Followers

Wednesday, May 25, 2011

♥ Siti Nurhaliza Turun Naik Penthouse Baru Miliknya bernilai RM20 Juta ♥

KL, 24 MEI 2011: Kalau tak silap Murai Batu, pernah kecoh seketika tentang penyanyi kesayangan ramai siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza yang membeli penthouse mewah betul-betul berhadapan bangunan berkembar tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai KLCC.

Nampaknya, cerita itu surut seketika. Apa alasannya, Murai Batu kurang pasti. Mungkin juga Datuk Siti Nurhaliza bijak mengalih tumpuan ramai kepada aktiviti seninya.
Tapi apa yang jelas, penthouse mewah bernilai lebih RM20 juta dan berkeluasan melebihi 7,000 kaki persegi itu sudahpun siap sepenuhnya dan sudahpun berpenghuni.

Malah ada sumber yang memberi tahu Murai Batu bahawa ada beberapa penghuni kondominium berkenaan telah beberapa kali terserempak dengan Datuk Siti Nurhaliza di dalam lif ketika dia mahu menuju ke kediamannya di tingkat 40 ke atas.
Persoalannya sekarang, sama ada Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K tinggal di sana atau tidak? Itu Murai Batu kurang pasti. Kerana setahu Murai Batu mereka masih lagi setia tinggal di banglo di Bukit Antarabangsa.
Murai Batu bukannya apa, cuma tumpang gembira dan bangga apabila ada juga anak Melayu dan selebriti tempatan kita yang berjaya menaik taraf hidup kepada kehidupan yang sangat memuaskan dan boleh dibanggakan hasil daripada titik peluh sendiri.
Lebih membanggakan lagi, kala Murai Batu membelek laman web kediaman berkenaan, rupa-rupanya kondominium berkenaan telah direka oleh arkitek yang telah memenangi banyak anugerah seni bina kediaman di peringkat antarabangsa.

Khabarnya juga, penthouse Datuk Siti Nurhaliza itu turut dilengkapi dengan veranda indah yang membolehkan sesiapa saja melabuhkan keletihan seketika sambil menghirup udara nyaman bandaraya, Kuala Lumpur.
Malah stesen TV antarabangsa sendiri telah menganugerahkan kediaman yang diduduki Datuk Siti Nurhaliza itu itu sebagai seni bina kediaman pangsa terbaik di rantau ini menerusi anugerah Asia Pacific Property Award dan International Property Award.
Amboi. Hebat sungguh penyanyi nombor satu kita sorang ni. Nampaknya hari-harilah Datuk Siti Nurhaliza akan menatap KLCC dari jarak dekat tanpa ada sebarang gangguan lagi penuh bergaya. Tak gitu.
Cuba bayangkan betapa indahnya kehidupan Datuk Siti Nurhaliza. Makan mengahadap KLCC. Nak tidurpun menghadap KLCC. Menonton Astro pun akan ditatapnya KLCC. Pendek kata semualah KLCC. KLCC situ sana sini.
p/s sok sek sok sek = perh mahal giler k, orang banyak duit tak pe la..
p/s sumber murai.com
Sila Klik2 Jika Berminat

12 comments:

Zie Fauzi said...

tingkat 40 keatas??? kami duk tingkat 4 ni pun dah gayat... hehehe...

Mama Zharfan said...

siti ada everything, except zuriat sendiri..moga2 dia akan dpt baby--dh lama benar dia kawin kan...cian dia

hajarus said...

20juta.. aduhai kaya sungguh laaaa...

mamashikin said...

huh 20 juta....bestnya jd kaya...huhuhu

dinor's family said...

dia mmg kaya dgn wang tp yg kurang hanya zuriat sndr...kita harus bangga kita xpunya wang yg byk tp kita ada kasih sayang anak lg bnilai lbh dr 20 juta...

wmaziati said...

i2 la pasal...kaya giler...bila la agaknya nak jd mcm die...huhuhu..apa2 pun bersyukr dgn apa yang ada..betol x..

dilazfamily said...

best yer kalo dapat macam siti nie. Duit banyak sampai dah tahu nak buat apa tue dia beli rumah lagi untuk pelaburan anak dia nanti kot

iduraz said...

20 juta?huhu..gerun dengar regenyer..rumah 200 ribu pon lum tentu ku dapat

Ena said...

rezeki tok ti la..

etiey.com© said...

aduhai.. banyak blog yang tak boleh review gambar la... apsal erk

ch@ said...

inila namanya tidur atas duit. hihiii. takpe rezeki dato' ct setelah bersusah-susah dahulu, dia bermula drpd bawah juga. pokoknya, ada usaha, adala balasannya. boleh tak nak tumpang gembira sebab dia orang melayu =) wiii.

ajumohit said...

untungnya org kaya..kita ni murah rezeki juga dgn anak2 kan...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.