Followers

Friday, June 3, 2011

♥ DNA Si Buah Hati Terbaru Dynas Mokhtar ♥


KUALA LUMPUR, 3 JUN 2011: Sejak penghujung tahun lalu lalu lagi, model, pengacara dan pelakon popular Dynas Mokhtar telah beberapa kali memperkenalkan pakaian yang dikhususkan untuk wanita yang menyusukan badan.
Sejak itu juga, ke mana saja dia pergi, sama ada ke majlis santai mahupun acara anugerah berprestij, Dynas pasti tidak akan gagal menggayakan pakaian rekaan eksklusifnya itu yang dinamakan Dynas Nursing Attire (DNA).

Kini, penjenamaan Dynas Mokhtar di bawah lembayung DNA semakin melebarkan sayapnya, dengan pembukaan kiosk pertama jenama berkenaan yang berlokasi di tingkat 1, pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara sejak penghujung Mei lalu.


Cuba menarik perhatian golongan ibu moden dan yang bekerjaya, kiosk yang berkeluasan 320 kaki persegi itu tenyata cukup tersendiri kerana menyediakan kepelbagaian persalinan moden dan juga muslimah yang nyata cukup praktikal.
Praktikalitinya terletak kepada rekaan pakaiannya yang diilhamkan bagi memudahkan golongan ibu menyusukan bayi mereka meskipun berada dalam sibuk mahupun di tengah kesesakan manusia mundar-mandir.

"Sasaran saya bukan saja terhadap golonga ibu semata-mata, malahan juga mereka yang merancang untuk menjadi ibu suatu masa nanti. Pendek kata, DNA adalah solusi kepada golongan wanita sebagai persiapan mereka memiliki sebuah keluarga.
"Pakaian yang ada di DNA bukan saja selesa dipakai, malahan rekaannya akan memberi keyakinan kepada golongan ibu supaya tidak lagi segan untuk menyusukan bayi mereka walaupun berada di tengah khalayak ramai," katanya kepada murai.com.my.

Menggunakan fabrik yang selesa di pakai dan tidak mudah renyuk, rekaan yang diilhamkan sendiri oleh Dynas Mokhtar itu merangkumi kepelbagaian citarasa, tidak kira bagi golongan wanita berjiwa feminin, moden mahupun muslimah.
Kata Dynas, setiap pakaian di kiosknya itu boleh dimiliki pada harga serendah RM50 sehingga RM400 dan boleh didapati dalam saiz S, M, L , dan XL.

Kiosknya itu turut menyediakan barangan keperluan bayi yang dibekalkan oleh Nurturing Concepts Sdn Bhd di bawah label Mum's Little One.

Dynas berkata, selain menyediakan pakaian ibu menyusu, jenama fesyen miliknya itu turut tidak ketinggalan mengetengahkan rekaan bergaya bagi wanita hamil yang diperbuat daripada kain selesa di pakai.

"Idea untuk muncul dengan perniagaan ini sudah tentu datang daripada Khyra. Ia diilhamkan mengikut pengalaman saya sebagai seorang ibu. Tambahan pula, saya memang ghairah dalam rekaan fesyen sejak dari kecil lagi.

"Malah, saya juga mahu menggalakkan penyusuan ibu kerana ia memberi banyak manfaat kepada pembesaran bayi. Apabila kita mengamalkan penyusuan ibu ini, sudah pasti kita memerlukan pakaian dan keperluan yang sesuai. Jadi, atas sebab itulah, saya tampil dengan DNA ini. Saya sedar tidak banyak pakaian sebegini yang ada di luar sana,"elas Dynas.

Info DNA
Nama butik: Dynas Nursing Attire
Lokasi: K-F3-D, Tingkat 1, The Curve, No6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam (setiap hari)
Laman web: www.mydna.my
Klik di sini untuk melihat Koleksi DNA Dynaz

My preloved item to letgo, please visit this link
  Sila Klik2 Jika Berminat

1 comment:

mama_umar_maryam said...

sonok bile tgk ade artis yg promo BF kan..anje, jemput join GA zety ye
http://superzetymarlia.blogspot.com/

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.