Followers

Tuesday, December 13, 2011

♥ Chef Rizz & Ana Sah Bergelar Suami Isteri.... ♥

Tengahari semalam berlangsungnya majlis pernikahan antara chef kontroversi, Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz bersama Ana Dahlia di rumah pengantin perempuan bertempat di Taiping, Perak.
Majlis pernikahan mereka berdua yang dihadiri oleh sanak-saudara keluarga terdekat dan rakan-rakan berjalan lancar dengan sekali lafaz sekitar jam 12.30 tengahari. Ana Dahlia yang berwalikan ayahnya dinikahkan oleh Ustaz Nawi Osman, Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Perak dengan mas kahwin sebanyak RM1,001.
Majlis tersebut menyaksikan Chef Riz menghantar wang hantaran sebanyak RM20 ribu dengan mas kahwin RM1001.00 beserta 10 dulang hantaran dan pihak perempuan membalas dengan 15 dulang hantaran.
Pihak lelaki menerima hantaran berupa dompet, telefon bimbit Blackberry, minyak wangi, tali pinggang, set kelengkapan diri, pen, jam tangan, sireh junjung, sepasang baju dan seluar, pemanis dan dua pasang kasut.
Sementara pihak perempuan pula menerima coklat, kek, minyak wangi, cermin mata, jam tangan, tas tangan, kain lace, sireh junjung, tepak sireh dan buah-buahan.
Majlis persandingan pasangan ini berlangsung semalam pada hari yang sama bertempat di Menara KamalBina, Taiping, Taman Tasik, Taiping, Perak. Sumber mStar

5 comments:

Salina@IbuAqil said...

Semoga kekal ke akhir hayat.. :) Sama cantek sama padan..

lienda said...

tahniah chef riz,moga bahagia hingga ke anak cucu...

Ely Hasrul said...

slm anje,
lama xdgr cite. ewah.. ekceli xsempat nk komen. ingtkan ape yg kontroversi nye, ropenye time dia tipu resume tu ek hehe

*∽ IZAN ∽* said...

tahniahhhh... dah selamat sudahhhhh

Ummi Dania Yasmine said...

Chef Riz nampak kecik lak dalam gambar. Dalam MC besar macam gi gym...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.