Followers

Tuesday, September 27, 2011

♥ Mia Sara Dinobatkan Sebagai Best Kids Actress ♥


KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2011: Pelakon cilik Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Riduan, 5, telah berjaya dinobatkan sebagai Best Kids Actress dalam acara My Kids Awards yang telah berlangsung di Sunway Lagoon Amphiteatre, Bandar Sunway pada Sabtu lalu.
Paling membanggakan Mia Sara selaku pelakon paling muda yang tercalon dalam kategori tersebut turut berjaya menewaskan dua pelakon yang jauh lebih tua daripadanya iaitu Elfira Loy, 17, dan Farhana Qismina, 14 dalam anugerah tersebut.


Sementara itu Acara My Kids Awards, anjuran TV3, yang bertujuan untuk menghargai bakat-bakat si cilik itu juga telah menobatkan pelakon cilik, Fimie Don atau Shafimie Saedon , 13, sebagai Best Kids Actor.
Dalam kategori tersebut, Fimie Don juga telah menewaskan pelakon cilik lain iaitu Ezzrin Loy, 14, dan Haziq Tom Tom Bak, 8, sebagai persaingnya yang turut tercalon.


Dalam pada itu, kartun animasi, Upin & Ipin juga berjaya membolot dua anugerah dalam acara My Kids Awards dengan meraih anugerah Cutest Character dan Awesome TV Show.
Apa yang pasti acara julung kalinya diadakan itu merupakan sebuah majlis penganugerahan khas kanak-kanak di dalam industri seni yang pertama di Malaysia. Ianya mengiktiraf dan mengambil kira pelbagai aspek serta tahap usaha yang ditonjolkan si cilik menerusi kaca TV, radio mahupun secara online.


Melengkapkan lagi penyeri majlis,My Kids Awards telah menampilkan gandingan Alif Satar dan Zher Peen sebagai hos yang mengendalikan acara tersebut di dalam dwibahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Menariknya, Shaheizy Sam, Juliana Evans, Aaron Aziz, Aznil Hj Nawawi, Mia Sara Nasuha, Zoey, Ikhwan, Prince Of Pop (P.O.P), Suki, Fimie Don dan Haziq adalah antara artis-artis tempatan yang turut diundang untuk menyampaikan trofi kepada para pemenang My Kids Awards


Selain daripada meraikan para pemenang, majlis penganugerahan itu turut diserikan lagi dengan pelbagai persembahan.Tirai persembahan dibuka dengan kemunculan kumpulan tarian istimewa, The Leeleesm, yang beraksi dengan lagu "Fire".


Persembahan seterusnya menampilkan Harris (Idola Kecil 3)dan Dayana (Idola Kecil 2) pastinya menghangatkan lagi suasana dengan lagu Moves Like Jagger nyanyianasal Maroon 5 dan Christina Aguilera. Penyanyi Aizat juga tampil di penghujung majlis dengan lagu berjudul "Mana Oh Mana" sebagaipersembahanpenutuptirai.
Semua pemenang setiap kategori telah dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi yang diterima menerusi laman web www.tv3.com.my/mykidsawards dan laman Facebook My-Kids-Awards-TV3-Kids di sepanjang tempoh undian yang telah bermula sejak 23 Mei dan berakhir pada 10 September 2011 lalu.
Berikut senarai penuh pemenang( yang disenarai hitamkan) My Kids Award:


Best Kids Actress
Elfira Loy
Mia Sara Nasuha
Farhana Qismina


Best Kids Actor
Ezzrin Loy
Haziq
Fimie Don


Favourite Kids Female Singer
Dayana Idola Kecil 2 
Wada Idola Kecil 1
Syazwani Kamilah Bintang


Favourite Kids Male Singer
Emeer My Starz LG
Azzam Idola Kecil 2 
Aiman Kamilah Bintang


Cutest Character
Boboi Boy
Upin & Ipin 
Yaya (Boboi Boy)


Awesome TV Show
Idola Kecil
Boboi Boy

Upin & Ipin



Coolest Host Afiq DayanaFimieMost Inspirational Host Aznil Hj NawawiMost Inspirational Artist BunkfaceFavourite Idol Dato' Dr Sheikh Muszaphar ada satu lagik Mia k






Damia Nurin Balqis... kira Mia jugak la ni... 

4 comments:

mamalieyna said...

ooh yg menang2 tu mmg ada talent..sesuailah menang, termasuk upinipin..hee~

Mama Zharfan said...

cute damia nurin tu hhehehhe

mrs.ecam said...

pandainyer die pose....kalah mia sara...eh heeeee

eima said...

balqis mmg pandai posing... comey

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.