Followers

Friday, November 25, 2011

♥ Trofi YUNA ditarik semula atas sebab.............. ♥

Penganjur AIM 18, RIM menyatakan kesilapan pemberian trofi bagi kategori Lagu Terbaik kepada Yuna tempoh hari berpunca daripada syarikat auditor bertaraf antarabangsa yang dilantik, Ernst & Young. Mengikut syarat-syarat kelayakan, pemenang Lagu Terbaik sepatutnya dimiliki oleh salah seorang daripada 4 pemenang kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik & Lagu Rock Terbaik.
Yuna yang bertanding di bawah kategori Lagu Pop Terbaik gagal memenangi trofi tersebut, lantas menimbulkan kemusykilan apabila menerima trofi Lagu Terbaik, tempoh hari. Penganjur tidak menolak bahawa Yuna mendapat markah tertinggi dalam penjurian tapisan ketiga, namun atas sebab kriteria yang ditetapkan, markah tersebut tidak diambil kira.
Atas sebab itu, trofi Lagu Terbaik dianugerahkan semula kepada pemenang yang sepatutnya, lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim.
Wakil Ernst & Young mengaku bahawa kekeliruan itu berpunca daripada kesilapan pekerja yang tidak berpengalaman dengan sistem penjurian AIM 18.
“Ini adalah kesilapan pertama selepas 18 tahun bekerjasama dengan RIM. Kami berani tampil untuk memperbetulkan kesilapan bagi menjaga reputasi dan hubungan,” ujar Ahmad Zahirudin Bin Abdul Rahim, rakan kongsi Ernst & Young.
Zahirudin menambah lagi, “Kami ingin merekodkan permohonan maaf ikhlas atas sebarang kesulitan yang dialami.”
Rosmin Hashim, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 menyatakan, “Pembetulan anugerah ini tidak bermaksud menafikan pencapaian cemerlang Yuna setakat ini. Dan sebagai persatuan industri rakaman kolektif Malaysia amat berbangga dengan pencapaian beliau sebagai seorang artis dan pencipta lagu Malaysia dan semestinya akan menyokong beliau serta semua artis dalam industri muzik. Pengiktirafan sepenuhnya juga harus diberikan kepada ikon-ikon muzik Malaysia kami, Anuar Zain dan Edry Abdul Halim untuk kemenangan ‘Sedetik Lebih’ sebagai Lagu Terbaik.”
p/s kesian Yuna menjadi mangsa kelalaian & keadaan.....

7 comments:

atty's said...

suka suki je buat salah..leh kena saman nie

mamalieyna said...

sian betul Yuna, tak pasal2 je kan..hu~

Mama Hanim said...

kesian yuna..

Masya said...

kesian dekat yuna kan...

Nafisa81 said...

boikot AiM...

Nafisa81 said...

jempu masuk GA kat blog koi ye...

sue zainun said...

adehhh event sebesar nie yang melibatkan penonton seluruhh malaysia leh wat salah..adeiii

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.