Followers

Sunday, August 21, 2011

♥ Lagu Dato` Siti Nurhaliza Tiada Dalam Radio Inggeris? ♥

KL, 19 OGOS 2011: Baru-baru ini ketika Murai Batu sedang memandu menuju ke pasar Ramadhan, entah mengapa jari jemari Murai Batu gatal menukar stesen radio. Kerana hampir semua stesen radio Inggeris pilihan Murai Batu tak habis-habis memainkan lagu yang sama sejak beberapa bulan lalu.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba Murai Batu terdengar separuh jalan sebuah lagu yang cukup asing dalam erti kata sebuah lagu baru. Cukup catchy, cukup rancak dan tak keterlaluan telah membuat diri Murai Batu berdansa seketika.


Maaflah, Murai Batu bukanlah kaki party, tapi terus terang lagu itu telah membuatkan kelesuan Murai Batu akibat seharian berpuasa kembali segar. Cuma, mula terdetik siapakah gerangan penyanyinya. Adakah lagu baru dari seorang penyanyi Barat?
Agak terkejut juga Murai Batu, sebaik saja lagu itu selesai deejay radio yang bertutur dalam Bahasa Melayu telah memberi tahu bahawa lagu berkenaan adalah lagu Inggeris terbaru Dato' Siti Nurhaliza berjudul Falling In Love. Wow!
Kenapa Murai Batu terkejut? Pertamanya kerana Murai Batu terkesima dengan kehebatan ritma dan melodi lagu berkenaan yang telah dinyanyikan oleh penyanyi tempatan sehebat Dato' Siti (walaupun lenggoknya bercitarasa Melayu).
Keduanya, Murai Batu telah mendengar sendiri lagu berkenaan di stesen radio berbahasa Melayu dan jarang sekali atau kalau tak silap, tak pernah langsung Murai Batu terdengar di mana-mana stesen radio berbahasa Inggeris kegemaran Murai Batu.


Sayang seribu kali sayang. Bukannya Murai Batu ingin menuding jari kepada sesiapa atau berpihak kepada Dato Siti kita seorang ini, tapi rasanya selama Murai Batu menjadi peminat setia beberapa stesen radio Inggeris, boleh dihitung dengan jari berapa kerat sangatlah mereka memutarkan lagu-lagu Inggeris artis tempatan.
Kalau tak silap Murai Batu, ramai artis tempatan kita yang telah melahirkan lagu Inggeris yang baik. Hanya kerana mereka artis tempatan dan lagu-lagu mereka bukan di tulis oleh komposer antarabangsa maka mereka di anak tirikan. Akhirnya, karya mereka berkubur begitu saja.
Mungkin hal yang sama sedang atau akan terjadi buat Dato' Siti. Entah apa agaknya kelayakan yang diperlukan oleh artis-artis tempatan kita yang lahir dengan lagu Inggeris untuk berada di slot utama atau harian stesen radio Inggeris tempatan?


Barulah Murai Batu faham, mengapa Miss Nina berubah haluan daripada terus menyertai kumpulan The Tarik Krew dan kini berjalan solo dengan menghasilkan kolaborasi bersama Colby O Donis dengan lagu What You Waiting For dan Flo Rida (Take Over).
Ketika itu, barulah stesen radio Inggeris tempatan kita celik mata. Barulah mereka teringin meletak lagu Mizz Nina di slot yang sebaris dengan penyanyi Barat lain. Kalau tak pasti, Mizz Nina akan mendapat layanan serupa.
Tak keterlaluan jika Murai Batu katakan, penyanyi tempatan kita dilayan second class oleh stesen radio Inggeris tempatan. Sedangkan penyanyi Barat di lambung tinggi-tinggi sehinggakan gegendang telingaMurai Batu berdesing asyik mendengar lagu yang sama sejak beberapa bulan lalu.


Ini bukanlah luahan rasa Murai Batu semata-mata, tetapi ia berdasarkan rungutan beberapa penyanyi tempatan yang pernah mengalami nasib serupa. Kebanyakan Lagu-lagu Inggeris mereka hanya di putarkan selepas jam 12 malam. Entah siapalah mahu dengar agaknya.
Murai Batu: Bila agaknya nak dengar gossip artis tempatan seperti Tiz Zaqyah dan Remy Ishak menjadi bualan hangat di stesen radio Inggeris tempatan. Kenapa asyik-asyik kisah celebriti Hollywood. Artis kita tak ada class kah? Bukalah mata dan minda wahai stesen radio Inggeris sekalian.


Sila Klik2 Jika Berminat

No comments:

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.