Followers

Saturday, May 14, 2011

♥ Wanita Disimbah Cecair Di Wangsa Maju ♥

KUALA LUMPUR: Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.
Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal.
"Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, Jumaat.
Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Zulkifli berkata setakat ini terdapat 22 kes seumpama itu dan polis akan menyiasat sama ada ia dilakukan oleh individu yang sama atau tidak.
Beliau berkata walaupun gambaran suspek telah diperoleh, siasatan lebih terperinci masih dijalankan untuk menahan suspek yang sebenar.
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kami masih menganalisa kamera litar tertutup (CCTV) kerana kita mahu menahan orang yang benar-benar bersalah," katanya, sambil mengegaskan mereka yang melakukan perbuatan itu bakal berdepan dengan hukuman berat.
Dalam pada itu, Zulkifli berharap segala pelan strategik yang diatur sebelum ini bertujuan mengurangkan kadar jenayah di ibu kota, akan diteruskan.
"Kini tanggung jawab saya lebih besar kerana Jabatan Logistik merupakan sebuah jabatan yang penting dalam memastikan anggota polis dibekal dengan peralatan dan keperluan secukupnya yang boleh menjadikan PDRM lebih mantap," katanya. -BERNAMA

p/s jahat tol la orang tu, suka2 je simbah asid kat muka orang lain....takutnya nak kuar jalan2 sekarang ni

Sila Klik2 Jika Berminat

8 comments:

Mama Zharfan said...

scary sungguh..kenapa lah ramai manusia jahat kat bumi Msia ni... :(

Gieyana said...

kesian kan..mcm2 skrg nie..tkut ny dgn dunia skrg nie..

sarah-najwan said...

jgn jln sesnsorang la kalu nk gi mana2 tu..

rmai org jht skrg..

hati2 blakow deh..

dilazfamily said...

takut sangat dgn berita nie.
asid paling teruk jenayah di Malaysia nie selepas rogol dan bunuh. napalah diaorang macam nie.cubalah kena pada family sendiri .cam mana?

MamaYatie said...

ada masalah mental kot org tu..hee..gerun ar..naik keta sorang2 pun bahaya ni

mama rifQy said...

ishh..sgt menakutkannn!!!

ibuayahdamia said...

ngeriiiiiiiiiiiiiiiii

kayyana said...

sekarang ni mcm2... smua yg menakutkan. rasa dah tak selamat da kan.. jgnlah jalan sorang2.. atau jalan tepi jalan.. paling senang dok umah je.. takutnye..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.