Followers

Tuesday, November 8, 2011

♥ Menu AidilAdha...yummy2 ♥

Janga ada yang terliur k, entry kali ni semua menu makan2 punyer
AidilAdha kali ni banyak menu yang kami wat
since semua berkumpul so semangat gotong royong dapatlah sediakan menu2 yang ada..
masing2 ada menu kegemaran k...
jom tengok...

rendang ni mama cuba dari resepi yang dikongsi bersama oleh
MAT GEBU Dapur Tanpa sempadan
kat bloog beliau ada perlbagai menu untuk kawan2 cuba masak...

memang menjadi & superb menu ni k....sedap gilos...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging pejal (mat guna daging batang pinang)
1 kg bawang merah,(mat guna 500 gm je)
20 - 25 tangkai cili kering*
20 biji bawang merah*(*dikisar)
1 cawan gula melaka
1/4 cawan jus asam jawa pekat
3 camca besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dipotong besar, rebus hingga lembut, toskan dan hiris nipis. Tumbuk setiap hirisan daging sampai leper. Buat hingga siap. (mat letak 1 inci halia, dititik dan 4 ulas bawang putih, diketuk semasa merebus daging). Ketepikan.
  2. Bawang merah tadi dihiris dan dibuat bawang goreng. Angkat dan toskan. Dalam minyak bawang goreng tadi, goreng daging yang telah ditumbuk tadi hingga keemasan. Buat hingga siap, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan gula melaka, jus asam jawa, garam dan kicap. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga terbit minyak.
  4. Rasa dan tambah apa yg perlu. Masukkan daging tadi, gaul rata, tambah bawang goreng, kacau hingga mesra dan matikan api. Boleh hidangkan bersama makanan kegemaran...
bahan2 dari resepi MAT GEBU...tapi rendang daging ni banyak pakai bawang k...
ni menu peberet family kami



then kami wat barbe-Q kepak ayam..
perap ayam dengan sos barbeQ then campurkan sekali dengan
bawang merah, bawang putih, halia, perap seharian..
then esoknya leh panggang k...
Bahan Kuah :-)
500 g ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
3 camca makan petis*
3 camca besar air*(*dibancuh rata)
2 liter air
4 - 5 keping asam gelugor
15 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (mat guna 2)]
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
150 g bawang merah *
1 ulas bawang putih*
2 cm belacan*
15 tangkai cili kering, direndam*
3 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)

Bahan Lain :-)
Mee laksa
Bwang besar, hiris halus
Daun pudina, hiris
Nenas, dihiris
Timun, dihiris
Hirisan cili merah
Belahan limau kasturi
Taugeh
Telur rebus dibelah 2

Cara membuatnya :-)
  1. Rebus ikan dengan asam gelugor hingga masak. Asingkan tuang dan isi, tumbuk isi ikan hingga hancur dan masukkan kembali dalam air rebusan. Kisar halus tulang ikan, tapis dan masukkan dalam air rebusan ikan tadi.
  2. Bubuh bahan2 kisar halus, daun kesum, bunga kantan, petis, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
  3. Isikan laksa dalam mangkuk sesuai, susun bahan2 lain dan tuangkan kuah panas tadi, perah jus limau kasturi sebelum dimakan...Sedappppppp!!!!!!!!
resepi from Dapur tanpa Sempadan Jugak, ni peberet mama k

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram isi kerang segar, cuci dan toskan
200 ml pati santan
1 helai daun kunyit, hiris halus2
2 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
1/2 camca besar kerisik
1 camca besar rempah kari ikan (mat guna baba's)
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 batang serai, hiris halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas
2 keping hirisan halia
2 biji buah keras
1/3 inci belacan
25 biji cili padi merah Thai
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Bila terbit minyak, masukkan pati santan. Biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan gula melaka, kerisik, asam gelugor, daun limau purut dan garam secukup rasa. Tambah kerang, masak hingga kering, guna api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit, kacau rata dan boleh angkat. then hidangkan
yang ni khas untuk menu papa...papa tak makan daging so mama wat rendang kerang special untuk papa...

lemang 4 batang....
makan banyak2 pastu leh tarik bantal k...
BAHAN KUAH :-)
300 g daging @ 1/2 ekor ayam
10 - 15 ekor udang, dibersihkan
250 ml pati santan
1500 ml air
1 batang lobak merah, potong berbaji
1/2 batang terung, didadu
1 biji tomato, dibelah 4
1-2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
5 biji buah keras*(*dikisar halus)
3 camca besar rempah kari daging

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
BAHAN MEE KARI :-)
1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan
Taugeh, dicelur sekejap
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
2 keping fish cake, goreng sekejap dan hiris
Bawang goreng
Hirisan cili hijau/cili merah
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Satukan rempah kari, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum, masukkan bahan2 rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan. Masukkan daging @ ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap. Tuang air dan biarkan mendidih, perlahankan api dan masak hingga daging/ayam lembut. Masukkan lobak. tomato dan udang. Biar mendidih.Tuang pati santan dan masukkan asam gelugor. Tambah garam dan gula secukup rasa. Bila mendidih, masukkan terung. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. PENYEDIAAN MEE KARI :- Ambil mee secukupnya dan letak dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan letak bahan lain. Perah limau kasturi sebelum dimakan.....
ni pun menu khas untuk papa, peminat mee kari NO1

BAHAN-BAHANNYA :-) 
400 gram kacang tanah 
1 senduk nasi penuh cili kisar 
2 batang serai, dititik 
3/4 cawan jus asam jawa 
Garam dan gula secukup rasa 
1500 ml air 

BAHAN KISAR HALUS :-) 
80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan 
13 biji bawang merah 
5 ulas bawang putih 
4 batang serai, dihiris 
1 camca besar ketumbar 
1 1/2 inci lengkuas 

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
  2. Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
ni plak menu untuk abah mama...

BAHAN-BAHANNYA :-) 
500 gram paru lembu, hiris nipis, cuci dan toskan* 
1 inci halia, hiris* 
3 ulas bawang putih*(*direbus hingga lembut, toskan dan biar sejuk) 
1 1/2 senduk nasi cili kisar 
Garam dan gula secukup rasa 
1/3 cawan jus pekat asam jawa 
Hirisan daun bawang untuk hiasan 
Bawang goreng, untuk hiasan 

BAHAN KISAR HALUS :-) 
8 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 batang serai, hiris halus 
1/2 inci halia 
1 camca besar ketumbar biji 
1/2 camca teh jintan kasar 
1/2 camca teh jintan halus 
2 biji buah keras 

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Paru tadi digoreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali (bukan lah sikit sangat, agak2 lah yea) tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan gula. Masukkan paru goreng tadi. gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun bawang...Hidangkan segera.. 
ni plak menu adeq & abanglong mama....
masing2 ada menu sendiri...
habis langsai semua menu2 tu since adeq beradeq my mom datang bertandang...
Alhamdulillah dapat bersama meraikan Aidiladha tahun ni...
seronok rasanya biler berkumpul beramai2 kan..

kawan2 menu ape raya haji ari tu?....

7 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

menu raya aritu nasi mandhi arab, ayam bakar special, dalca, sos nasi mandhi dan tiramisu..kebetulan ayu pun baru buat entry resepi tiramisu..hehe..

selamat hari raya haji

ADEEYA said...

dalam banyak2 kan terliur tengok kepak ayam tuh huhuhu :D

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

wahh siap bg resepi hehhe nk try tang bbq tu la yummy..

Mama Zharfan said...

yum yum sedapnya :)

mamalieyna said...

waaaah meriahnye menu..best aa...mesti makan tak hengat kan, lg best dpt bkumpul ramai2..

tahun ni sempat beraya kt johor lagi..sbb cuti pendek..hu~ menu org johorlah..tp best...sbb semua mak mertua masak..kite tolong ptong3 je, sedar2 dh siap semua menu..lalala..best tul mak buyung..hahaha..

Nana said...

tu dia banyak nye makanan
ktorg satu jenis je
bese raya haji mmg masak sejenis je

Sidratul Muntaha said...

ralit nengok yg bbq tu je..
hat lain tak minat sbb sal balik temerloh,klu raya la..mesti ade..
tpi plaing specialnya ade kebau..
mmg daging dia sedap giler compare dari lembu or kambing

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.