Followers

Wednesday, April 27, 2011

♥ YUSRY KRU & LISA Surihani Hangat Bercinta? ♥


Terkejut juga mendengar gosip yang dikeluarkan oleh sebuah laman sesawang Harian Metro baru-baru ini. Maka tidak menjadi satu kehairanan sebab Yusry KRU yang sering kali dikaitkan oleh mana-mana aktress jelita termasuklah Maya Karin dan juga Kyla Fairy. Biasalah orang kaya, hensem, siapa tak nak kan. Memandangkan gosip kali ini yang mengaitkan dirinya dengan aktress jelita, Lisa Surihani agak bakal mengusarkan dan mengugat lelaki-lelaki diluar sana. Seperti sediamaklum, Lisa pun belum pernah dengar lagi mengenai siapa kekasih sebenarnya, kekasih gosip adalah, Farid Kamil dan Shaheizy Sam. Takpelah, apa-apa pun mengenai Lisa itu hak dia, kita doakan sahaja kebahagian dia. hakhak.

HMetro: Terbaru, SS dapat tahu, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula. Bukan SS sengaja buat cerita ini sebaliknya gosip ini disampaikan rakan SS sendiri yang melihat kemesraan dua pelakon popular ini ketika menghadiri malam gala filem seram, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre di TGV Wangsa Walk, Wangsa Maju, baru-baru ini.

Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya.

Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.

Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.

p/s so ape komen kengkawan?

Sila Klik2 Jika Berminat

13 comments:

zahidah dihaz said...

lebih suka kalau lisa dengan sam....


New Entry: Clarins free skincare trial products

Nana said...

alamak mcm xpadan je
dari segi ketinggian la maksud kita hehe
yusry tu tinggi lisa alahai kecik...btol stuju dia sepadan ngan sam

♥ Mrs.Eady ♥ said...

suka!sgt sesuai..:)

♥MiZz-siHa♥ said...

ade jgk dgr2 pasal nie..btl ke??

AngahSayang2314 said...

kalau dah jodohnya...

Mamamya said...

suka2....sweet je rasanya...:D mudah2an ada jodoh...dua2 pun solo kan....apa salahnya...

kayyana said...

me mmg suke mereka berdua nih..sme cantik sama padan... tp... lisa lg cantik ngn sam kot.. hehehe

yantz-yeem said...

bila la si yusri ni nak kwen yea...asyik bergosip je....

Sabihah said...

biar betul...tp ntah laa...artis ni mcm2 gossip nye...hehehe

zaidah said...

suka diorang bercouple comel n sweet aje...mintak2 sampailah ke jinjang pelamin....

etiey.com© said...

yer ker? suka jugak

ibuayahdamia said...

tak kisah lah kita suka ke tak..janji diaorg ikhlas dan kalau betul kawen, kekal bahagia selamanya..

mama rifQy said...

eh iye keee????????

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.