Nota : OHBULAN! merupakan media online rasmi yang melaporkan perkembangan perkahwinan Nabil & Zira dengan kerjasama Festival Pengantin.
“Kad Lestari bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.
“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”
“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.
p/s mesti mahalkan kosnya...ape pun semoga bahagia ke akhir hayat...amin....sumber Oh Bulan






5 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
Kt dh tau dia nak kawin masa puasa hr tu..igtkan kbr angin je.. Dgr2 nak buat kat icty..kelezz hehe
kompom mahal gile kos kad ni
waaaah kreatif sungguh..lain dr yg lain...kad kawen gini, nak buang pun sayang..hee~
wowwwww....chanteq!!!!
cntik!!!!tp msti sponsor kot...artis...fuh!best giler dorg!
Post a Comment