Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin kini sah menjadi artis terbaru syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) setelah mementerai perjanjian usahasama antara label berkenaan dan syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (SNP).
Usaha sama yang dijalin sejak Julai 2011 ini merangkumi segala aspek pembikinan album dan lagu terbaru penyanyi berkenaan. Perjanjian ini juga merangkumi segala bentuk promosi dan publisiti berkenaan kerjaya beliau sebagai penghibur.
Usahasama tersebut menjanjikan sesuatu kepada peminatnya apabila pelbagai perancangan telah dirancang untuk menghasilkan sesuatu dan dijangka menemui peminat pada bulan Oktober 2011 nanti.
Antara nama besar yang berada di bawah naungan Universal Music termasuklah Anuar Zain, Ning Baizura, Spider, 6ixth Sense, Ana Raffali, Meet Uncle Hussain dan ramai lagi. Penyertaan Dato' Siti Nurhaliza akan lebih mengangkat nama UMM ke satu taraf yang lebih tinggi memandangkan penyanyi tersohor itu merupakan nama yang cukup besar dalam industri muzik tanahair.

0 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
Post a Comment