Followers

Thursday, October 13, 2011

♥ Klik 3gp lakonan Mimi & Zahiril ♥



Kepada anda yang dahagakan filem tempatan yang lain dari filem biasa ditonton, Klip 3GP yang bergenre psycho thriller adalah satu filem yang berbaloi dan wajib anda tonton.
Filem ini dibarisi pelakon-pelakon terkenal seperti Zahiril Adzim, Mimi (O.N.E), Sabhi Sadhi, Fikhree Bakar dan ramai lagi pelakon-pelakon lain. Diarah oleh pengarah baru, Aidilfitri Mohd Yunos, ianya mampu membuka mata dan minda penonton untuk memahami lebih mengenai format video yang sinonim dengan rakyat Malaysia.
Klip 3GP memaparkan kisah-kisah tentang realiti kehidupan sebenar remaja zaman sekarang yang mudah terpedaya. Filem yang turut dibintangi Faralyana Idris ini juga mampu memukau anda dengan lakonan bertenaga oleh Mimi (O.N.E) yang pertama kali diberi peluang keemasan untuk berlakon.
Filem ini juga banyak memaparkan aksi-aksi yang keterlaluan namun masih boleh diterima pakai dan memberikan satu tafsiran baru kepada rakyat Malaysia yang masih tidak tahu mengenai kenapa filem Klip 3GP harus ditonton.
Pembikinan Klip 3GP menelan belanja sebanyak RM1.3 juta dan bakal ditayangkan di 71 buah pawagam di seluruh Malaysia. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikannya pada 13 Oktober ini. OHBULAN! pasti filem ini akan menjanjikan satu keseronokan untuk anda berbanding filem-filem yang lain.
p/s ada yang kata citer ni melampaui batas, ye ke?kadang2 filer melayu kita ni melampau2 plak aksinya kan...

1 comment:

MrS. F!zA said...

mmg melampau lah tgk filem ni..aksi pompuan baju merah tu seolah2 kena rogol ke tgh asmaradana ke ntah tu mcm real je..huhu

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.