Followers

Saturday, January 29, 2011

♥ Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini


KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung tahun ini.Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.
"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap."Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.
"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon."Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.
Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman."Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.
"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.Mereka bertunang pada 13 September 2010 .
Memey turut membintangi drama Bola Cinta bersama pelakon Ryzal Jaafar, Ainul Aishah dan Aidil Aziz dibawah terbitan Nafalia Corporation.Drama yang telah pun memasuki musim kedua itu akan ditayangkan pada hujung bulan Mac di saluran TV2.
Sekian,
Happy Blogging

10 comments:

Hezesuze said...

uiks sepatutnye norman ler yg sahkan perkahwinan mereka kan...ni terbalik lak huhuhu

Yan said...

Baguslah..Sebenarnya lebih elok kalau depa ni kawin lebih awal lagi.

Farra Dhelina said...

ee mmg tak minat dgn sememeh ni..ekekeke

dilazfamily said...

saya klik HB Anje .
Meh tukar2 klik hari2

ieda said...

erghh sungguh x minat mereka berdua nie .. adehhhhh

ch@ said...

asyik interframe aja,tapiii tak juga nikah2. seemoga dipermudahkan la utk mereka dua ni.

Mama Hanim said...

awal dia umum.. hujung tahun lambat lg tu..

IbU iMAN... said...

klu jd nikah alhmdlh,klu xjd bt malu jer...

Ummi AmnaAmzar said...

semoga bahagia hendaknya

mama rifQy said...

mmg sgt2 tak minat memey niH!!

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.