dua belah pihak.
Zaquan yang ditemui ketika majlis, menyifatkan hari ini sebagai hari yang penuh bermakna buat dirinya. Sambil menyifatkan isterinya itu sebagai satu semangat baru bagi dirinya, Zaquan bersyukur kerana percintaan dia dan Ayu akhirnya tiba ke jinjang pelamin.
"Syukur, Alhamdulillah. Segalanya sudah selesai di sini. Cuma menunggu majlis di sebelah pihak saya pula. Untuk bulan madu pula, saya belum fikirkan lagi sebab selepas ini saya akan kembali berlatih bersama Negeri Sembilan. Jadi mungkin kami berbincang perkara ini kemudian.

"Soal anak pun saya masih belum terfikir lagi. Segalanya terpulang pada rezeki," ulas Zaquan sambil tersenyum.
Bagi Ayu Raudhah, mengahwini Zaquan adalah ibarat satu impian yang kini tercapai. "Alhamdulillah, jodoh saya sememangnya dengan Zaquan.
"Seperti Zaquan cakap tadi, kami masih belum memikirkan soal bulan madu atau anak. Segala-galanya terpulang kepada rezeki.

"Selepas ini saya akan meneruskan karjaya saya sebagai pelakon. Zaquan sendiri tidak menghalang saya dari meneruskan karier dalam bidang ini.
"Cuma dia ada berpesan, perlu pandai menyesuaikan diri dan memilih antara karier dan kerjaya," jelas Ayu penuh mempersona.

Majlis resepsi ini turut menyaksikan majlis memotong kek di mana Zaquan dan Ayu menukar persalinan menggunakan pereka yang sama iaitu Rizman Ruzaini. Turut hadir ke majlis itu ialah pemain-pemain bola sepak tempatan yang mana majoriti darinya ialah pemain skuad Kedah iaitu Khairil Muhymeen, Sabri Abu, Helmi Eliza dan jurulatih skuad Kedah sendiri, Haji Ahmad bin Yusof.


TQ Pada Yang Sudi Klik2 Iklan DiBawah Ni

8 comments:

Mama Zharfan said...

hehe me pun buat entry psl ayu raudhah gak :) kelakar plak sbb kebetulan sama entry kita, tp content berbeza :)

ibuayahdamia said...

rata2 org buat citer pasal ayu raudhah ngan pasangannya ni...tapi content yang berbeza..hehe.

klik2 HB..

nur choki choki said...

sama cantik sama padan :)

BIONIC WOMEN said...

kawin jugak dowang nih, macam2 cerita timbul sebelum nih..hehe

IbU iMAN... said...

suker...tahniah bt ayu raudah n suami..smg berkekalan hgga ke akhir hyat..

zura@iwan said...

sm cantik sm pndan kan...

Ummi AmnaAmzar said...

aidil lg hensem kan? ayu yg ayu dan seksi..hehe

MamaYatie said...

orang dah cantik..bertambah cantik bila tambah seri pengantin

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.