Followers

Saturday, October 22, 2011

♥ Kematian Yue Yue Budak 2 Tahun Yang Dilanggar Van di China ♥

 Kes insiden yang paling kontroversi budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori , nasib budak tersebut iaitu Yue-Yue dengan rasmi telah meninggal dunia pada hari Jumaat seminggu selepas kejadian trajis tersebut.
Budak dua tahun dengan kejam di langgar dan digilis oleh pemandu van yang memandu sambil menggunakani telefon bimbit dan 18 orang yang lain yang buat tak tau ketika kejadian , telah di sahkan meninggal dunia pada awal pagi Jumaat.
Wang-Yue “YueYue” meninggal dunia awal hari Jumaat di Hospital Besar Daerah Tentera Guangzhou. Punca kematiannya disebabkan kegagalan otak dan organ. “Kecederaan beliau telah terlalu teruk dan rawatan yang diberi telah tiada kesan,” pengarah unit penjagaan intensif Su Lei kepada pemberita.
Dengan kejadian ini telah mencerminkan china sebagai negara yang kejam dan di tak bermoral. Sehinggakan ramai orang mencemuh akan ketidak perihatinan dan kemanusiaan terhadap kanal-kanak yang dilanggar pada kejadian tersebut.


Rakyat China mendakwa tidak mahu menolong dan pemandu van tersebut juga mahu membunuh kanak-kanak tersebut sejurus selepas di langgar atas dasar “culture & what they have practice in China.” korang boleh bacaKenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?
Chen Xianmei ,seorang pemungut sampah di Selatan China yang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibiarkan selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari, menerima ganjaran kira-kira RM10,000 daripada kerajaan tempatan.
Lagi satu sikap yang agak melampau terdapat segelintir masyarakat china yang mendakwa Makcik tua yang tampil membantu Yue Yue dituduh berbuat demikian kerana mahu popular….manusia oh manusia!

 Yue Yue yang berada di tengah-tengah jalan sebelum van tersebut melanggar beliau

 Pemandu van yang tanpa membunyikan hon sebelumnya terus melanggar budak malang ini

 Yue Yue yang cerdera parah ditinggalkan begitu saja

 Lelaki yang berjalan dijalan tanpa mempedulikan budak ini yang cedera..Adakah lelaki ini BUTA?

 Gambar Yue Yue Bersama ibu dan abangnya
 lelaki yang berbasikal ini pun sama

Akhirnya selepas 18 orang yang lalu lalang maka orang yg ke 19, seorang wanita ini mendekati Yue Yue dan membantunya.

Inilah dia budak perempuan yang berusia 2 tahun yang bernama Yue Yue yang dilanggar dan dilihat oleh seramai 18 orang yang lalu lalang tanpa memberi apa-apa bantuan kepada budak malang ini. Kejadian ini berlaku di bandar Foshan, Guandong China.m yang berjaya dirakam oleh CCTV.

Selepas 2 hari mendapat rawatan rapi budak perempuan malang ini masih koma kerana kecerderaan yang teruk dan dibantu melalui sistem sokongan hayat untuk hidup.

Sangat kesian..tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata.!!

p/ kesian sangat dengan budak ni, bayangkanlah kalo anak kita diperlakukan camtu....

4 comments:

nadya said...

sedih sgt, pening tgk video dia.. tak dapat digambarkan btpa sakitnya adik ni..

ajumohit said...

mmg tak dpt ditahan2 air mata ni lagi, sebak dan pilu mengenangkan adik ni, luluh hati ibu melihat saat2 kau dilanggar lori oleh pemandu yg kejam tu..

semoga dia tenang di sana...apalah kudrat seorg anak2 kecil utk melawan takdir kehidupan setelah di langgar 2 kali tanpa belas...

ya allah...

Nur-nba said...

Kemanalah perginya peri kemanusiaan.. Memang sebak bila menonton video kemalangan tu.. :(

Rizziela said...

sampai hati yg tengok tu kan...boleh ajer berjalan buat tak tahu...

yg tak tahan tu...boleh plak dia dilanggar lagi...Adoilah...binanatang pun tau erti kemanusian...ini manusia berhati binanatang

Semoga roh anak ini dipelihara...sungguh kesian

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.