Followers

Wednesday, November 2, 2011

♥ Fara Fauzana & Neelofa Pengacara NONA 2012 ♥

Berakhirnya majlis Screening Media Prima 2012 yang berlangsung baru-baru ini sekaligus telah menjawab spekulasi berhubung siapakah gerangan yang akan terus mengemudikan program yang sememangnya dekat di hati sekalian wanita di Malaysia sejak bertahun lamanya, Nona.
Pengumuman yang dibuat oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar menyaksikan rezeki berpihak pada penyampai radio wanita paling popular, Fara Fauzana akan memikul tanggungjawab sebagai pengacara baru Nona menggantikan pengacara sebelum ini, aktres jelita, Vanidah Imran yang telah pun tamat kontrak.
Tidak berseorangan mengemudi program tersebut, Fara turut digandingkan bersama aktres semakin meningkat naik, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa yang turut sama bertindak selaku pengacara baru Nona musim hadapan.
Pemilihan Neelofa nyata satu kejutan dari Primeworks Studios. Walaubagaimanapun pihak Primworks Studios optimis mengharapkan duo ini akan membawa Nona ke satu tahap baru.
Ini merupakan pemiliihan kali ketiga Primeworks Studio yang membariskan selebriti sebagai pengacara. Untuk pengetahuan, selain Vanidah Imran, Maya Karin turut pernah menyerikan program tersebut.

“Bukan kerana rating rendah. Kami memilih Neelofa & Fara Fauzana sebagai hos Nona 2012 kerana ingin memberikan nafas baru dan menarik lebih ramai penonton muda. Neelofa pun menunjukkan kriteria yang bertepatan dengan konsep program 2012 semasa sesi casting dijalankan. Manakala, Fara Fauzana dipilih kerana dia sememangnya dikenali ramai dengan gaya celoteh yang menarik,” ujar Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar ketika ditemubual semasa sidang media acara Media Prima Nite di Kuala Lumpur Convention Center, Jumaat lepas.
Tambah Puan Nurul Aini lagi, “gabungan kedua-dua hos ini akan memberikan penonton 2 personaliti yang amat berlainan daripada segi pengacaraan. Neelofa merupakan bintang baru yang berjaya menapak dalam industri hiburan, manakala Fafau mempunyai kumpulan peminat yang amat besar. Jelas sekali, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan kami berharap kemunculan mereka akan memantapkan lagi pengisian program Nona.”
Puan Nurul Aini turut memberikan respon mengenai penonton yang kurang gemar dengan pengisian segmen program, terutamanya apabila ia melibatkan perkahwinan serba mewah.
“Nona sememangnya amat menitikberatkan kepuasan penonton untuk setiap segmen yang ditayangkan. Paparan perkahwinan serba mewah sering mendapat rating yang tinggi dikalangan penonton setia. Walaupun tidak semua penonton mampu, tapi ada penonton yang kreatif mendapat inspirasi daripada paparan Nona dan mencari penyelesaian dengan kos yang lebih murah,” jelas Puan Nurul Aini.
p/s ada sape2 nak komen?mama jarang dah tengok NONA ni....

2 comments:

Masni Syafie said...

suka nurul syuhada nurul ain...jelas dgn wanita moden

dah lama xtgk Nona, sbb dah xder kick dah..hehe

Salina@IbuAqil said...

X berapa minat nona sejak x ada Norfarahin Jamsari dgn Normala Samsudin.. Hik3!!

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.