Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Tuesday, May 31, 2011

♥ Fesyen Dan Kecantikan Dynas Mokhtar ♥

 
BUKAN mudah untuk seseorang itu melaksanakan impian seperti yang diinginkan jika tiada usaha yang gigih.
Lain pula buat pelakon dan pengacara Wan Edrinas Wan Mokhtar, 28. Dalam kamus hidupnya belum pernah ada perkataan ‘tidak boleh’ atau ‘susah’ ketika berusaha mengejar cita-citanya itu.
Bak kata temannya, Daphne Iking, Dynas merupakan wanita yang paling matang dan berfikiran jauh mengenai perancangan masa depan walaupun dia rakan termuda di kalangan teman mereka yang lain seperti Yasmin Hani, Atilia, Sazzy Falak dan Aishah Sinclair.
Mengakui tentang hal tersebut, ibu beranak satu ini begitu teliti dengan setiap perancangan yang dilakukannya.
Kerana semangat dan kecekalannya juga, perancangan memiliki sebuah butik khas buat ibu-ibu moden terlaksana jua. Pada Rabu lalu, butik Dynas Nursing Attire atau DNA telah dilancarkan di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor.
“Rasanya, ini adalah permulaan saya dalam menjalani perniagaan DNA dan bersyukur kerana gelaran selebriti yang dimiliki sedikit sebanyak membantu menaikkan nama butik ini.
“Sebenarnya, jika kita lihat zaman sekarang, semakin kurang para ibu yang memberikan susu mereka kepada anak-anak dan salah satu faktornya adalah tiada pakaian yang sesuai buat mereka lebih-lebih lagi buat ibu yang berkerjaya.
“Dengan rekaan pakaian untuk ibu ini, saya berharap tiada lagi ibu-ibu mengandung mahupun yang menyusukan anak malu dengan gelaran ‘ibu’ kerana pemakaian yang kurang moden,” tuturnya sambil menunjukkan perincian pakaian DNA yang dikenakan.
Tambah ibu kepada Khyra Khalisa yang berusia satu tahun ini, walaupun bergelar ibu, tidak semestinya seseorang itu tidak boleh bergaya sebaliknya perlu bijak memilih fesyen yang sesuai.
Dalam pada itu, bekas pengacara Beat TV ini bersyukur, sehingga kini tawaran kerjaya seni untuknya masih lagi berjalan seperti biasa. Malah, Dynas juga mula menerima tawaran berlakon watak komedi.
“Mungkin ada yang menganggap janggal bila saya menyatakan tentang keselesaan saya menggalas watak-watak komedi.
“Bahkan sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran You Saka pergi Jauh-Jauh untuk slot seram TV3. Ia sangat menyeronokkan,” selorohnya.
Sementara itu, Dynas agak kecewa kerana sehingga kini dia tidak pernah tahu siapakah peminat yang sentiasa menyokongnya dalam kerjaya seni.
“Sejak berkahwin dan menerima beberapa anugerah, saya tidak pernah terfikir dan tidak tahu pun siapa peminat-peminat saya. Bukan tak nak ambil tahu, cuma takut jika diri saya berubah menjadi riak sekiranya saya mendapati saya ni ramai peminat.
“Bagaimanapun, Alhamdulillah, saya gembira sangat kerana masih ada lagi yang ingin melihat saya berada dalam industri seni tempatan lagi,” tuturnya.
Memandangkan Dynas kini turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan, dia sedang merancang mengajak orang ramai menyertai aktiviti kebajikan bersama.
Kecantikan
Selain berfesyen, penjagaan kecantikan diri secara luaran dan dalaman juga amat penting buat pelakon ini.Kata Dynas, bergelar ibu juga bukanlah satu alasan untuk dirinya semakin malas dengan penjagaan diri.Walaupun bergaya moden, Dynas juga tetap menjaga kecantikannya dengan amalan tradisional Melayu.
“Sejak kelahiran Khyra, penjagaan diri perlu diutamakan lebih-lebih lagi bergelar seorang selebriti.
“Saya masih muda dan kalau boleh saya tak mahu menggalas watak-watak wanita berusia. Bagaimanapun kalau bukan seorang selebriti sekalipun, saya tetap akan menjaga kecantikan diri dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
“Lebih-lebih lagi selepas kelahiran anak, kita wajib berpantang dengan betul dan ia sangatlah mustahak kerana tanpa penjagaan rapi, kesan-kesan penuaan akan berlaku apabila lanjut usia,” tegasnya.

Ujar graduan Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini, pada tahun lalu, dia turut mengamalkan berpantang cara Cina dan India.
Selain itu, Dynas juga tidak lokek mengeluarkan sejumlah wang untuk pergi ke pusat pelangsingan badan, Kunzense.
“Alhamdulillah, melalui Kunzense, berat badan saya telah turun dari 71 kilogram (kg) kepada 59kg. Dan kerana itu saya ditawarkan menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan tersebut.
“Bagi saya, kita tidak boleh menyerah kalah jika ingin mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal dan pada masa yang sama kita perlu berfikiran positif. Saya percaya, semua wanita mahu kelihatan cantik,” tuturnya.
Dalam pada itu Dynas turut mempraktikkan cara pemakanan yang sihat agar penghasilan susu badan turut mempunyai zat yang secukupnya buat anaknya itu.
Foto YAP CHEE HONG
Pakaian: Dynas Nursing Attire (DNA)
p/s syabas untuk Dynas

Sila Klik2 Jika Berminat

♥ Penampilan dan Kerjaya WAHEEDA ♥


Siapa kata Waheeda tidak aktif lagi, malahan isteri kepada Akhil ini lebih dan terlebih aktif lagi adalah. Hehe. Penampilan Waheeda juga dah banyak berubah, semuanya dah tertutup kecuali matanya maknanya dia sekarang berpurdah sepenuhnya. Waheeda ni kerjanya sekarang jadi komposer lagu dua lagu ciptaannya iaitu Ighfir Zunubi dan Subhanak diberikan kepada suaminya. Selain itu Waheeda juga seorang businesswoman dengan membuka kedai menjual perniagaan abaya (jubah Arab).

Sila Klik2 Jika berminat
 

Monday, May 30, 2011

♥ Balqis Admit Ward - 15 April 2010 ♥

Biler anak tak sihat sape yang paling susah hati
mama @ papa?of couse la mama sampai tak leh tido malam
asyik dok jaga tengok suhu badan anak..
balqis demam plak macam ari tu, on off minggu lepas dah demam
minggu ni tetiba demam balik, mungkin cuaca tak menntu
kalo takat batuk + selsema gagah lagik mama tido lena
tapi kalo demam memang tido tak lena, takut suhu naik
sentiasa standby ubat voren supp kalo suhu terlalu tinggi
balqis dah lama tak demam, tapi kalo sekali demam memang teruk
nak2nya kalo yang 3 serangkai, batuk + selsema
risau kejadian lama berulang kembali, takat ni balqis tak admit lagik
demam on off je, risau jugak kalo jadik teruk...
entry b4 this pasal balqis admited warded
gambo lama time hospitalized b4 this
memang rasa tak sanggup nak dikenangkan...
menitis air mata biler tengok gambo balqis ni...
ni gambo time balqis admitted b4 this 15 April 2010
kena masuk air sampai 5 botol
baik punyer duduk...
menan yang menemani balqis selama 7 hari, lama giler mama berkampung kat ward
manja papa...dah la susah nak makan
graf suhu demam balqis, on off kan
selama 1 minggu dok hospital, rasanya dekat 20 lebey ubat voren supp tu dimasukkan
suhu paling tinggi 42
time ni kena amik darah untuk test takut ada H1N1 @ denggi
time ni memang tengah banyak kes H1N1 & denggi
menangis2 mama time ni biler balqis cakap
"mama, sakit mama, sakit tangan balqis ni"

doktor masukkan jarum nak amik darah
bill selama 1 minggu...
balqis kena pi fisioterapi untuk kurangkan kahak dalam paru2
punca demam adalah jangkita kuman dalam paru2
tu yang demam lambat sangat nak baik
sehari sampai 5 kali Neb, rasa dah tak sanggup nak tengok
mama dok sepital asyik berlinangan air mata je...
Mama berdoa agar perkara yang sama takkan berulang lagik
serik rasanya biler dapat plak sepital yang servis tak memuaskan..
ops...statement...nanti ada plak yang ke saman...
tu sekadar pendapat mama je k

kepada kengkawan semua, demam adalah merbahaya untuk kanak2
jika dibiarkan ianya berlarutan sampai suhu naik mendadak
boley menyebabkan cacat, bahaya selalunya kanak2 umur 2bulan sampai 3 tahun
berisiko besaq leh kena sawan k, so beware jangan biar suhu naik
sampai tarik sawan, bahaya untuk pertumbuhan otak anak kita...
untuk full story pasal admitted balqis b4 this, leh klik2 link kat bawah ni
Sila Klik2 Jika Berminat

♥ Gambar Petunangan Elly Mazlien ♥


Tahniahlah kepada pelakon Elly Mazlein kerana selamat ditunangkan dengan pasangannya yang juga duda anak dua, Azmi Hata. Acara berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort dengan menaiki kereta kuda (macam Willi and Kate). Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung. Tarikh pernikahan pula dijangka pada bulan Febuari 2012 akan datang. -gambar mStar

Sila Klik2 Jika Berminat

♥ Balqis ♥ Puzzle & I'M So Sorry ♥

Morning semua, weekend yang takde aktiviti sebab balqis demam
minggu lepas dah demam, then dah baik pastu jadik lagik, kali ni on off plak demamnya
dengan cuaca yang tak menentu selalu je anak kurang sihat
dah lama balqis tak demam, so weekend tak de pi mana pun...dok rumah je...
jom layan aktiviti balqis di rumah

antara salah satu menan yang balqis suka adalah PUZZLE
balqis minat tol main puzzle ni...

puzzle dora balqis


jari jemari chomell yang menyusun puzzle


balqis pandai melekatkan puzzle tu mengikut bentuknya
dan hasilnya....tanpa bantuan mama k
kasik enterprame sikit

penuh kusyuk nak menyiapkan puzzle tu

sepatutnya ari Ahad tu kami ke Birthday party Zharfan anak Suzie
tapi last minit tak jadi sebab balqis tak sihat
sama cam Gathering suziey.com b4 this yang last minit mama tak jadik pi
sebab papa xcident, rasa sedey sangat tak dapat nak join
tapi nak wat camne balqis tak sihat plak, so terpaksa la batalkan last minit
rasa seronok kalo dapat jumpa kengkawan kan
to suzie: mama minta maaf sangat2 sebab tak dapat datang, rasa bersalah pun ada

p/s mood - unhappy sebab balqis tak sihat + rasa bersalah + nak cari keje lain..
p/s top 12 contest tak sempat announce ari ni, sebab weekend tak sempat prepare ape pun...
Sila Klik2 Jika Berminat

Sunday, May 29, 2011

♥ Darling Ngasri Selamat Melahirkan Anak ♥


Tahniah lah kepada Darling Ngasri kerana selamat bersalin anak sulungnya. Selepas diberitakan hamil 2 bulan pada bulan Oktober 2010 yang lalu dan kini tip top dah selamat bersalin. Nama anak Darling ni, Nur Nashrullah Nur Azlin dan dilahirkan pada 21 Mei 2011. Dengan kehadiran cahaya mata ini boleh membuatkan rumahtangga Darling dan suami lebih bahagia dan kekal selamanya. :) -gambar FB Anne

Sila Klik2 Jika Berminat

Friday, May 27, 2011

♥ Yusry CONFIRMkan Hubungan CINTA dgn LISA ♥


Gosip yang mengatakan Yusry KRU bercinta dengan seorang pelakon manis, Lisa Surihani selama ini terjawab, apabila Yusry KRU sendiri dengan penuh semangat memberikan komen mengenai hubungan mereka. Hubungan mereka ni katanya bukan kawan namun lebih kepada itu makaanya terlebih rapat. Jawapan yang diterima ini membolehkan hati-hati tergugat jejaka diluar sana boleh tergugat, termasuk lah Amir di gelanggang Maharajalawak minggu ke-5. Kekeke..
Ya, saya pernah berjumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara yang paling baik ialah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan kami. Namun terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah perkahwinan. Jika jadi, Alhamdulillah. -portal Gua
p/s sumber izyan.com
p/s ape pendapat kengkawan?
Sila Klik2 Jika Berminat

♥ AWAS...Jangan Linkkan Ia ♥

FB vs Blog, seriously mama suka Blog lagi berbanding FB
nape?sebab kat blog leh citer panjang2 then FB hanya untuk cari kawan2 lama
then upload gambo untuk simpanan & tatapan je
berbalik pada tajuk kat atas tu
sape2 yang nak share entry mama leh je mama bagi je tak de masalah
tapi kasitau dulu k, leh gak mama jengah blog tu balik
cuma kalo leh jangan linkkan kat Facebook
sebabnya kat opis mama tak de sape2 pun tau mama ada blog
melainkan Mamalieyna je, kalo ada yang tau pun diorang tak tau website blog mama tu
mama tak suka kawan2 kat opis tau, sebabnya nanti ada la yang nyebok
suka sok sek sok sek citer kat orang lain
kadang2 orang satu opis ni suka gak jaga tepi kain orang lain
so lebey baik diorang tak tau dari tahu tol tak
kalo dpat yang sekepala tak pe la jugak
see FB mama kalo ada sape2 yang nak add leh la cari nama
anje a.k.a mamabalqis
@

kalo nak tau kat FB mama pun , mama tak letak semua butiran peribadi atau sampingan lain
tak suka & tak mau dijejaki k, cukup sekadar simple2 je...
so hope sape2 yang nak share entry leh je tapi tak yah link kat FB k
entry ni bukan nak tujukan pada sesiapa, cuma nak kasitau je...jangan mare...

Sila Klik2 Jika Berminat   

♥ Gadget Oh Gadget - $$$ ♥

Jangan sesekali terjebak ke kancah dslr ni k, kalo dah terjebak sure
akan ada banyak fulus yang bakal mengalir
nak2nya kalo yang jenis suka survey2, mula2 kata survey
tapi last dok teringin nak beli sampai masuk dalam mimpi dah beli...ha...ha...ha...
al kisah semalam sekali lagik pi Digital Mall
tapi tak de beli ape pun, papa nak servis lappy gedabak papa tu je k
dalam dok tunggu  lappy di servis, then kami jenjalan sekitar Digital Mall
nama pun Digital kan sure la banyak barangan intelek, camera, hanset yang ada kat situ
mula2 dok tengok Ipad, ramai tol orang beli, ada gak yang beli Sony Galaxy tu
papa tertarik dengan HTC, dah dok tenang2, tapi dek kerana baru je beli hanset
tak de la beli...kweng2 sape soh beli cepat sangat kan tak dapat HTC
Then masuk ke kedai syurga DSLR...adei berpinar mata
kalo bawak RM50 confirm tak dapat bawak balik satu barang pun k
semua rege mahal2 belaka, kami tak beli ape pun just tengok2 je
tengok punyer tengok berkenan nak beli Lens...

sejak memiliki cik Canon ni, asyik nak membeli alat make up dia je..
maintenance tinggi tol la cik canon ni

yang lagik sorang ala2 Pro G ni pun maintenance tinggi gak
sebelum tu dah pernah survey barang2 tu semua kat website
orang kata survey dulu sebelum beli takut nyesal nanti kan
pagi tadi tanya fiza, kena tanya orang yang pakar bab2 ni k
mama ni masih new lagik, kang kena goreng dengan tokey kedai tu
main beli je la jawabnya, pastu nyesal
TQ fiza bagi cadangan

ni la lens yang bakal mama nak beli 50mm, range rege RM300++ je
yang ni mahal gak la...lom ada budget k...

mama snap pic pun ala2 beginner je..
so pakai lens biasa je la untuk lens photo punyer
leh la snap2 pic balqis
cik Canon mama tak de speedlite, semalam sempat gak la tengok
mahal jugak k, tak de nya yang murah, semua main fulus yang ratus2 punyer
adei masuk dalam waiting list je la ek
then dok berangan nak beli tripod yang kukuh sikit
almaklumlah masa beli dulu dapat yang biasa2 je
tak berapa kukuh lagik...risau plak letak dslr pastu tumbang plak tripod tu
benda FREE kan kalo nak hebat2 sila beli sendiri

ni sumber2 yang mama baca dari website
tapi ape yang mengecewakan adalah...
encik Bank Negara a.k.a Menteri Kewangan a.k.a Papa
enggak mau kuarkan model untuk semua idaman mama tu
katanya dah banyak membeli menang memakai
sila la pakai sampai lebam, adei nampak gaya kena kuar budget sendiri
sib baik teropong duit nuff + HB ada la sikit, so leh la guna untuk beli nanti
kali ni tak dapat nak goda papa soh beli, sebab malam tadi papa dah kuar budget 2011
surat pekeliling bahawasanya tiada lagi duit akan mengalir keluar untuk barangan gadget
sebab papa ada barang baik punyer papa mau beli...
camne tu...kalo la banyak duit cam tok ti...semua mama beli sekaligus...ekekekek...
p/s tu je la citer orang yang dok berangan nak beli k, dapat lens 50mm dulu pun jadik la
tak kan Menteri kewangan luluskan budget untuk beli baru mama nak beli...jawabnya
sila kumpul duit sendiri k
p/s kengkawan kalo nak something selalu kumpul duit husband @ kumpul duit sendiri nak beli?

Sila Klik2 Jika Berminat

♥ WordLess Friday - RM & $$$ ♥



wink**esok cuti
Sila Klik2 Jika Berminat

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.