Followers

Sunday, August 7, 2011

♥ Hero Pintu Belakang, Ahmad Idham Pertahan Kamal Adli ♥


Jika anda meminati Kamal Adli, pasti anda tahu yang pelakon ini terpilih sebagai hero untuk filem terbaru Ahmad Idham berjudul ‘Gerimis Mengundang’. Kamal digandingkan dengan bintang filem popular Indonesia, Olivia Jensen yang juga merupakan bekas kekasih kepada penyanyi Afghan Syah Reza.

Pemilihan Kamal Adli menimbulkan tanda tanya kepada beberapa pihak kerana ada pendapat mengatakan Kamal bukan calon terbaik kerana namanya tidak sekuat Shaheizy Sam. Malah, lakonan Kamal juga kurang diingati kerana tidak meninggalkan kesan kepada penonton.

Menjawab isu ini, Ahmad Idham yang ditemui barui-baru ini memberitahu dia tetap yakin Kamal boleh menggalas tanggungjawab yang diberikan. Jelas Idham, dia tidak suka mengikut rentak pengarah atau penerbit filem lain yang berlumba-lumba menggunakan pelakon yang sedang popular.

“Saya ada resipi tersendiri. Saya tidak mahu menggunakan pelakon yang sering digunakan oleh pengarah-pengarah lain. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya memilih Kamal sedangkan nama dia tidak begitu popular, sedangkan pasangannya, Olivia mempunyai nama yang cukup besar di Indonesia.

Jawapan saya mudah sahaja, saya percaya dengan kata hati saya.  Saya percaya selepas Kamal dapat bimbingan saya, dia mampu pergi lebih jauh dan menonjol. Bukan saya hendak cakap besar, tetapi  saya sudah buktikan. Lihat sahaja hero-hero filem saya yang terdahulu. Sebelum mereka membintangi filem saya, tidak ada pengarah atau penerbit yang berani jadikan mereka hero, tetapi selepas saya ambil, bintang mereka makin menyerlah,” ujar Idham berkeyakinan.

Dalam masa yang sama, Idham juga mengakui dia tidak memanggil Kamal untuk menjalani sesi ujibakat kerana sudah nekad untuk memberikan watak itu kepada Kamal.

“Saya memang mahukan Kamal, sebab itu saya tidak suruh dia datang casting. Bahkan, saya juga menunggu persetujuan Kamal sehingga saat-saat akhir kerana pada mulanya dia cakap ada komitmen lain. Saya yakin Kamal dan Olivia boleh mencipta keserasian kerana masing-masing berpengalaman. Bukannya orang baru,” jelas Idham lagi.

Berbicara tentang strategi pemasaran ‘Gerimis Mengundang’, Idham memberitahu setakat ini dia mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada pihak pengedar filem di Indonesia. Rakan usahama kami, WannaB Pictures sudah pun mendapat persetujuan dari 50 buah pawagam di seluruh Indonesia untuk tayangkan filem ini. Mereka hanya tunggu lampu hijau daripada kami.

Jadi, saya sekarang ini sedang berhadapan dengan masalah masa tayangan di Malaysia. Sekarang ini terlampau banyak filem yang menunggu giliran untuk wajib tayang. Saya bimbang perlu menunggu masa terlalu lama.

Kalau boleh saya mahu ia ditayangkan serentak di Malaysia dan Indonesia tetapi tidak tahulah macamana lagi. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Kalau tayang di Malaysia atau Indonesia dahulu, saya juga kena pastikan jarak masa tidak terlalu jauh kerana bimbang berlaku cetak rompak dan akhirnya tidak ada yang menonton filem ini di pawagam,” ujar Idham.

Bagi memastikan filem ini mendapatkan publisiti meluas, pihak produksi juga bercadang untuk menganjurkan beberapa peraduan yang akan diumumkan kelak. Selain itu, ada juga beberapa siri jelajah yang membolehkan peminat bertemu dengan bintang-bintang utama filem ini.

Menjalani penggambaran selama 25 hari di Kota Kinabalu, Sabah dan Jakarta, Indonesia, ‘Gerimis Mengundang’ mengisahkan tentang Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.

Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang. Konflik mula timbul apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil muncul kembali dalam hidup Mikha.

Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Ketika Zamani sedang berduka, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana merasakan mereka lebih sesuai menjalinkan hubungan sebagai adik beradik.

Setelah semuanya selesai, Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya, Zamani. Namun semuanya sudah terlambat.


My preloved item to letgo, please visit this link for New Item Upload http://balqispreloved.blogspot.com/2011/06/pleloved-item-to-letgo.html Sila Klik2 Jika Berminat

1 comment:

nur adha said...

salam kenal sis..
mgkin ahmad idham nampak potensi si kamal adli ni..tu yg dia nak amik tu...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.