Followers

Wednesday, August 24, 2011

♥ Sazzy Seronok Raya Dengan Kembar ♥


Tahun ini sambutan raya saya memang berbeza.  Kehadiran  Iman Lilly dan Tiara Rose membuatkan saya dan Nazril seronok hendak beraya.  Kalau dulu buat persiapan raya untuk kami berdua sahaja, tapi kali ini buat untuk kembar juga. Tapi tidaklah sampai membazir.  Saya sediakan dua pasang baju sahaja untuk mereka. Pagi raya nanti, Iman dan Tiara akan pakai baju kurung dan pada hari raya kedua pula masing-masing akan pakai gaun. Kami akan pakai baju warna sedondon, iaitu warna hijau pudina,” cerita Sazzy  teruja.

“Selain seronok buat persiapan raya, saya juga seronok apabila fikirkan tahun ini saya akan tolong anak-anak saya untuk kutip duit raya. Satu pengalaman baru ini. Kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik, jangan lupa duit raya untuk Iman dan Tiara yer,” ujar Sazzy berseloroh.

Bercerita tentang pengalaman puasa selepas bergelar ibu pula, Sazzy memberitahu tahun ini dia tidak dapat berpuasa penuh kerana menyusu badan.

“Saya puasa setiap selang tiga hari. Bukan kerana badan terasa penat, tetapi saya buat ini kerana saya memberi susu badan kepada anak-anak kembar saya. Mula-mula puasa itu saya memang tidak tinggal, tetapi apabila mendapati susu badan saya kurang, saya terpaksa puasa berselang-seli. Kesian dekat baby . Nanti selepas mereka tidak menyusu badan lagi, bolehlah Sazzy ganti puasa yang tertinggal,” ujar Sazzy.

Bagaimana pula dengan karier lakonan dan pengacaraan? Berapa lama lagi Sazzy mahu berehat?
“Buat masa ini saya memang tidak ambil sebarang tawaran berlakon. Begitu juga dengan tawaran mengacara. Tunggulah dulu. Anak-anak saya masih kecil. Kesian kalau saya kena tinggalkan lama-lama. Lagipun, sayakan menyusu badan, jadi susahlah sikit. Kalau saya mula bekerja pun, mungkin saya akan buat job mengacara dulu. Tengoklah selepas raya ini.

Dalam masa yang sama, Sazzy juga mengakui dia sebenarnya tidak boleh berenggang dengan anak-anaknya itu. Jelas wanita ini, setiap kali terpaksa berada di luar untuk sesi fotografi atau menghadiri acara hiburan, dia pasti tidak sabar untuk pulang kerana terasa rindu. Bagi Sazzy, ketika bayinya masih kecil ini, dia perlu menghabiskan masa bersama mereka dengan sebaik-baiknya.


bestnya ada anak kembar, baju sama semua sama kan...

Sila Klik2 Jika Berminat

3 comments:

Jiji-Fify said...

Seronoknya dapat kembar kan!! Lepas ni boleh "break" lama sikit before bersalin kali kedua.. :P

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Ely Hasrul said...

comelnye. masa mula2 gynea cko sy dpt twin tp vanishing twin (satu xdek heatbeat) xdek le rasa ape sbb baru 1st trimester kan tp bila kawan2 dok frust2 tok gak cmne la kalu dpt kembar hehe.. xpe lah satu pon kire rezeki

nadja said...

hai.. jenjalan.. dah lama tak kumen kan.. nway slamat berpuasa..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.