Followers

Thursday, March 3, 2011

♥ SEGMEN BLOGGER REVIEW - BLOG My Cute Little Diary

Morning semua, macam biasa sesi Blogger Review diteruskan lagik
kali ni blogger yang ke 6...tinggal 3 je lagik...
so ari ni mama nak Review Blog Purple Colour

Cute MuM - My Cute Little Diary

semua kata2 yang tertera dalam entry ni adalah di copy paste dari blog tuan empunyer

Tak Sangka Cute Mum tersenarai dalam Top Commentator Blog Anje... Cute Mum memang suka baca blog Anje sebab banyak info... Tutorial pon banyak.. Lagi2 suka tengok gambar Balqis...

Syarat nak join Lucky Draw nie Cute Mum kena cerita pasal diri sendiri... Nak cerita pasal ape eh??


Cute Mum atau nama sebenar Nurul Uyun Binti Mazlan... Seorang Isteri kepada En. Aimaduddin a.k.a Red Giant & Red Devils...Mummy kepada Dania Alisha... Dilahirkan di Jenderam Hilir, Sepang (rumah atok belah mak) pada 13 Ogos 1983.. Dibesarkan di Kajang.. Dok merantau selama 10 Tahun untuk menimba Ilmu... 5 Tahun Sek Men Sains Muzaffar Syah, Melaka.. 1 Tahun di KYPM, Kota Bharu Kelantan & 4 Tahun di Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang..

Pengalaman kerja pertama di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bangi sebagai PKS.. Kat sinilah Cute Mum berjumpa dengan En. Aima.. Tapi kawan jerlah... Masing-masing ada pasangan masa tue.. heheh.. Tamat Kontrak keje kat Kelana Jaya pastue kerja di Syarikat Kontraktor di BHTO sehingga kini... Tugas di Ofis kadang-kadang membebankan.. Tapi masih ada masa untuk berblog... hihihi...

Cute Mum berkawan dengan En. Aima selama setahun.. Lepas tue Cute Mum yang ajak En.Aima kawen... En. Aima minta tempoh 2 Tahun untuk kumpul duit... Setahun selepas itu, kami selamat ditunangkan.. Pada 3 Julai 2009, kami berdua telah selamat dijabkabul kan.. Alhamdulillah kami dikurniakan anak sebelum usia perkahwinan mencecah 1 tahun.. Semoga rumah tangga kami kekal bahagia selamanya...


 Aktiviti Fav kami sekeluarga adalah Boling.. Boleh kata seminggu sekali... Cute Mum pon ada gak masuk Tournament Boling dengan En.Aima... Kami ada geng boling.. "Crazy Bowlerz".. Pencapaian tertinggi Cute Mum setakat nie dapat No.3 untuk perlawanan pertama Crazy Bowlerz...
 
Kali pertama Cute Mum berblog adalah pada 23 Mei 2010... 5 Hari sebelum Dania Alisha dilahirkan...
 
 
Cute Mum mula aktif berblog bulan Ogos 2010.. sebab tertarik melihat Blog My SIL a.k.a. Sweetmama... Masa tue terfikir bagus juga buat blog ganti Diary.. boleh simpan sampai bila-bila.. Nanti Dania dah besar, bolehlah baca ...

Lepas tue, Cute Mum mula berjinak2 dengan dunia CGL.. Contest pertama yang Cute Mum join adalah
" Baby BIRU Contest" anjuran Mrs. Hilmy...


Kali pertama Cute Mum menang GA adalah Lucky Draw : Miss Zahidah Mom's Birthday.. Selepas itu, semangat nak join CGL semakin bertambah... Akhirnya Cute Mum satu blog lain khas untuk CGL pada 18 Ogos 2010..


Bila semakin aktif berblog... Cute Mum dapat BE yang pertama pada 16 Disember 2010.. Iklan dari AMP KK Launch (ERA).. Memang berbaloi berblog nie.. Boleh jana pendapatan sampingan...
 

Cute Mum sekarang dah addict dengan blog.. kalo sehari tak online, rasa tak lengkap jer.. Alhamdulillah, Cute Mum dapat sokongan dari Suami untuk terus berblog... Dania pon seperti memahami jer... Dalam blog nie Cute Mum lebih banyak cerita pasal kehidupan kami sekeluarga.. Harap ada yang sudi membacanya..

Macam biasa sesi temuduga untuk blogger...

1. Sila Berikan Nama Blog & URL blog Anda

Cute MuM - My Cute Little Diary

2. Kenapa Anda Memilih nama blog & URL berkenaan

Pada awalnya nak letak nama blog sama dengan URL, tetapi rasa kelakar pulak letak mamiuyun.. Selalunya orang letak nama anak.. Nak letak mamidania rasa tak sesuai kot kalo ada rezeki dapat anak lagi.. Akhirnya pilih Cute Mum...

3. Bila mula berblog & entry pertama mengenai ape?

Kali pertama Cute Mum berblog adalah pada 23 Mei 2010... 5 Hari sebelum Dania Alisha dilahirkan...
My First Blog.....Tgh tgu kelahiran Baby....
Entri nie pasal perasaan Cute Mum yang tengah berdedar menunggu saat nak bersalin..

4. Blog anda banyak menceritakan mengenai ape?

Blog nie banyak menceritakan tentang kehidupan Cute Mum sekeluarga.. Tapi bila dah tahu dari blog boleh menjana pendapatan sampingan, Cute Mum juga selitkan beberapa entri mengenainya.

5. Ape yang menarik mengenai blog anda yang blogger lain perlu tahu?

Cute Mum sangat baru dalam dunia berblog.. Tak tahu nak cakap apa yang menarik pasal blog Cute Mum nie.. Cuma kalo blogger lain nak tahu cara mendapatkan duit sampingan dari HeartBeat! atau ChurpChurp, bolehlah tengok tutorial yang telah disediakan..

6. Ape yang mendorong anda untuk menghasilkan karya penulisan cerita-cerita didalam blog
Dania Alisha.. sebab boleh dikatakan blog nie penuh dengan gambarnya.. Selain itu suami Cute Mum... suami selalu memberi semangat supaya Cute Mum terus menulis blog...biasalah.. Kadang-kadang bila kering idea, suami yang bagi cadangan nak tulis apa...

7. Siapakah sumber Inspirasi ada berblogging

Sudah pastinya My SIL a.k.a Sweetmama.. Kalo Cute Mum tak baca blog beliau, mungkin Cute Mum tak berminat nak terus berblog..
Ada lagi seorang, Mama Zharfan.. sebab beliau telah membuka mata Cute Mum bahawa berblog nie bukan hanya suka-suka.. Jika kita pandai mengambil peluang, kita juga mendapat manfaat darinya.. $$$$....

8. Adakah anda mampu tinggalkan dunia blog @ STOP berblogging?

Setelah menjadi Hardcore Comper, rasanya tak mampu Cute Mum nak tinggalkan dunia blog.. Lagi2 sekarang Dania semakin membesar.. semuanya Cute Mum nak catatkan di dalam blog Cute Mum...

9. Ape yang anda suka mengenai berblogging?

Dulu anggap blog hanya sekadar untuk diri sendiri.. tapi sekarang tidak lagi.. dari blog Cute Mum boleh kenal ramai rakan-rakan baru.. Selain itu dapat banyak Hadiah yang best2 dari join Blog CGL.. Dan paling best dapat $$$...

***TAMAT***

so kalo sape2 nak lebey mengenali Cute Mum Feel Free to visit

Semoga rezeki Uyun makin bertambah setelah menjadi Hardcore Comper, bahagia disamping Suami & Anak yang comey tu...Cute Mum suka main boling tau, selalu je wat game sape mau join jom pi jengah blog cute mum, selain tu cute mum jugak suka warna Purple....semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi dan beroleh kejayaan...amin...

Sekian,
Happy Blogging

U Klik2 Me, I Klik2 U Dah Klik2 Mention Kat ShotBox Utk Di Klik2 Semula

7 comments:

Miza Yusof said...

terbaiklah sis :)
ini betul-betul review. jenuh nak korek semua data ni kan. hehe :)

♥ Mrs.Eady ♥ said...

wah..sungguh bagus la entry nie..:)

mummy_ayu said...

wah....sgt bagus la segmen nie sbb leh kenal lebih dkt lagi...

Cute MuM said...

@ Miza : memang jenuh pon nak korek balik semua data tue.. tapi inilah peluang untuk promote blog kita kat pembaca anje pulak.. hihihi..

@ Mrs Eady : TQ.. harap sudi singgah blog cute mum.. ;)

EiJa ZaQuaN said...

mmg semakin maju blog cute mum skrg ni..
income pun semakin masyuk..
moga terus happy blogging

slh seorang sumber inspirasi sweetmama..tq..tq..tp sweetmama pulak yg dh semakin kurang berblog..huhu..

Mama Zharfan said...

i like this entry :)
ehem2 ada nama me plak tu :)
moga terus sukses yer cute mum :)

wan nurul hezrina abd halim said...

besh entri..caiyok chaiyok..cute mom semoga success

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.