Followers

Monday, April 25, 2011

♥ Ashraf Muslim Bakal Nikah Di Mekah 1 Syawal ♥


KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2011: Enggan menyimpul tali pertunangan terlalu lama, aktor popular Ashraf Muslim berhasrat mahu melangsung pernikahannya bersama Noor Dayana Lokman pada Syawal yang bakal menjelma. Lebih manis lagi, jelas Ashraf Muslim, Mekah menjadi destinasi pernikahannya kelak memandangkan itu merupakan impian yang telah lama dipendamnya.
"Kami berhasrat akan melangsungkan pernikahan pada 1 Syawal depan di Mekah. Memang saya berniat mahu bernikah di sana.
"Setelah berbincang dengan kedua-dua belah pihak alhamdulillh semua bersetuju dan lagi pun mengikut sunnah nabi Muhammad SAW," katanya ketika ditemui selepas majlis pertunangannya bersama Dayana yang diadakan di kediaman perempuan yang juga merupakan lokasi klinik perubatan Ashraff iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Gombak pagi tadi.

Sementara itu, jelas Dayana pula, sifat bertanggungjawab, dan romantis yang ada pada Ashraf membuatkannya terpesona.
"Dia seorang yang bertanggungjawab, ambil berat dan romantis itu antara sikapnya yang membuatkan saya suka pada dia. Selain itu saya lihat dia sekarang lebih matang dan berubah daripada sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan dan ianya amat menyenangkan saya," jelasnya yang kini sedang menjalani latihan amali di Kolej Perubatan Manipal Melaka.
Majlis pertunangan Ashraf Muslim itu tadi juga turut disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada jam 9.45 pagi tadi. Pada sebelah petangnya, turut diadakan majlis perasmian pusat perubatannya yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin.





TAHNIAH....la ni kalo bertunang pun Grand2 kan...kalo mama dulu sempoi je..
tak de pelamin pun...

credit to izyan.com & murai.com
Sila Klik2 Jika Berminat

10 comments:

♥ Mrs.Eady ♥ said...

dah boleh nikah terus dh kalo mcm nie...

Jiji-Fify said...

mak oiii macam majlis kawen! :)

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cari hadiah best untuk yang tersayang?

Mamamya said...

skrg dah jadi mcm trend kan...harap2nya bila majlis b'tunang dah grand cenggini...mahligai yg bakal dibina pun akan kekal hingga ke hujung nyawa....aminnn...

Nana said...

so sweet
sangat sepadan kan

AngahSayang2314 said...

tahniah.... so sweet

rara pinkmafia said...

ala garden gitu.haih~

lizz said...

tahniah ashraff...gadis biasa yang mempunyai ciri2 isteri mithali & tinggi ilmunya

mama rifQy said...

nampak simple je wife diee..ayu jee!comel

mamalieyna said...

uuik meriah cam akad nikah je majlisnya..hee~ Tahniah~ moga kekal hendaknya..Amin...

Bionic women said...

kita dulu bertunang 2jam sebelum nikah..lagi ler sempoi kan?? hehe.
Mak mertua kita x berapa sihat, so malas susahkan dia banyak kali ulang alik...kelantan ngan pahang jauh tuuu..6-8jam

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.