Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Monday, January 31, 2011

♥ Dah Cash Out Nuffnang ♥

Weekend yang tak de aktiviti best
sebab hujan 2 hari ni, hujan rahmat namanya
so kami tak kemana2 cuma pi KD je bawak balqis main playground...
ari Sabtu mama dah cash out duit Nuffnang

so dah cash out Nuff tinggallah RM0.00
pagi ni open dah ada RM2...hu...hu...jadik la kan dari tak de...
so hope dalam 2 minggu leh dapat cek tu...

Sekian,
Happy Blogging

♥ Keburukan Fast Food ♥

Ari ni kita kongsi info kesihatan k, mama ni bukan peminat TEGAR fast food 
kalo sebulan tu sekali je makan @ tak makan pun
sebab kami 1 family tak berapa suka then dek kerana
papa memang tak gemar fast food lebey kepada nasi
so mama pun dah terikut cara papa tu...
so jom baca infonya....kepada penggemar fast foor elok baca
then renung2kan k...


Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi, menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Sekian,
Happy Blogging

♥ TUTORIAL - Hoyey Iklan HeartBeat Dah Leh Tepek Semula ♥

Jangan murung, jangan sedey...iklan HeartBeat dah leh pakai semula k
kalo kengkawan tengok dah tak de
mesej VALENTINE DAY...
juat mesej Hearbet.my je...
so dah leh pakai untuk sementara waktu b4 iklan berkenaan ditukar oleh pihak
Heartbeat.my
ni semua hasil dari Deqlis yang telah sedaya updaya membuang ayat Valentine Day
then menukar banner iklan berkenaan...
Only heartBeat, No Valentine Day...
so camne gaya nak wat iklan ni?

salin code dibawah ni:
atau leh pi copy kat blog Deqlis
http://ellismelia.blogspot.com/2011/01/tutorial-code-html-banner-heartbeatmy.html

6120 tu mewakili Affiliate ID masing2 so kengkawan copy code atas tu
then tukarkan ia kepada code ID kengkawan sendiri...
camne nak dapatkan code tu?

1. Log In Heartbeat.my
2. Pi kat Profile
3. kat situ ada ID kengkawan semua

sila la copy code tu tukar kat code link tu k..
tapi iklan ni hanya untuk leaderboard je
so pakai iklan ni wat sementara waktu dulu k...
anything nanti mama update later...

Sekian,
Happy Blogging

♥ ISU PANAS!!! Pengiklanan HEARTBEAT Terpaksa Diberhentikan ♥


Yup terpaksa diberhentikan...tapi maybe wat sementara waktu
ni rentetan setelah PAPA membuat pertanyaan kepada mama pasal iklan HeartBeat ni
mula2 mama ada citer kat papa pasal iklan Heartbeat ni leh dapat side income
then papa tengok iklan Heartbeat ni, after that ternampak la iklannya pasal
Valentine day

so papa cakap, nape wat iklan pasal Valentine?bukan ke kita orang Islam
tak boley menyambutnya?then ada jugak beberapa reader yang telah bertanyakan perkara yang sama
so that why buat sementara waktu mama REMOVE iklan berkenaan
after that baru mama masukkan balik iklan tu...
sebab mama bukan nak mempromosikan Valentine day
tapi mama nak promosikan barang jualan online syarikat berkenaan
tapi bukan heartbeat je k, kengkadang ada gak iklan Nuffnang yang menyiarkan
iklan yang menyalahi undang2 syariah Islam...kengkawan ada perasan tak?

so suzie dah hantar email kepada HeartBeat mengenai iklan berkenaan
jom kita baca ape yang suzie hantar kat Heartbeat?


entry kat blog Suzie


Email yang SUZIE hantar kat HEARTBEAT....

oleh yang demikian, harap semua blogger leh la menurunkan iklan Heartbeat berkenaan
wat sementara wak tu k...untuk lebey sumber mengenai permasalahan ni
leh la klik2 link kat bawah ni

p/s semalam chit chat dengan suzie pasal isu ni, then sama2 pikir camne nak mengatasinya...
p/s semalam seharian kena ceramah dengan papa berdas2 isu ni...adei....ampun tobat tak wat lagik...

Sekian,
Happy Blogging

Saturday, January 29, 2011

♥ Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini


KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah hujung tahun ini.Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.
"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap."Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.
"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon."Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.
Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman."Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.
"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.Mereka bertunang pada 13 September 2010 .
Memey turut membintangi drama Bola Cinta bersama pelakon Ryzal Jaafar, Ainul Aishah dan Aidil Aziz dibawah terbitan Nafalia Corporation.Drama yang telah pun memasuki musim kedua itu akan ditayangkan pada hujung bulan Mac di saluran TV2.
Sekian,
Happy Blogging

♥ Farid Kamil & Diana Danielle - PUTUS? ♥

Desas desus mengenai perpisahan cinta pelakon, Diana Danielle dengan pengarah muda, Farid Kamil mula beredar di internet. Umum sudah tahu yang mereka ini digelar pasangan bercinta, tapi bagi mereka berdua, mereka anggap mereka berdua cuma berkawan. Namun desas desus perpisahan itu berjaya diungkap sendiri Diana dalam ruangan khas kepada umum, dan bukan media. Kurang dipastikan apa sebab utama dalam perpisahan berkenaan.


Dengar-dengar sejak kehadiran Syamsul Yusof yang bergambar mesra dengan Diana telah menimbulkan rasa kurang enak Farid Kamil sejak kebelakangan ini. Lain pula kata orang, hal perpisahan itu terjadi disebabkan sifat kebudak-budakan Diana Danielle sendiri.


“Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab “luar” & terlalu personal untuk dibincangkan.”

“Itu orang cakap. Saya tak nak comment tentang “cakap orang”. Biarlah ” – balas Diana Danielle yang tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

Takpe lah Farid, bunga bukan sekuntum, boleh cari lagi juga kan. :)

Sekian,
Happy Blogging

Friday, January 28, 2011

♥ Tutorial - Wat Header SIMPLE ♥

Salam semua, ari ni mama gumbira sangat2 nape?
sebab esok weekend, tiap2 Jumaat mama akan gumbira...
ok ari tu ada yang tanya mama, "eh...camne anje wat Header Blog tu ek?"
walla walla, header mama yang sempoi tu, tak de la kreatif sangat
jadik la kan, nak wat cantik2 tak reti la plak, nak kena belajo malas plak
so ari ni mama nak kasitau kat sape2 yang masih tak tau camne kekdahnya nak wat benda alah ni

MESTI ada PHOTHOSCAPE Software


Contoh Software PhotoScape...kalo tak de leh download kat


1. Klik pada Icon COMBINE


2. Pilih gambar yang dikehendaki...gambar leh dilihat pada bahagian kiri bawah...
(seperti lampiran diatas)then drag gambo berkenaan ke bahagian kotak kelabu


3. Resize gambar kepada 0%, then zoom gambo ke 80% atau mengikut kesesuaian gambo


4. Masukkan 4 keping gambo untuk gambor bentuk - Potrait
3 keping gambo bentuk - Lanscape

contoh seperti di bawah

Potrait 4 keping

selepas itu boley pilih mana2 Frame yang dikehendaki(seperti yang bertanda kotak merah diatas)
1. Gambo leh diubah dari kedudukan asal, drag je gambo tu ke depan @ ke belakang
2. Kotak merah untuk tukar frame
3. Klik SAVE


Lanscpae 3 keping

Selepas tu....


5. Pi ke EDITOR (seperti kotak merah diatas), then DRAG gambo yang telah di save dibahagian desktop ke kotak kelabu


6. Boley letakkan Alphabet atau edit header berkenaan mengikut citarasa sendiri


7. Setelah siap diubah suai klik SAVE 

cara2 nak upload Header ke BLOG


 8. Bukak blog, pi klik DESIGN


9. Upload gambo berkenaan di bahagian HEADER blog


10. Remove Header lama (jika ada) then UPLOAD HEADER baru
sila pastikan anda klik pada "instead of title and description"
bagi memastikan tajuk blog berada di belakang gambar kerana tajuk blog telahpun ditulis
di dalam header


11. Pilih File yang dikehendaki untuk diupload, then klik SAVE

dah siap, senang je kan then leh review semula blog anda, contoh seperti di bawah


tapi header ni hanya untuk template yang biasa je, means template blogspot ready made punyer
kalo template yang canggih2 tu enggak tahu la boley ke tak
mama suka yang simple2 je...so wat sendiri je la...
so suka?Bagus? klik2 iklan Heartbeat mama ni k...

sape yang tak tau tu leh la try k...

SHARING IS CARING

Sekian,
Happy Blogging 

♥ 9 Pelakon Terima Habuan Lumayan ♥



KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2011: Lebih lumayan daripada tahun sebelumnya. Begitulah yang dapat digambarkan dengan ganjaran bonus yang diberikan syarikat produksi terkenal Metrowealth International Group of Company (MIG) kepada individu yang telah menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat berkenaan sepanjang tahun lalu.

Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, David Teo telah berbesar hati membelanjakan sejumlah RM4.5 juta yang diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media di atas jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.

Antara filem yang diklasifikasi MIG telah berjayaa mendapat kutipan pecah panggung pada 2010 iaitu Ngangkung, Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Santau, V3: Samseng Jalanan dan Cuti-Cuti Cinta.
Menerusi majlis 1 Dekad, 49 Filem yang diadakan di Hotel One World, di sini, baru-baru ini, pelakon Shahaizy Sam telah dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.

Nilai yang sama turut dimiliki pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil atas kecemerlangan beliau menerusi filem arahannya sendiri, Cuti-Cuti Cinta dan V3: Samseng Jalanan.

Sementara itu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23, Lisa Surihani dan heroin Adnan Sempit, Intan Ladyana membawa pulang wang tunai dengan jumlah yang sama iaitu RM15,000.

Pelakon jelita Nora Danish, Liana Shamsuddin dan Puteri Mardiana masing-masing menerima RM10,000.
Tidak ketinggalan juga Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin masing-masing turut dihadiahkan RM10,000 selain pelakon Cuti-Cuti Cinta, Cat Farish yang mendapat RM5,000 atas keberkesanan wataknya dalam filem itu.

Pengarah filem Ngangkung, Ismail Bob Hasim mendapat durian runtuh apabila dia dihadiahkan sebuah Toyota Alphard 3.5L atas kejayaan filem tersebut yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia, iaitu sebanyak RM8.4 juta.
Sementara Azahari Zain, yang mengarahkan filem Santau mendapat imbuhan sebanyak RM5000.

Malam penghargaan itu juga menyaksikan kegembiraan yang terukir di wajah setiap kakitangan MIG. Mereka nyata tidak pulang dengan tangan kosong.
Pengurus Promosi dan Perhubungan Awam, Azahari Hamid misalnya telah membawa pulang sebuah Mercedes Benz E300K.

Sementara Pengarah Eksekutif MIG Soubd Factory, Brian Eng Kang Wei menerima sebuah banglo. Manakala, beberapa petugas lain masing-masing mendapat sebuah rumah semi D setingkat dan dua tingkat.

Sementara itu, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan tujuh orang pengarah muda iaitu Pierre Andre, Norliana Samsudin, Farid Kamil, Azhari Zain, Ismail Bob Hasim, Hashim Rejab dan Ahmad Rusli Mohd Khadri.

Selain Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen, MIG turut berjaya menguruskan artis-artis lain di bawah syarikat produksi itu antaranya Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak.

Ia menjadikan keseluruhan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.

Untuk 2011, MIG terus mengorak langkah dengan menerbitkan lebih banyak filem, antaranya ialah Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.

Sekian,
Happy Blogging

♥ Website EDIT Photo Online Terbaik Punyer ♥

Ok ari ni mama nak share website untuk kengkawan EDIT pic...
rasanya ramai yang dah tau kan, ni nak kasitau pada yang tak tau lagik
kalo kat opis kengkawan tak leh nak download software
atau dalam erti kata lain, dah PC kena SEKAT kalo bab download ni
tapi teringin sangat nak edit gambo kasik cantik leh je wat secara online k
kat website ni ada macam2 kaedah yang kengkawan leh wat
leh RESIZE gambo, edit, collage, Expose, Sharpen atau macam2 lagik
al maklumlah kat opis mama pun tak leh nak download ape2 software... jom tengok


ni la website dia PICNIK.COM
website ni friendly user k, senang je nak paham cara penggunaannya
kebanyakannya lebey kurang cam PHOTOSCAPE @ PICASA3 je...
tapi ni leh wat online punyer, tak yah nak download softwarenya...


contoh gambo balqis yang mama nak edit...saje je bagi contoh..
mama kalo time free2 baru la wat keje ngedit2 ni


ni contoh ape yang ada kat Picnik.com tu...
bestkan, so pada yang tak leh download software tu jangan sedey2
leh edit secara live k...


ni plak contoh collage, kalo kat Photoscape pun ada tol tak
leh combine semua gambo2 yang kita nak...
nak terangkan lebey banyak tak dapek la, kang berderet2 plak entry ni..
so kalo rasa2 nak torai...leh la berkunjung ke website nya
kasi godek2 sampai pandai tau...

Sekian,
Happy Blogging
Sharing Is Caring

Thursday, January 27, 2011

♥ Syyyyhhhhh, Ni Secret Tau!!! ♥

Syyhhhhhhhh....ni secret tau, tapi citer kat blog plak
he...he...mama tengah planning something untuk papa
21 Februari 2011 ni Birthday papa, so mama plan nak celebrate
tahun lepas kami pi Cameron Highland
tahun ni ingat plan nak celebrate kat 
sini....jauh tau kengkawan...berjuta2 batu...
^




^




^



^




^



^




Of couse la bercuti ke Beach plak
after bercuti2 kat Genting tempat sejuk bulan lepas...
kemana mama pi, nanti kasitau k leh la beli FM untuk yang bertuah

ada kisah disebalik booking2 bilik ni...
mama plan nak pi 19 Februari 2011 (Jumaat) 2D 1N kat sana
than after that nak candle light dinner 20 Februari 2011
b4 Birthday papa keesokan harinya...semua ni under budget mama k
hangus2 duit, tapi demi yang tercinta, sanggup mama bako duit tu...kih...kih...
after booking sib baik ada kosong lagik
sebab rata2 bulan 2 semua dah penuh, sebab Chinese New Year
yang tak pahamnya tu, sampai hujung bulan penuhnya pun...
then booking office tepon kasitau nak fax booking number
dek kerana leka wat keje mama tak amik booking tu kat mesin fax
then akhirnya booking number tu sampai ketangan Boss mama
adei...dah la mama apply cuti 14 Feb dek kerana nak sambung cuti keesokan harinya
then 19hb Feb nak cuti balik, makanya minggu u keje 2 hari je
baru nak ayat boss pasal nak mintak cuti tu,
sib baik boss kasik gak cuti...hu...hu...
tu la akibatnya kalo lalai k, kan dah kantoi...sape nak jawab?



tengok gambo kat atas tu teringat muka budak ketat time dinner anniversary kami
kat hotel dot dot dot 
food kat situ menyentap k,
sedap banget...so mama pun plan nak booking candle light dinner kat situ gak
sama cam papa booking untuk kami ari tu...ada tanya papa tapi papa tak mau habaq mai berapa kosnya
makanya terpaksa lah gunakan system google untukcari maklumat
then call punyer call, mama tanya berapa harga dinner kat Hotel dot dot dot tu
ni la kosnya k, berpinar mata nengoknya
DEWASA RM88 nett
KANAK 1/2 price, tapi balqis 3 years below FREE

nak tanya la kan, berbaloi2 tak kalo mama booking ek?
adei cam sayang duit la pulak, papa gaji besaq leh la booking tanpa pikir panjang
mama ni dah dalam dilema plak nak pikir, booking atau tak
kalo lambat nanti full plak....tapi memang teringin nak wat suprise untuk papa..

Budget Vacation uner mama + budget dinner...hu...hu...selalunya cekau duit papa
tapi kali ni nama pun nak taja kan, tak kan la taja pakai duit papa plak kan?

ada sape2 nak bagi pendapat?


Dah Klik2 Mention kat ShoutBox...TQ2

♥ Hoyey HeartBeat Mama Dah Leh Cash Out ♥

Hoyey...Alhamdulillah HeartBeat mama dah cecah RM50.91 untuk takat 26 Januari 2011
tak perasan la dah cukup sebab dok BZ dengan keje
Entry ni bukan nak RIAK2 k, tapi nak jadikkan pembakar semangat untuk kengkawan...
la ni BZ bangat sampai BW ke rumah kengkawan pun terabai
ada yang tecik ati ke?ramai dah yang tak datang blog mama 2 hari ni
nanti mama BW ke rumah kengkawan semua k..
jom kita tengok Heartbeat mama yang ciput tu...


RM50.91 ok la tu kan walaupun ciput je, ni semalam punyer...
jom tengok ari ni punyer plak...dush2


dah RM57.11....tapi mama tak nak cash out dulu nak kumpul banyak sikit
pastu baru nak cash out together2 dengan Nuffnang...
kalo sempat hujung bulan ni atau bulan 2 nanti


hasil HeartBeat selama 2 minggu (14 hari) yang membuahkan hasil...
Alhamdulillah, semua ni pun berkat pertolongan dari kengkawan semua
kalo kengkawan tak sudi klik2 iklan heartbeat mama tu mana kan la mama nak dapat 
amaun sebanyak tu kan, so tolong each other, dah klik2 sila mention then
mama akan klik2 semula....

tapi kan, ada yang tanya mama 
"Eh Anje, kalo orang tu mention kat blog dia dah klik2 HB, betul ke dia klik2 ye
sebab tengok kat akaun HB tak de pun amaun iklan tu naik?"
erk...ade ke ye yang kata klik2 tapi tak klik...
cuma nak kan balasan klik2 dari orang lain jerk?
bagi mama terpulang la kan, ape je yang kita wat mestilah jujur & ikhlas
kalo kita betul2 niat ikhlas nak tolong kengkawan klik2 iklan tu
tak salah, then mention balik untuk di klik2 semula
tapi kalo bab katanya klik2 tapi tak klik2
"tepuk dada, tanya hati"....sila tepuk sekarang k....

TQ ye pada kengkawan yang dah sudi klik2 & yang memang dah jadik
pengklik2 tegar...hargai sangat2, nanti mama akan wat 
GA @ CONTEST dah plan nak wat contest since dah ada penaja
nak taja hadiah, tapi kali ni contest special untuk "BABY2 je...."

so sekali lagik nak promte...meh ramai2 register HeartBeat...sila klik link bawah ni untuk FULL Tutorial

Sekian,
Happy Blogging

Dah Klik2 Mention kat ShoutBox...TQ2

♥ Penangan Tak BW ♥

Morning All...2 hari yang bz langsung tak BW then udpate blog tak mengikut jadual
sebabnya tak wat autopublish...malam dah penat terus tidok
so esok pagi dah keje...tak sempat gak nak wat
so ari ni kembali kepada rutin seharian, setelah berjuang menyiapkan payroll


semalam 304 je hasil dari tak BW...adei makin merudum la plak
minggu ni tak daya nak upkan la, since demam plak yang melanda...
so bersyukur dengan ape yang ada, TQ pada yang sudi jengah

blog mama ni bukan popular bangat, biler tak BW ni la jadiknya
tak de pengunjung yang ramai, semua tak mau datang sebab mama tak pi jengah rumah depa...
so sorry k, after this mama BW balik pi khatam semua entry kengkawan tu k....

p/s ingat nak kongsi TUTORIAL yang berguna...sape mau?kasi komen k...klik HB sekali tau

Sekian,
Happy Blogging

Dah Klik2 Mention kat ShoutBox...TQ2

♥ Hadiah Atas Kemenangan Itu & Ini ♥

Setelah berkurun entry ni terkubur di DRAF
makanya ari ni di publish la k
simpan lama2 nanti basi plak...
so sorry mama BZ bangat sejak akhir2 ni
start minggu depan dah BZ balik sebab nak wat EA FORM
kengkawan dah wat EA FORM @ Dah dapat EA FORM ke
ke ada yang dah declare kat income tax?wow wee cepatnya...
mama baru terhegeh2 nak run system untuk tarik data k...
jom tengok hadiah daripada layan bebel2 mama ni...





hadiah yang mama dapat untuk contest Thru Magazine...
papa yang tolong collectkan...



ni plak hadiah dari Eja Maria untuk Capture Number
so sweet bekas ni, awal2 dapat dah dirasmikan untuk cabutan undi main kutu
kat opis mama, ha...ha....korang suka main kutu tak?
bukan suka bela kutu kat kepala tau...


ni plak hadiah atas kemenangan 
contest kat bawah ni,dapat sehelai Baju baby Gap Pyjamas




p/s hadiah Untuk Contest Gorgeous Baby B4 this, penaja still tak hantar hadiah kepada pemenang
makanya mama telah menggantikan hadiah berkenaan, ape yang menjadi tanda tanya
PERLUKAH mama mention blog penaja berkenaan kat entry mama?

p/s sape yang nak tau "SIAPAKAH PENAJA ITU" leh email mama k, Suzie & Mrs.K dah tau kan....

Sekian,
Happy Blogging

TQ Pada Yang Sudi Klik2 Iklan DiBawah Ni

Wednesday, January 26, 2011

♥ TAHNIAH Pemenang - Baby In Black @ White Contest ♥

Masa yang ditunggu2 & dinanti2kan setiap blogger
pengumuman pemenang contest mama, adei kali ni lambat sikit la...
mula2 pemenang contest
BABY IN BLACK @ WHITE CONTEST
so jom kita tengok sape pemenang yang telah menjadi pilihan
kesemua juri yang terpilih...
sebelum tu TAHNIAH MAMA UCAPKAN...
kepada semua pemenang, pada yang tak berjaya leh cuba len kali


BANNER BABY IN BLACK @ WHITE CONTEST
^


^


^


^


1st Place

MUHAMMAD MIRZA

Dan hadiah yang dimenangi adalah:
1x Botol Susu Weego - Tajaan Baby Ibu (bernilai RM70)
1x Diaper's Bag - Tajaan Alya Collection (bernilai RM35)
1x Baju Untuk Mom Pemenang - Tajaan Take Me Home
1x Wallpaper Untuk Mom Pemenang - Tajaan BiqClozet  
1x Free Gift - Tajaan SyilaSyira Blogspot
40% Frame Voucher - Tajaan Jemari Art (hadiah leh claim terus kepada penaja)



^



^



^



^



^



^



^



2nd Place

MUHAMMAD HARAAZ AQEEL

Dan hadiah yang dimenangi adalah:
1x Baby Gap Pyjamas - Tajaan Jaijina Blogspot
1x Wallpaper Untuk Mom Pemenang - Tajaan BiqClozet  
1x Free Gift - Tajaan SyilaSyira Blogspot
40% Frame Voucher - Tajaan Jemari Art (hadiah leh claim terus kepada penaja)
1xFree Gift - Tajaan Mama Sendiri



^




^




^




^




^




^





^
3rd Place


DAMIA ALEESYA

Dan hadiah yang dimenangi adalah:
1x Baby Gap Pyjamas - Tajaan Jaijina Blogspot
1x Free Gift - Tajaan SyilaSyira
40% Frame Voucher - Tajaan Jemari Art (hadiah leh claim terus kepada penaja)


wow wee...teruja tak dengan hadiah2nya, banyak kan...1st Place dapat hadiah around RM100++
kali ni tak de saguhati la, semua penaja nak taja untuk pemenang 1,2 & 3
so sekali lagik tahniah kepada semua pemenang...
sila email semua butiran anda seperti
Nama, Alamat, No telefon
ke damia_nurin@yahoo.com

untuk makluman, sila beri masa selama 2 minggu untuk proses pengeposan hadiah dari penaja
ke tangan mama
then mama akan pos kepada pemenang, after dapat kesemua hadiah, baru proses pengeposan hadiah
di lakukan...so take time sikit...

p/s sila buat entry di blog masing2...Tahniah k

Sekian,
Happy Blogging

Dah Klik2 Mention kat ShoutBox...TQ2

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.