Followers

Tuesday, February 15, 2011

♥ Salam MAULIDUR RASUL ♥



Seramai 10,135 peserta daripada 112 kontinjen dijangka akan menyertai perarakan dan perhimpunan sempena  sambutan Maulidur Rasul 1432 Masihi pada keesokan harinya.
Majlis sambutan bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah` di peringkat kebangsaan itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Yang di pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan dijangka bermula seawal jam 7.30 pagi.
Ia kemudiannya diikuti dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi.
Peserta terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.
Selain itu, majlis sambutan Maulidur Rasul turut diadakan di setiap peringkat negeri antaranya majlis Gema Maulid di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor.
Difahamkan, pemilihan tema ini bertujuan menyeru seluruh umat Islam supaya bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara serta menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.
Pelbagai persembahan menarik akan diadakan seperti deklamasi sajak, syair rakesh, nyanyian gabungan bahasa Arab dan Inggeris, bacaan rawi, nazam dan selawat beramai-ramai serta pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul.
Sekian,
Terima Kasih



U Klik2 Me, I Klik2 U Dah Klik2 Mention Kat ShotBox Utk Di Klik2 Semula

9 comments:

Jiji-Fify said...

salam maulidur rasul, mama!! :)

Farra Dhelina said...

slm maulidur rasul anje..

ieda said...

salam maulidur rasul dik
ermm banyak xtvt jugak .. di pahang pun sama cuma akak x dpt gi sbb banyak urusan umah kena siapkan .. huhu

Zur@ZaRi said...

salam maulidur rasul mama=))

Jom baca: Love code

dilazfamily said...

Kat MELAKA pun ada buat, Tadi pergi tengok perarakkan tu

Gieyana said...

Salam Maulidur Rasul gak yer..:)

mama rifQy said...

salam maulidur rasul =)

Em's Family said...

Salam Maulidul Rasul.. :) thanks for PSN entry.. memang nak pegi

✿ etiey ✿ said...

salam mailidul rasul anje.. moga terus diberikan rahmatNya

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.