Followers

Wednesday, March 16, 2011

♥ Botol Kaca VS Botol Plastik - Pilihan Anda?♥

Sudahkah anda mengambil langkah untuk pastikan anak anda minum susu melalui botol BPA FREE?
kalo belum kasik amik langkah tu k, sila baca artikel dari Mstar Online ni

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.
Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya


mama dah lama amalkan pemilihan barang2 ie plastik, botol air, bekal makanan
melalui label2 ni...demi menjaga kesihatan
ok berbalik pada tajuk kat atas tu...kengkawan semua pakai botol susu KACA @ PLASTIK?
mama la ni pakai plastik je, ada yang cakap KACA lebey bagus
tapi mama takut balqis campak then pecah plak?
jom tengok contoh botol susu kaca kat bawah...tapi tak berapa pasti la
betul ke botol KACA atau tak?sebab main search je kat Google


ni botol susu PUKU PETIT

Botl Susu WEEGO


Pigeon...

antara Brand Yang TOP...kira cam branded jugak la...

jom tengok botol susu plastik...


Chicco







Brand MAM

tapi hati terpikat plak dengan botol susu ni

cantikkan...


janji FREE BPA


botol susu ni pun mama suka, tapi rasanya kat Malaysia tak de kot
jom skodeng botol susu balqis plak


tara....brand AVENT, tapi nape lain macam je rupanya ye?
ha...ha...sebab mama dah lekat sticker cartoon kat botol susu tu
kalo tak sebelum ni balqis tak mau minum susu pakai botol avent ni

so kengkawan suka pakai botol plastik @ kaca
ada yang kata pakai botol kaca lagik safety?ye ke?

Sekian,
Happy Blogging

Sila Klik2 Jika Berminat

17 comments:

Jiji-Fify said...

tapi kalau kaca mcm lagi bahaya je..

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

e.l.i.s.s.m.i.e said...

zaman dulu memang pakai botol kaca kan :)

eliss pun ada kongsi psl ni semalam iaitu jenama botol bpa free , so kalo ada yang nak tambah dipersilakan :)

http://www.elissmie.com/2011/03/kenapa-tahun-depan-baru-botol-tanpa-bpa.html

MrS. F!zA said...

ouh ni la rupanya bila dah lekat kartun..hihi kreatif la anje..kita tk pnh terpk plk..myb tak terpk sbb darwisy tak kisah kot..yela dr kecik tk pnh beli botol kartun..hihi

♥sYiLaSyiRa♥ said...

syila skang pakai jenama tupperware...tapi botol2 balqis cute r...

Agnes Kanyan @ Mummy Vish said...

botol kaca memang bagus...espcially yg weego tu sebab dia ada protector memang tak pecah walau anak kita lontar....botol kaca tak perlu disterile mcm botol plastic ...basuh dengan pencuci botol then curah sikit dengan air panas pun dh cukup...

eima said...

aku rasa kaca paling selamat tp cuma takut pecah je la... tu je .. bahye dr segi keselamatan plak ..berat takut budak mls pegang je...

MamaYatie said...

ikutkan nak botol kaca..mmg tak de chemical kan..tp kang berdorai la pulak..huhu

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

botol susu kaca tu jaman mak2 kite dl ler anje...hahahaha tp klu ada semula jaman ni baguih gak...

syawalsimpsons said...

ntahla...semua ok kot...ada baik buruknyer lak kan...sue pun br nak proses pembuangan syawal punyer botol...

mamalieyna said...

kaca cam best jer..tp takde berat anak nk pegang, dh pulak dpt yg jenis minum baling, takde berderai..hu~

baru perasan botol arif dlm gol yang tak selamat..hu~ esok jom teman pi soping botol susu..ngee..

Mummy said...

kreatif lar mama balqis nih..bila lekat sticker kt botol avent tuh..tak pernah terfikir pun..bagus2...sy baru jer bertukar ke botol BPA free 2 ari lepas...

http://mylovelyfamily-fahmar169.blogspot.com/2011/03/shopping-botol-susu.html

SyaNa said...

kretif ye tampal sticker
:-)

aku pn pakai avent

kalo kata kaca atau plastik, kaca lagi ok
tp nak menjaganye tu la kot payah
mau nangis kite kalo anak campak

[-suziey-] said...

mcm2 design rupenye yek..kita masih setia ngn avent la..hahhahaah..as long as BPA free kan..

azura samsuddin said...

zur ammg sejak Aina kecil pki brand MAM, sbb tu je puting yg betul2 Aina nak, bg avent pun Aina xnak.. hehehe tp mcm berminat je ngan Weego tu sbb cute lah

EiJa ZaQuaN said...

x pernah lagi try botol kaca ni..

setakat ni zaquan dr kecik smpai skrg setia ngan botol MAM..dh ada 5 botol..

eija pun suka tgk botol susu yg design ala2 plus air tu..cantik..mcm2 design botol susu skrg kan..

mama rifQy said...

na teringin nak miliki botol weegooooo!!

Mummy Hana said...

Huhu...anak sy baru 2bulan..mak soh beli botol kaca..skang bg dia botol MAM dia mau..kalo botol kaca pon nak kene carik yg puting cam MAM gak...kalo tak risau dia takmo plak...bazir je beli...huhu

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.