Followers

Thursday, November 24, 2011

♥ "Seluruh Industri Muzik Tuntut Penjelasan" - Yuna ♥

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Jika diamati kembali lirik lagu yang dinobatkan sebagai pemenang Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 18 baru-baru ini cukup sesuai untuk merungkai apa yang berlaku hari ini.

Lagu bertajuk Penakut ciptaan penuh Yuna itu memenangi anugerah utama di majlis anugerah tersebut 2 minggu lalu, namun trofi yang dimenangi Yuna akan ditarik balik.

Satu sidang media tergempar bakal diadakan oleh RIM pada Khamis, pukul 3 petang ini di Hotel Maya, Kuala Lumpur.

Bersedia dengan apa saja keputusan, Yuna mengharapkan penjelasan dari pihak penganjur AIM dapat dilakukan demi nama baik industri muzik tempatan.

“Sekarang saya tidak tahu nak rasa macam mana. Apa yang berlaku, saya hanyalah mangsa keadaan. Namun saya mengharapkan penjelasan, bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada peminat muzik tempatan, seluruh penggiat industri muzik termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik, jurutera bunyi dan sebagainya. Saya berharap, mereka akan jelaskan esok (hari ini).” jelas Yuna.

Mengulas kesilapan yang dimaksudkan, Yuna menyifatkan ia satu kesilapan yang besar dan sepatutnya diperjelaskan secara terperinci kepada semua peminat muzik.

“Apa yang diberitahu kepada saya, berlakunya kesilapan dalam pengiraan. Saya faham manusia mana yang tidak pernah buat kesilapan, namun kesilapan ini agak besar dan kami menuntut penjelasan.”

Lagu Penakut diumumkan pemenang dalam kategori Lagu Terbaik tanpa disenaraikan lima calon akhir dalam kategori tersebut. Lagu itu bagaimanapun gagal dalam kategori Lagu Pop Terbaik kepada lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. GUA difahamkan pemenang sebenar kategori tersebut ialah Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim, nyanyian Anuar Zain.

Belum pernah berlaku dalam sejarah industri muzik tempatan trofi pewter AIM yang telah dimenangi ditarik balik. Rata-rata peminat muzik dan pengamal media tempatan hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial Twitter berkenaan isu tersebut dengan menggunakan hashtag #NoPoliticsInMalaysianMusic. Rata-rata peminat mempersoalkan kredibiliti RIM selaku penganjur dan juruaudit yang bertindak menyemak keputusan.

p/s mama tak tengok pun, tup2 dengar citer opasal ni plak
Yuna memenangi tiga trofi di Anugerah Industri Muzik edisi 18 antaranya Anugerah Kembara, Persembahan Vokal Wanita Di Dalam Lagu (Penakut) dan Lagu Terbaik (Penakut).

Yuna ditemuramah dalam program berita hiburan Gala TV yang disiarkan di saluran Astro AWANI (501)

6 comments:

mama rifQy said...

kesian yuna..kite tengok tapi xminat sgt pon ngan lagu yuna.tapi bile dah jadi macam ni.ralat gak la kan ? memang die mangsa keadaan

Salina@IbuAqil said...

Yelah ina pun x tgk AIM nih.. Sdor2 trofi kena tarik blk.. Mcm2..

SYANI said...

Tak tahu le cemana lagu tu boleh dapat lagu terbaik... alih² kena tarik balik..

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

Patut Pihak AIM yg kena jelaskan hal ni...kesian yuna xpe la bukan rezeki dia..

Nafisa81 said...

kasihan yuna..

mamalieyna said...

Yuna pulak jd mangsa..sian...~

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.