Followers

Sunday, May 22, 2011

♥ 13 Maut, 3 Tertimbus @ Tanah Runtuh ♥


KUALA LUMPUR 21 Mei - Faktor hujan berterusan sejak kebelakangan ini berkemungkinan besar menjadi punca utama kejadian tanah runtuh yang menimbus sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat, hari ini.


Pensyarah Geoteknik dan Pengangkutan, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Ir. Azman Kassim berkata, hujan dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh 24 jam juga boleh menyumbang kepada kejadian serupa.
"Ini juga menjadi punca utama dalam beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku sebelum ini. Apatah lagi, sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa negeri seperti Johor dan sekitar Lembah Klang menerima hujan berterusan dan agak lebat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang menimbus Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, di sini dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini.


Rumah anak yatim itu didiami oleh 49 penghuni termasuk lima penjaga dan ketika kejadian seramai 20 hingga 30 penghuni dikatakan berada di rumah berkenaan.
Azman berkata, faktor tanah cerun di negara ini dengan jenis tanah berkeladak juga menyumbang kepada kejadian tanah runtuh.


Ini kerana kata beliau, tanah jenis berkeladak akan berada dalam situasi yang disebut 'kritikal' atau bermasalah setiap kali berlakunya hujan.


Tragedi boleh dielak - Shaziman

HULU LANGAT 21 Mei - Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor kesal kerana tragedi tanah runtuh melibatkan rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, sebenarnya boleh dielakkan.


Menurut beliau, ini kerana pihak berkenaan telah mengesan pergerakan tanah di kawasan itu sebelum ini tetapi tidak dilaporkan secara terperinci kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).


"Ia mendukacitakan kerana kejadian ini boleh dihindari jika kita bertindak lebih awal. Saya telah kata walaupun ia tanah persendirian, minta bantuan JKR atau pihak berkaitan sekiranya berlaku tanda-tanda seperti tanah tidak stabil," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian, malam ini.


Shaziman memberitahu, kejadian tanah runtuh kebiasaannya tidak akan berlaku secara mendadak melainkan selepas tanda-tanda awal seperti pergerakan tanah yang tidak seimbang.

p/s Al Fatihah untuk semua mangsa kejadian tanah runtuh



Sila Klik2 Jika Berminat

5 comments:

Mamamya said...

sedih sgt dgn berita ni..al-fatihah utk semua mangsa kejadian....

mmg btl lah skrg kat jb mmg cuaca x menentu..klu dah panas..panas b'denting!! tp teiba petang hujan s'lebat lebatnya....tu yg b'kurung je kat umah sbb risaukan kesihatan anak2.....

LiLy @ MumMyQiStInA said...

AL-FATIHAH BUAT MEREKA..!

dilazfamily said...

Sedih baca berita nie. Kasihan pada keluarga mereka. AL-FATIHAH untuk yang terkorban

MamaRifqy said...

sedih kann?? kesian kat diorang kan? alfatihah utk semua

ch@ said...

AL-Fatihah kepada mangsa. kita doakan semuanya tenang dan selamat.

area hulu langat ni memang banyak tanah tinggi. rumah mertua kita sendiri pun berhadapan dgn tanah tinggi. makin banyak pokok ditebang buat penempatan maka banyakla risiko tanah runtuh.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.