Followers

Tuesday, November 29, 2011

♥ Pengertian Maal Hijrah dari Selebriti ♥

KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER 2011: Maal Hijrah memberi makna yang besar dalam sejarah Islam dan semalam seluruh umat Islam di dunia telah menyambut sambutan Awal Muharram atau Maal Hijrah yang ke 1433H dengan penuh dengan kesyukuran.

Penghijrahan bukan sahaja telah dilakukan oleh Nabi Muhammad iaitu berhijrah dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi tetapi juga telah dilakukan oleh ramai umat Islam yang mula berhijrah menuju ke arah kebaikan.

Penghijrahan diri itu juga telah dilakukan beberapa artis popular tempatan, antaranya Catriona Ross, Siti Nordiana, Diana Amir, Irma Hasmi, pemuzik Sham Kamikaze, Amer Munawer (bekas kumpulan Ruffedge) dan ramai lagi.

Sempena meraikan sambutan untuk semua umat Islam itu, portal murai.com.my telah mendapatkan tiga selebriti tanah air yang sudah berhijrah untuk memberikan sedikit pandangan mengenai makna hijrah dalam diri mereka.


Catriona Ross atau Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross (Pelakon)

"Bagi saya Hijrah bermaksud seorang manusia itu kembali kepada fitrah. Setiap anak Adam dilahirkan dengan fitrah yang tidak pernah membohongi dan sentiasa ingin kepada yang kebaikan, kepada yang maaruf serta dekat dengan pencipta.

"Alhamduilah, tiada kata yang dapat menceritakan bertapa bahagia dan damainya diri saya apabila Allah memanggil saya untuk pulang kepada fitrah.

"Oleh itu, saya ingin mengingatkan sesama kita agar sentiasalah mencari ruang untuk dekat kepada Dia.

"Jangan nantikan malah mulakan pencarian dengan sesungguhnya. Semoga kita sentiasa dalam redha dan Allah Azzwajalla".

Siti Nordiana (Penyanyi)

"Mengimbas kembali sejarah Maal Hijrah, kita pasti kagum dengan pengorbanan Nabi Muhammad yang menempuhi pelbagai dugaan ketika berhijrah dari tanah suci Mekah ke kota Madinah.

"Jadi sebagai pengikutnya, kita patut mengambil tauladan dan pengajaran dari kisah itu. Ketika zaman Rasullah banyak cabaran dan kesukaran yang perlu ditempuhi untuk mendalami dan mendekati Islam berbanding dengan zaman kita sekarang.

"Menyedari perkara itu, saya terus mengambil tindakan untuk berubah dan berhijrah lebih baik ke jalan yang diredhai Allah. Oleh itu, sempena Maal Hijrah ini saya menyeru agar marilah sama-sama kita berhijrah kepada arah kebaikkan agar kehidupan kita menjadi lebih baik, InsyaAllah".

Diana Amir (Pelakon)
"Sebenarnya banyak aspek yang kita boleh lakukan dengan berhijrah kerana hijrah merupakan satu perkara atau perubahan diri yang kita lakukan ke arah lebih baik.
"Saya percaya, sesiapa saja mahukan yang terbaik untuk diri dan hidupnya. Jadi secara tidak langsung kita telah melakukan penghijrahan dalam hidup kita.
"Saya rasa, bila saya mengambil keputusan untuk berubah saya rasa itu adalah yang terbaik untuk diri saya sebagai bekalan di akhirat kelak. Malah sebagai seorang artis, saya rasa secara tidak langsung sekurang-kurangnya saya dapat menunjukan tingkah laku dan akhlak yang baik sebagai panduan untuk peminat saya.
"Jadi sempena Maal Hijrah ini saya harap semua umat Islam mendapat keberkataan daripadaNya. Saya juga ingin menyeru kepada semua untuk berubah sebelum terlambat kerena kita masih ada pelaung untuk berhijrah".

p/s mama ada tengok Catriona ni ditemuramah kat satu acara TV, sampau nangis2 tapi tak sure la rancangan ape...Alhamdulillah biler kebanyakan artis kaum hawa kembali ke jalan yang benar....amindoakan yang terbaik untuk mereka...

No comments:

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.