1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALIuntuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation
(300 <= ko-takaful :10% <=1000)
Contoh 1 :
Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700
Contoh 2 :
Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.
Contoh 3 :
Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar.
Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.
Konsep Takaful
Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.
Tahap kehidupan yang berubah-ubah.
p/s Opis mama memang cover hospital untuk mama, papa & balqis, tapi kami tetap memilih untuk memiliki insuran sendiri, sebab papa kata selama mana kita akan bekerja kat satu syarikat tu, then bila anak dah dewasa takkan kita nak anak2 mewarisi pekerjaan kita...mesti kita nak nak yang terbaik dari kita kan...so rasanya insuran beli sendiri pun penting selain bergantung pada Insuran company...
tu la simpanan yang termampu dari kami untuk anakanda tercinta....





3 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
Kn...sendiri punya pun kene ade...... :)
tgk proposal tuh cm best jerr..hehee..bley ler kite pertimbangkan..hmmm..thnx for sharing :)
sama macam plan anak sy aqil.. takaful link cerdik, dan stkt ni dah pernah pakai sekali kat SJMC :-) berbaloi2..
Post a Comment