Followers

Monday, December 5, 2011

♥ Air Suam RM0.80 Segelas...Perh Mahal Giler ♥

Pagi tadi dengar radio Hot FM isu air suam di caj mahal oleh sesetengah restoran...
perh mahal k, mama sellau minum RM0.20 je la paling tinggi...


KUALA LUMPUR: Tindakan pengusaha restoran yang mengenakan caj tinggi terhadap segelas air kosong di beberapa restoran di ibu negara, nyata menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelanggan. 

Caj air kosong antara 60 hingga 80 sen yang dikenakan ke atas pelanggan disifatkan sebagai melampau dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kos sebenar penyediaan minuman terbabit

Bagi pelanggan, Noralbaniah Ahmad Zakaria, 19, beliau berasa amat terkejut apabila melihat resit yang diberikan pelayan ketika membayar harga makanan di salah sebuah restoran tempatan, menunjukkan bahawa segelas air kosong berharga sehingga 60 sen.
Walaupun tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan itu, namun penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu terpaksa membayarnya kerana tidak mahu bertegang lidah dengan pengusaha restoran terbabit. 

“ Saya memang terkejut bila tengok resit, harga air kosong adalah RM1.20 bagi dua gelas, kalau air mineral itu, tak apa juga, ini hanya air suam yang diletakkan satu atau dua ketul ais. 

“Kita lihat, ada pengusaha sanggup menyediakan sajian air kosong tanpa sebarang bayaran kerana ia tidak membabitkan kos yang tinggi seperti gula mahupun perasa,” katanya kepada Berita Harian. 

Aimi Ramli, 24, pula berkata ketiadaan harga air kosong dalam senarai menu diberikan pelayan restoran menyebabkan dia tidak menyangka caj dikenakan begitu tinggi, sedangkan jika di restoran lain, harga normal yang ditawarkan adalah 20 sen. 
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman (kiri), berkata pelanggan boleh memainkan peranan untuk mengelakkan situasi pengusaha mengambil keuntungan melampau dengan membuat aduan di bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

p/s wajar atau tak caj mahal2 tu ek? ke air suam tu sekali dengan TAX?

3 comments:

SYANI said...

Pernah minum air suam caj sampai seringgit kat Wangsa Maju...Tapi makanan sedap. LAst² kalau pegi sana kami tak order minum pun.

SYANI said...

Pernah minum air suam caj sampai seringgit kat Wangsa Maju...Tapi makanan sedap. LAst² kalau pegi sana kami tak order minum pun.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

mak aihh mahalnya..memang x berbaloi. kena bawak siap2 laa air kosong dr rumah.hehehe

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.