Followers

Wednesday, June 8, 2011

♥ Tidak haram isteri tanggung belanja rumah ♥

Soalan:
BENARKAH rakan saya mengatakan haram jika seorang isteri menanggung sebarang kos perbelanjaan seperti makanan dan pakaian kerana itu menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya.
Alhamdulillah pendapatan saya lebih besar daripada isteri cuma perbelanjaan keluarga kami kongsi bersama.
Bagaimanapun, saya masih menanggung sebahagian besar perbelanjaan seperti ansuran rumah dan kereta, pakaian, persekolahan anak-anak, pembantu rumah, insurans dan perubatan.
Isteri pula mengeluarkan perbelanjaan untuk keperluan dapur serta makanan termasuk susu anak.
Minta Dr beri penjelasan mengenai perkara terbabit.


Jawapan:
ISLAM menetapkan kewajipan suami isteri antaranya, suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan anak berbentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian serta perubatan.

Dalam keperluan memberi nafkah, ia hendaklah bergantung kepada kemampuan suami. Sementara isteri wajib melayan suami sepenuhnya di samping memenuhi tanggungjawab lain, sesuai dengan kedudukan­nya sebagai isteri dan ibu.

Islam menghendaki suami bekerja untuk menanggung anak dan isteri. Apabila suami bekerja, isteri pula menguruskan rumah tangga dan anak termasuk menjaga makan dan minum serta melakukan kerja rumah.

Itulah pembahagian kerja yang adil antara suami isteri. Isteri tidak boleh bergoyang kaki menunggu suami. Isteri perlu menyumbang usaha membangunkan rumah tangga supaya bahagia dan selesa.

Perkara berkenaan dibuktikan apabila puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah al-Zahra iaitu isteri Saidina Ali bin Abu Talib melakukan kerja rumah seperti memasak, membakar roti dan mengisar tepung hingga diriwayatkan tangannya menjadi pecah-pecah.

Oleh kerana kerja rumah sangat berat, Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi s.a.w supaya mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah.

Tetapi Nabi s.a.w menyuruh Fatimah terus melakukan kerja itu dan tidak pula menyuruh Ali melakukan kerja rumah atas tanggungjawabnya sebagai suami.

Pada hari ini, ramai pasangan suami isteri bekerja. Keadaan itu ada kalanya menyebabkan urusan rumah tangga tidak sempurna. Kebanyakan keluarga memilih untuk mempunyai pembantu rumah sementara anak pula dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak.

Mengenai pendapat kenalan anda itu, ia sama sekali tidak benar dan keterlaluan jika ada menyatakan haram jika isteri membayar kos barang makanan dan keperluan lain.

Islam membenarkan isteri membayar secara sukarela, lebih-lebih lagi apabila dia mempunyai pendapa­tan sendiri. Tidak adil jika semuanya ditanggung suami seorang diri. Dalam keadaan ini, sudah tentu perkongsian yang adil perlu dirancang.

Saya berpendapat, apa yang anda lakukan sudah memenuhi tanggungjawab. Cuma kita tidak mahu berlaku isteri menuntut sesuatu perkara yang berlebihan hingga menzalimi suami.
p/s kengkawan selalu tak share hasil pencarian bersama...contoh cam beli barang dapur
pakai duit sendiri, atau ada yang claim balik kat husband?

My preloved item to letgo, please visit this link
Sila Klik2 Jika Berminat

13 comments:

lizz said...

tak salah tolong suami membantu perbelanjaann rumah tapi dengan syarat kita ikhlas apa yang kita berikan pada suami kan hidup suami isteri mestilah bantu membantu...baru aman rumahtangga...

LYAfrina said...

nama pon hidup berumah tangga.. perkongsian hidup.. kalo kt bekerja..x salah rasanya sama2 membangun keluarga kita..

dilazfamily said...

dilaz selalu tolong suami beli barang dapur dan anak. tapi tak delah claim balik.ikut masa gak, kalau suami ada lebih duit tak delah guna duit kite.betul tak?

ZanaNordin said...

tak salah tolong suami kan
and salah satu sebab seorg isteri bekerja pun dgn niat meringankan beban suami..

Zana sendiri...setakat barang2 utk diri sendiri, baju, make up and makan kat tempat kerja..duit sendiri...isi minyak kereta utk pergi kerja duit sendiri..

kesin kat hubby kan
rumah dia bayar...kereta dia bayar
belanja dapur dia bayar..
apa salahnya kita as ISTERI ringankan beban suami sedikit sebanyak...
sama2 hidup...rasanya tak perlu berkira sangat kan

ct N honey said...

rumahtangga itu satu perkongsian,tak salah gunakan duit sendiri utk keluarga selagi suami tak ambil kesempatan diatas kebaikan kita tu Anda di dera jika

Farra Dhelina said...

hdp bermhtga ni kena kerjasama..mcm wonderpet tu.. :-)

NzA said...

sejak kawin suami akak dh ckp...gaji akak utk akak..perbelanjaan lain dia suport 100% .mmg dia xpernah usik walau sesen pn.....syukur!!

NurShahFamily said...

hidup berumahtangga kene la saling membantu hehehehe... tapi jgn ungkit2 tau kihkihkih...

suke baju model kecik tu hihihi

Nana said...

kitorang jenis xberkira la..
xkisah la sape bayar
sama je rasanya....
kot mana pon gaji amrul dah potong siap2 nafkah utk isteri heheee

MamaYatie said...

kita org kongsi jer semua..sama susah sama senang..huhu..cuma kalo bab anak (cam susu,diapers,school fee) tu akak prefer hubby bayor sbb tu dah dikira nafkah anak & t/jawab ayah..lagipun tak nak hubby terlebih manja sngt..nnt dah terbiasa pulak kita support semua..tp pasal lain2 mcm nak beli groceries, minyak keta, baju anak mmg takde berkira la...

EiJa ZaQuaN said...

Zaman skrg ni mmg kena sama2 saling bantu membantu..kos sara hidup tinggi..dh campur gaji suami isteri pun kadang2 x cukup2 jugak..huhu

kami pun mmg saling bantu membantu..
tp nafkah isteri tetap nafkah..yg itu eija berkira sikit..hehehe

ummiaqeef said...

kita pun slalu share..kalau kita beli mmg x claim la, sbb tau suami pun byk komitmen lain..

myamyza said...

hmmm.. kalau keluarga kecik saya bahagi sama rata.. contohnye, kereta jaga anak saya yang bayar tapi yang lain2 en. suami lah.. kerja rumah pun sama2 buat.. sama2 susah dan sama2 senang.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.