Followers

Tuesday, January 11, 2011

♥ Walaupun Penuh Drama, AJL 25 Masih Menghiburkan ♥

KL ,11 JAN 2011: Sejak tertubuhnya Anugerah Juara Lagu bermula 25 tahun yang lalu, TV3 masih tetap mempoerjuangkan misi utamanya iaitu mahu mengangkat karya terbaik komposer dan penyanyi yang terlibat, sekaligus menjadi pemangkin bagi memastikan industri muzik tempatan terus bergemerlapan.

Daya penarik Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) kali ini lebih tertumpu kepada 14 buah lagu yang dipertandingkan iaitu Sofea Jane (Black) Pelita (API), Cinta Sempurna (Yuna), Tolong Ingatkan Aku (Ana Rafali) Ku Ada Kamu (Adira), Hanyut, Selamat Malam (Faizal Tahir) Jahat (Stacy), Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Mencari Konklusi (Hujan), Drama King (Meet Uncle Hussain & Black), Extravaganza (Bunkface) Noktah Cinta (Hafiz) dan Berlari (Tomok).

Kesemua 14 lagu ini pula mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri.Ia sesuatu yang memang tidak boleh dinafikan. Malah, rata-rata kesemua finalis tampil dengan sukses dalam mengetengahkan persembahan yang mantap di bawah pimpinan pengarah muzik terkemuka Datuk Ramli MS.


Yuna - Cinta Sempurna: Membuat persembahan pertama menyajikan sebuah persembahan yang ringkas dan bersahaja. Tidak mahu terlalu sarat, dia memilih untuk menyanyi sambil bermain piona. Tidak dinafikan vokal dan persembahannya selari dan berjaya menarik minat hati khalayak. Kesempurnaan Yuna sekaligus membawa petanda awal kepada kesempurnaan perjalanan AJL 25.

Tomok - Berlari: Muncul dengan gaya ala Korea, persembahan bertenaga Tomok bersama penari undangan juga berjaya mencuri perhatian khalayak. Persis umpama di pertandingan One In A Million, Tomok kelihatan yakin dengan persembahnya yang sedikit sebanyak menunjukkan kematangan seiring dengan usianya. Apa yang penting, Tomok memang boleh menari. Ia juga membuktikan dia seorang yang versatile.

API- Pelita: Persembahan API yang mendendangkan lagu Pelita juga menarik. Memilih gaya askar yang cedera, kemantapan vokal Azlan dan Noh menghangatkan lagi suasana AJL 25. Tanpa perlu gimik yang keterlaluan, mereka berjaya melunaskan nyanyian dengan sempurna.

Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan: Memulakan eleman drama dalam AJL 25, Shahir membawakan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan bersama kehadiran aktres jelita Nasha Aziz. Meskipun memilih model tinggi lampai itu sebagai penyeri namun ia tidak mampu untuk menutup kelemahan dalam persembahan Shahir. Seakan ada yang tidak kena persembahan Shahir dilihat kurang menyengat. Mungkinkah masalah kesihatan yang dihadapinya sebelum ini adalah punca atau penyebabnya? Hanya Shahir saja yang tahu. Selain itu, kehadiran Nasha juga sedikit menganggu penghayataan khalayak. Tidak sewajarnya di tengah-tengah nyanyian Shahir, Nasha mencelah dengan bersajak. Agak janggal dan kurang sesuai.

Meet Uncle Hussein & Black- Draam King: Momentum kehangatan AJL 25, kembali panas apabila Meet Uncle Hussain dan Black tampil membuat persembahan menerusi lagu Drama King. Jelas terpancar kolaborasi yang cukup serasi di antara mereka. Kemantapan vokal Black usah dipertikaikan. Tidak sia-sia apabila mereka di pilih sebagai naib juara AJL 25.

Hafiz - Noktah Cinta: Malah keseronokkan menonton AJL berterusan apabila Hafiz mengambil alih pentas. Meskipun baru terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini, ia sedikit pun tidak menganggu konsentrasi Hafiz ketika beraksi di pentas. Meletupkan diri sendiri dan pengsan kemudiannya muncul secara tiba-tiba umpama sebuah persembahan silap mata, persembahan Hafiz nyata antara yang menghiburkan. Cuma, penampilan dan pakaiannya saja yang perlu diubah pada malam itu.

Faizal Tahir - Selamt Malam/Hanyut: Kemunculan Faizal Tahir menerusi kedua-dua lagu ini membuatkan khalayak terpegun. Menerusi lagu Selamat Malam, dia mengundang ramai pelakon terkemuka seperti Datuk Aziz Satar, Fatimah Abu Bakar dan Noor Khiriah. Sedikit-sebanyak kehadiran mereka berjaya mencuri perhatian ramai. Dengan vokal yang mantap dan persembahan yang cemerlang kelibat Faizal Tahir di AJL 25 pastinya tidak akan dilupakan.
Bukan itu sahaja drama Faizal, menerusi lagu Hanyut adalah kemuncak yang paling utama dalam AJL 25. Di tengah-tengah lagu itu, Faizal menjatuhkan dirinya di dalam air dan kemudian naik semula dalam keadaan yang basah. Faizal melakukan aksi tersbeut dengan penuh bergaya. Penuh superb. Apa yang dilakukannya itu tidak sia-sia kerana akhirnya dia dapat membawa pulang trofi bagi kategori Persembahan Terbaik.

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku: Kemunculan Ana Raffali juga dilihat berbeza. Jika sebelum ini penyanyi tersebut lebih senang muncul secara ringkas, namun kali ini Ana tampil dengan gimik dan drama. Mungkin sewaktu nyanyiannya ada kata-kata nakal yang menyamakan persembahannya dengan sarkas namun apabila dinobatkan sebagai juara, rata-rata terpaksa mengakui gaya dan lenggok nyanyiannya sememangnya berbeza daripada yang lain.

Adira - Ku Ada Kamu: Tidak seperti Shahir, Hafiz, Faizal Tahir dan Ana Raffali, persembahanya Adira tidak disulami elemen drama. Syukurlah. Namun persembahannya kelihatan biasa saja. Malah vokalnya juga agak terganggu. Mungkin disebabkan dia terlalu nervoues atau mungkin dia sendiri rasa kurang selesa apabila terpaksa menyanyi sambil bermain buaian.

Bunkface - Extravaganza: Kemunculan Bunkface sememangnya dinanti-nantikan oleh sebahagian peminat mereka. Sayangnya, kemunculan mereka gagal memberikan sebarang impak. Namun, persembahan vokal Sam kini jauh lebih baik berbanding dulu.

Black - Sofia Jane: Menerusi lagu Sofia Jane, Black tampil secara solo. Bermain difikiran adakah dia juga akan menyelitkan elemen drama seperti Shahir, Faizal Tahir, Hafiz dan Ana Raffali? Tak mustahil. Memandangkan lagu ini judulnya adalah Sofea Jane, maka kebarangkalian bagi Black untuk membawa aktres Sofea Jane berada di atas pentas adalah sangat besar. Tetapi mujurlah dia tidak melakukannya. Apapun, vokal Black menerusi lagu ini berjaya membuatkan seluruh stadium terpukau.

Stacy -Jahat: Tidak seperti sebelumnya, kali ini Stacy cuba memberikan fokus serta tumpuan terhadap persembahan vokalnya berbanding tarian. Hal ini sedikit mengecewakan. Malah, persembahan Stacy juga agak biasa-biasa saja. Cuma, dia nampak comel bila memakai baju pahlawan wanita Jepun.

Hujan-Mencari Konklusi: Persembahan Hujan jugak gagal memberikan impak. Mungkin, ia disebabkan lagunya. Bukan lagu Menari Konklusi ini tidak bagus tetapi lagunya agak terlalu santai dan ringan untuk pertandingan yang seperti ini.

Meskipun terdapat terlalu banyak unsur drama yang dipaparkan oleh setiap finalis termasuklah keputusan yang memeranjatkan daripada juri apabila mengangkat lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali sebagai juara AJL 25, namun apa yang boleh disimpulkan ialah persembahan AJL 25 pada malam Ahad lalu antara malam anugerah yang terbaik sepanjang edisi penganjurannya diwujudkan.

Malah tabir persembahan yang dimulakan penampilan istimewa tiga bekas pemenang AJL iaitu Francissa Peter, Nash dan M.Nasir berjaya melengkapkan lagi kehangatan malam yang bertemakan Music Mapping.
Cuma keseronokkan menonton AJL 25 sedikit terganggu dengan celoteh dan lawak yang dibuat gandingan tiga pengacaranya iaitu, Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail. Mungkin sudah bertahun-tahun mengendalikan bersama membuatkan mereka kekeringan idea. Sama ada mereka sedari atau tidak, lawak-lawak yang dibuat semuanya tidak menjadi serta merimaskan penonton.

Namun tidak dinafikan persembahan penutup menerusi segmen interlude yang menampilkan tiga penyanyi hebat tanah air iaitu Datuk Sharifah Aini menerusi lagu Kau Tinggi Di Awan Biru & Oh Di Mana, Ziana Zain (Anggapanmu & Madah Berhelah) dan Datuk Siti Nurhaliza (Balqis, Nirmala & Cindai) berjaya menyemarakkan bahang AJL 25.

5 comments:

farah hairuddin said...

suka baca review kamu!!AJL best!hehe..tgok live pon xrugi~

ibuayahdamia said...

huhu..tak tgk pun AJL..sibuk layan FB dan Blog...hehe

Tahniah kepada juara..

zura@iwan said...

rajin tul anje buat review ye...hehe

Farra Dhelina said...

oh geram sgt dgn FT!!! auwww

Zur@ZaRi said...

ana fali juara...
sian kat dier kan...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.