Followers

Thursday, January 20, 2011

♥ Syamsul-Diana: Farid Kamil Langsung Tak Cemburu ♥



KUALA LUMPUR 19 JAN: Tidak cemburu dan marah, sebaliknya aktor popular Farid Kamil bersikap terbuka terhadap teman wanitanya, aktres Diana Danielle yang dikatakan telah berbaik semula dengan bekas kekasihnya iaitu pengarah muda, Syamsul Yusof.
Menganggap perkara tersebut sebagai satu situasi yang biasa, Farid berkata, ia satu perkembangan yang positif.

"Saya rasa kalau setakat mereka berkawan dan bermesra sebagai kawan tak apalah. Lagipun perkara tersebut satu perkembangan yang positif. Mereka masing-masing ada cerita tersendiri, tapi bagi saya benda dah berlalu dan saya tak kisah sekiranya mereka telah kembali berbaik semula," kata Farid ketika diminta mengulas mengenai kisah terbaru kekasih hatinya itu yang dikatakan telah pun berbaik semula dengan Syamsul.
Kelibat dan kemesraan mereka (Diana dan Syamsul) baru-baru ini dilihat dalam sebuah majlis fesyen yang menyaksikan Diana dan Syamsul hadir berpimpinan tangan.

Mengakui mempercayai kekasih hatinya, jelas lelaki kelahiran Kedah ini, dia juga tidak mempunyai hak untuk mengongkong atau menghalang Diana daripada berkawan dengan sesiapa.
"Saya menyokong 100 peratus apa sahaja yang dia buat untuk kerjayanya. Dalam isu persahabatan pun, saya tak kisah dia nak berkenalan atau berkawan dengan orang lain. Tak pernah pula saya dengar dia mengadu atau tak suka dengan cara saya. Malah saya tak ada hak untuk menghalang dia daripada berkawan dengan sesiapa pun," katanya lagi.

Ditanya mengenai hubungannya bersama Syamsul yang sebelum ini dilihat agak tegang berikutan kemenangan anak produser popular Datuk Yusof Haslam itu sebagai Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 yang lalu, jelas aktor berusia 30 tahun ini, sememangnya antara mereka tidak pernah mempunyai talian yang rapat.

"Permasalahan antara kami akibat kelancangan saya dan dia terasa. Berlaku manipulasi antara kisah kami yang menghangatkan lagi suasana. Tapi apa yang ingin beritahu bahawa saya mengenalinya sebagai pelakon dan pengarah sewaktu kami bekerjasama dalam filem Evolusi KL Drift 2 dan kami bukan kawan baik.

"Jadi apabila timbul kisah saya tikam belakang kawan baik dan sebagainya memang tak wujud kerana kawan baik saya terdiri daripada rakan-rakan sekolah saya. Saya tak mempunyai ramai teman artis, kalau yang rapat pun hanya Maya Karin dan Bront Palare," ujarnya yang bakal turun ke lokasi penggambaran mengarahkan filem Petiga, terbitan Metrowealth Pictures Sdn. Bhd tidak lama lagi.


TQ Pada Yang Sudi Klik2 Iklan DiBawah Ni

6 comments:

Farra Dhelina said...

sporting ye dia..bagus lah mcm tu..cuma jgn ade yg ambik kesempatan dah la kan..kang cinta lama berputik blk lak..

ieda said...

ermm farid nie betul ker bercinta dgn diana .. aduhh x best lahhh huhuhu kalau diana ngan samsul tuu memang padan heheheh

mamalieyna said...

belum jd bini..mls nk ngongkong..tapii..couple betul ke diorang tu, releks sangat!..herm..

wan nurul hezrina abd halim said...

kekadang mcm tak sesuai plak dua org nih tapi tak k sahlah tuh..tapi kalau diana suka samsul bakal jadi jutawanlah sb film dia yang khurafat tuh dapat kutipan banyak..dapat kalahkan dua alam nnt..hukhuk

kayyana said...

sporting nyer die.. tp yana lg suke tgk farid kamil dengan lisa surihani.. huhuhu

Emmelly Hanafi said...

hubby kite kawan skolah n bola sepak die..rakan baikkan tu? huhu

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.