Followers

Wednesday, November 30, 2011

♥ Upin & Ipin Penarik Kanak-Kanak Ke Muzium Negara ♥

Bersempena cuti persekolahan ini, syarikat animasi tempatan Les' Copaque Production yang terkenal dengan watak kembar Upin & Ipin telah menganjurkan pameran animasi secara besar-besaran dengan kerjasama pihak Muzium Negara. 

Pertama kali diadakan di Malaysia, pameran animasi yang diberi nama ‘Jejak Upin & Ipin’ ini akan berlangsung pada setiap hari, bermula dari 26 November hingga 31 Disember 2011, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Bersesuaian dengan cuti persekolahan yang panjang, ‘Jejak Upin & Ipin’ dijangkakan bakal menerima kunjungan ribuan pengunjung dari pelbagai negeri. Ini terbukti apabila pada hari pertama ia dibuka, pihak Muzium telah menerima lebih dari 2000 orang pengunjung ke pameran ini.

Pelbagai bahan pameran menarik yang telah disediakan di antaranya bagaimana proses sebuah animasi disiapkan, Replika Rumah Opah, pencapaian syarikat Les’ Copaque Production dari dalam dan luar negara, serta pelbagai bahan pameran yang berkaitan dengan latarbelakang Upin & Ipin. 

Pameran yang berlangsung selama 31 hari ini direka khas bagi pengunjung serta peminat setia Upin & Ipin yang masih belum berkesempatan melihat karakter itu secara dekat dan mengetahui bagaimana ia dicipta. Oleh itu, pihak Les’ Copaque Production berusaha untuk memenuhi permintaan para peminat yang datangnya dari seluruh pelusuk negeri.

Motif utama Les’ Copaque bekerjasama dengan pihak Muzium Negara adalah untuk menggalakkan anak-anak kecil dan remaja supaya mengisi masa mereka dengan melawat ke muzium. Apa yang lebih menarik lagi, bagi setiap pembelian tiket masuk ke pameran ini pengunjung akan mendapat baucer makanan percuma tajaan KFC Holdings Malaysia. 

Lebih menarik, selain daripada gerai-gerai cenderamata, pelbagai aktiviti pentas juga bakal diadakan termasuklah persembahan teater Upin & Ipin. Tiket boleh didapati dengan harga RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Apa tunggu lagi, jangan ketinggalan untuk ke pameran ‘Jejak Upin & Ipin’ di Muzium Negara yang bakal berlangsung sehingga 31 Disember ini.

2 comments:

Fara said...

menariknya..harus pegi bawa anak2..tq mama balqis bgtau..

mummy_ayu said...

wah..best nie kalu dapat gie..nak ajak Daddy la...tq for info

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.