Followers

Sunday, November 20, 2011

♥ Debaran Bakal Pengantin Zahiril Adzim ♥









“Perasaan saya berdebar-debar, teruja pun ada,” begitulah ungkapan pertama pelakon Zahiril Adzim saat ditanya tentang perasaannya yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, pelakon dan pengacara Shera Aiyob pada 20 November ini selepas mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.
Malah menurut Zahiril lagi, debaran makin kuat dirasai selepas dia menghadiri majlis resepsi pelakon dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar dan pasangannya Mohd Helmi mohd yusof baru-baru ini.
“Saya dapat tahu semasa pernikahan Dira dan Helmi, Helmi sampai tiga kali lafaz nikah. Kalau Helmi sampai tiga kali lafaz, bagaimanalah agaknya dengan saya nanti?”
“Masa saya datang majlis resepsi Dira hari tu, teman-teman artis ramai yang sakat, takut-takutkan saya dan itu buat saya makin nervous.” ujar Zahiril ketika ditemui pada tayangan telemovie, ‘Parit Jawa’, di sini Rabu lalu.
Menurut pelakon drama bersiri hit, ‘Juvana’ ini juga, setakat ini persiapan perkahwinan sudah siap hampir 90 peratus. Segala persiapan diserahkan kepada ibu dan bakal isterinya kerana percaya orang perempuan lagi arif dalam melaksanakan persiapan perkahwinan.
Tambahnya lagi, persiapan akhir perkahwinan urusan ibunya dan Shera, manakala dia sebagai bakal suami pula sedang mempersiapkan diri dalam hal-hal agama yang berkaitan dengan alam perkahwinan agar dapat menjadi ketua keluarga yang baik kelak.
“Sekarang ini saya sedang berehat dari terlibat dengan sebarang shooting drama mahupun filem sehingga penghujung November ini. Tapi sekiranya dalam tempoh cuti itu saya ada menerima sebarang tawaran berlakon yang menarik, Insyaallah saya akan pertimbangkan,” jelas Zahiril lagi
Majlis pernikahan mereka akan diadakan pada pagi Ahad ini di kediaman Shera di Ipoh, Perak dan acara resepsi akan diadakan pada hari yang sama di dewan berhampiran kediaman Shera, bertemakan konsep perkahwinan dalam taman. Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung secara sederhana di Shah Alam pada 27 November nanti.

No comments:

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.