Followers

Wednesday, April 13, 2011

♥ Harga Ikan Patin RM13K untuk 350 Orang da....♥


TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya kepada Bernama hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.

Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.
Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.

Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.

Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong — BERNAMA

ish2...ish2...nape la beritanya bercanggah bebeno ek...

Sila Klik2 Jika Berminat

11 comments:

Qaseh Aishah said...

kalau nak yg ori mestilah mahal kan?.

tifa said...

Memang mahal tapi sedap sangat...

mamasuri said...

itulah..
sebenarnya aku dah dgr2 gak citer rm13k utk 350 org..tp tulah..tak tau nak caya yg mana satu ni..

Oyat Ceritera said...

huhu wat suspen jer kan dgr berita....ingtkn mahal bebenor....klu ye moh kita bakor jer kdai mkn tue....rupa2nyer lain plak jwpnnyer...

ejaMaria said...

350 org tu dah mcm kenduri... besar restoran tu... brape khemah dia pasang gak nye... agak-agak la kalau nak tutup bohong balik pun... kelmarin kat hotfm pun ada org britau makan lauk patin kat temerloh mmg mahal nasi dia saja sepinggan dah rm4... camne tu?

mamalieyna said...

tak pasal2 ramai org dok ngumpat & mengata peniaga tu kan..sian dia..hrp rezekinya tetap masyuuk pasni..

Farra Dhelina said...

ohh tersilap rupenya

Adyshariz said...

selalu balik temerloh..x penah pulak dgr citer org luar komplen harga ikan mahal.. tapi ikan sungai mmg berpatutan harganya..mahal tapi sedap

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

harap2 statement peniaga tu betul la makan seramai 350 sbb cam tak lojik gerai dia tu nak disumbat seramai 350 org dalam satu masa..wooooohooooo

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

tapikan, mmg ikan patin sungai mahei...spotong dah berpuluh2 hengget..somi den je makan. den tak makan sbb tak gemor..ehehe

ch@ said...

ada orang kalau dah teringin sangat, dia tak kisah dah tang harga tu. janji dapat makan.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.