Followers

Tuesday, April 12, 2011

♥ Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000 ♥



Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.
Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

agak2nya ikan patin RM13k tu ada tak besaq ikan patin kat bawah ni?

p/s ye ker harga ikan patin ni leh sampai ribu riban ek?mahal giler....

Sila Klik2 Jika Berminat

23 comments:

♥ Mrs.Eady ♥ said...

tak tertelan air liur dgr kene byr rm13 ribu utk mkn jekkk...erkkss...

Farra Dhelina said...

mak datok mmg mahal lah kan?? eee seram lak dgr...

tp patin ni sedap klu masak tempoyak..suka...tp kena dgn cara masak nya lah kn

rara pinkmafia said...

aduh2 tu ikan apa yg besau tu..

azura samsuddin said...

humang aihhhh, 13K?? mahal tuhhhh.. tp mmg kalo g temerloh x sah kalo x pekena patin tp kalo dah 13K mmg geget jari+tangan abis sume nak byr he3

@e_da said...

mahalnya.. takut nak makan

ibuayahdamia said...

FUHHH...dasyat..RM13K..

nasib baik ayu tak suka makan ikan patin..sebab prnah try...hanyir giler..huhu

Jieda said...

beli je la kat pasar pastu masak sendiri.Lagi puas hati.

[-suziey-] said...

erkkk biar betik..xdela mahal cenggitu..haih berdosa nya orgtu caj smpai cenggitu mahal..menganiaya namanya tu..padahal sumebr ikan tu sume dr rezeki Allah..

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

aduh marah..mahal gila

Mama Hanim said...

gilerr mshal.. seb baik ada duit, kalo tak mau kena cuci pinggan mangkuk sebulan la kot..huhu..

Fieda said...

nak pengsan dgr kena byr 13 ribu untuk mkn saja...byngkan brp taun nak dpt kumpul 13 ribu tu....

.::Lynn::. said...

peh... RM13k leh dapat kancil 2nd

zahidah dihaz said...

pengsan nak membayar makan sahaja sampai RM13K...



New Entry: A PERFECT GIFT | PEN?

Ely Hasrul said...

13K!??!!!! bleh byr MOT umah okk zzz

eRiNsZ said...

itu bukan mencekik... tapi mntali gantungkan ... huhuuh..

haslina said...

pernah dgr pasal ada masakan ikan patin ni mmg mahal. tp patutnya penjual kena explain dulu pada customer. bkn main terjah bila da habis makan.
ish ish.

Fieza79 said...

ya allah biar betul harga makanan smpai mcm tu punya mahal...haishh..

Nana said...

melampau ni gile apa
makan sampai belas2 ribu
dah mcm nk buat kenduri kawen

kayyana said...

mak aii... telan air liur jap bc entry anje nih.. aje padahnye nk kene byk sampai RM13k... nasib baiklah me tak makan ikan patin.. ish ai... mahalnyer.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kalo besar mcm kat bawah tu, rasanya sampai lah 13K tu :p

my fav, patin temerloh ni. selalu beli patin buah tu, belas2 ringgit ajer seketul yang dibuat gulai tempoyak. tapi sedap dah mantappp beb !! hehehe

dulu siap mengidam nak makan patin temerloh ms mengandung my nuha !

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tapi orang temerloh ni kan, satu peel dia, kalo nampak orang luar, dia caras habes :P sebab dulu penah terkena jugakkk ms pi temerloh.seb baik boz belanja..hahahaha

mamalieyna said...

aiyaakkk!~ dpt bil terus pengsan.. =P

giler mahalll!~

Qaseh said...

mmg untung la restoran itu kalo org makan sekali dpat belas2 ribu masuk satu hari...
mungkin jugak termasuk caj2 lain...upah pekerja, tax sekali kot

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.