Followers

Saturday, May 7, 2011

♥ Perdana Menteri Kunjungi Konti Hot FM ♥


Stesen radio popular di Malaysia, Hot FM hari ini mencipta sejarah apabila konti mereka di Sri Pentas, Bandar Utama menerima kunjungan istimewa oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Kedatangan Dato’ Sri Mohd Najib selama satu jam itu adalah bersempena memenuhi undangan dari Fara Fauzana yang menjemput beliau menerusi laman sosial, Twitter untuk hadir ke konti radio Hot FM.

“Dengan cara berkomunikasi melalui media baru ini, saya dapat sampaikan mesej saya dengan lebih cepat kepada masyarakat. Hot FM merupakan satu cara yang baru dan ia sangat-sangat baik,” ujar Dato’ Sri ketika ke udara bersama tiga penyampai Hot AM Crew iaitu Fara Fauzana, Faizal Ismail(FBI) dan Kieran.

Sesi temubual yang berlangsung dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi itu diadakan secara santai di mana Dato’ Sri dengan ‘sporting’ bermain Dam Aji bersama FBI. Selain itu, pelbagai soalan turut diajukan kepada beliau antaranya mengenai Skim Rumah Pertama, tarikh istimewa PM, cara menghilangkan stress di universiti dan banyak lagi.

“Masa di universiti, kalau nak hilangkan stress saya akan ajak rakan-rakan bermain bola sepak. Selain itu dengan bermain skuash juga dapat mengurangkan stress. Sekarang pun, jika saya stress saya akan ke gimnasium,” katanya sambil memberitahu menjadi penyerang kedua dalam pasukan bolanya ketika di universiti.

Apa yang menariknya, sesi temubual yang turut disiarkan secara langsung di 8TV ini cukup unik apabila menyaksikan sisi berbeza perwatakan Dato’ Sri di mana jika sebelum ini kita melihat beliau seorang yang serius, namun, sebenarnya penyokong Manchester United ini merupakan seorang yang kelakar apabila sempat berjenaka mengenai pasukan lawannya, Liverpool.

Menurut Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul yang juga merupakan penyokong besar, Liverpool, walaupun Dato’ Sri menyindir pasukan kegemarannya, namun dia tetap kagum dengan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 ini kerana sudi meluangkan masa hadir ke konti Hot FM.

“Twitter menjadi satu fenomena yang meluas di Malaysia sekarang. Ini merupakan peluang yang bagus untuk beliau lebih dekat dengan rakyat. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau kerana sudi hadir. Hari ini memang hari bersejarah buat kami tapi cuma satu saja saya nak kata, “Liverpool will be back”,” ujar Seelan.

Bagi yang tidak berpeluang mendengar secara langsung di radio Hot FM pagi tadi, anda boleh melayariwww.tonton.com.my atau menerusi http://bit.ly/HotFMbersamaPM . Teruskan mendengar dan menyokong radio Hot FM!



Sila Klik2 Jika Berminat

2 comments:

dilazfamily said...

itu cara beliau dekatkan dengan peminat.
lepas nie lagi banyaklah stesen radio nak offer macam ni

dilazfamily said...

dilaz terinigin nak duduk di teratak blog anje nie. boleh?

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.