Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Wednesday, November 30, 2011

♥ Holiday Melaka - Negeri Bersejarah (Part 4) ♥


Lepas posing2 kat bawah balqis dok sibuk ajak nak naik puncak Afamosa tu...
leh tahan tinggi gak la lenguh kaki mama naik tangga, nampak sangat2 la dah lama tak jogging k...
pemandangan dari atas....
nampak kapal cruise, balqis dok sibuk ajak pi dekat kapal tu...nak naik katanya












haq ni dia dah suruh stop snap2 k...












kalo tak salah mama dalam Afamosa tu ada makam pahlawan dulu2
tapi bukan pahlawan Malaya la...papa tak berapa suka sangat pi naik atas ni
sebab ada makam kan...bawa balqis plak tu takut jadi ape2 plak
tapi balqis paling suka la pi sini, kami snap2 pic kat luar Afamosa je...
dapatlah bergambar kenangan kat sini.....
lepas tu kami turun pi makan2 then singgah masjid solat Maghrib then ke acara seterusnya.....

♥ Upin & Ipin Penarik Kanak-Kanak Ke Muzium Negara ♥

Bersempena cuti persekolahan ini, syarikat animasi tempatan Les' Copaque Production yang terkenal dengan watak kembar Upin & Ipin telah menganjurkan pameran animasi secara besar-besaran dengan kerjasama pihak Muzium Negara. 

Pertama kali diadakan di Malaysia, pameran animasi yang diberi nama ‘Jejak Upin & Ipin’ ini akan berlangsung pada setiap hari, bermula dari 26 November hingga 31 Disember 2011, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Bersesuaian dengan cuti persekolahan yang panjang, ‘Jejak Upin & Ipin’ dijangkakan bakal menerima kunjungan ribuan pengunjung dari pelbagai negeri. Ini terbukti apabila pada hari pertama ia dibuka, pihak Muzium telah menerima lebih dari 2000 orang pengunjung ke pameran ini.

Pelbagai bahan pameran menarik yang telah disediakan di antaranya bagaimana proses sebuah animasi disiapkan, Replika Rumah Opah, pencapaian syarikat Les’ Copaque Production dari dalam dan luar negara, serta pelbagai bahan pameran yang berkaitan dengan latarbelakang Upin & Ipin. 

Pameran yang berlangsung selama 31 hari ini direka khas bagi pengunjung serta peminat setia Upin & Ipin yang masih belum berkesempatan melihat karakter itu secara dekat dan mengetahui bagaimana ia dicipta. Oleh itu, pihak Les’ Copaque Production berusaha untuk memenuhi permintaan para peminat yang datangnya dari seluruh pelusuk negeri.

Motif utama Les’ Copaque bekerjasama dengan pihak Muzium Negara adalah untuk menggalakkan anak-anak kecil dan remaja supaya mengisi masa mereka dengan melawat ke muzium. Apa yang lebih menarik lagi, bagi setiap pembelian tiket masuk ke pameran ini pengunjung akan mendapat baucer makanan percuma tajaan KFC Holdings Malaysia. 

Lebih menarik, selain daripada gerai-gerai cenderamata, pelbagai aktiviti pentas juga bakal diadakan termasuklah persembahan teater Upin & Ipin. Tiket boleh didapati dengan harga RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. Apa tunggu lagi, jangan ketinggalan untuk ke pameran ‘Jejak Upin & Ipin’ di Muzium Negara yang bakal berlangsung sehingga 31 Disember ini.

♥ BE TERbaik di Abad Ini ♥

orang lain BE lagi meletop2 mama baru takat ni je la yang termampu
since takde tenet kat opis update blog berjadual so wat takat yang mampu je la
untuk iklan Mamil Gold tu ingatkan dah stop running
rupanya ada lagi saki baki iklannya...
Alhamdulillah atas rezeki yang ada....berusaha sekadar yang mampu je
dah berBW dah tak de la sekarang, komen2 kat blog mama pun dah tak banyak
sebab mama tak BW so blogger lain pun tak BW...
tapi mama masih ingat kawan2 semua k...
dari sejak wujudnya blog mama ni..

so entry BE ni untuk tatapan peribadi mama je...bukan nak nunjuk2 orang lain dapat lagik banyak dari tu...

♥ Holiday to Melaka - Part 3 ♥

Morning semua sambungan entry semalam k, lagi 2 hari nak cuti balik sonotnya...
time ni hujan dah mula berhenti, tapi susah tol nak cari parking area kota Afamosa ni
so last2 papa parking kat dalam Dataran Pahlawan je...
so after parking kami ke Kota Afamosa....
balqis la yang suka sangat sebab tengok ada banyak beca kat situ...
jom layan gambo yang berjaya di snap....

balqis yang dah agak kureng nak bergambo
sebab dah besaq dah mula la pandai demand macam2

ramai pengunjung ari tu, maklumlah cuti sekolah kan
sampai parking pun full....
balqis sibuk nak naik beca, tapi papa cakap tunggu malam nanti baru naik k

turn balqis plak posing,
la ni balqis dah tak nak pakai kasut, suka pakau selipar croc ni je...
kasut raya ari tu tak pakai langsung....rugi2
model cilik peminat tigar baju Tigger



kasi posing sikit kat beca ni
petang tu kami posing kat beca ni
kalo tak salahnya blah malam tu kami naik beca yang sama
cam ada jodoh je nak naik beca yang sama gak.....
senyum...then
masam plak...sebab dok sibuk nak pi naik atas kota Afamosa tu...


b4 this pernah gak pi Melaka, tapi tak pernah sampai kat sini la, selalu jalan2 blah kapal tu je...
tapi serius kali ni still tak puas berjalan gak sebab hari hujan kan..
so aktiviti banyak yang terhad
akhirnya kami tak pi pun Afamosa safari tu
sebab 27km dari Kota Pahlawan...jauh sangat papa malas nak patah balik
papa cakap next time kita pi lagik, so tak de rezeki nak pi....
citer selanjutnya sambungan next entry....

Tuesday, November 29, 2011

♥ Our Journey to Melaka - Holiday Part 2 ♥

Aik mula2 tadi tajuknya PD, la ni Melaka plak?
Then esoknya bangun pagi cuaca cam mendung je...
so papa kata boring la ape kata kita pi Melaka...
keje gila k, semua tak de dalam perancangan, ingatkan nak pi PD je dok berehat2
tup2 papa ajak pi Melaka, orang dah offer ape lagi jangan menolak k
so siap2 bawak semua keperluan then bawak baju sekali kot2 penat + malas nak balik PD
leh la tido kat Melaka plak....kami sampai melaka lebey kurang kol 12 lebey camtu...
papa plan nak pi Kota A'Famosa...nak bawak balqis naik beca...
tapi time tu ujan renyai2 so kami just jalan2 kat situ ronda2 dalam kete je
perjalan mengambil masal lebey kurang 1 jam la
kami ikut highway je berpandukan MR.GPS papago...
then sampai la ke Cowboy Town & A'Famosa Safari...
tapi sayangnya hujan mula turun dengan lebatnya....
so papa plan pi makan dulu, kalo tak hujan datang balik, tapi kalo hujan kira tak de rezeki nak pi la..











mama sempat snap2 dalam kete je...balqis la yang teruja sangat2 nak pi





so after that survey2 kedai makan thru GPS, tapi last2 minit balqis nampak lambang "M"
leh plak dia request nak makan MCD....singgah la kami kat MCD berdekatan dengan TESCO Melaka tu...
then after that journey bermula sampai ke malam....
tunggu next part k....

p/s balqis memang tahan lasak, kami dok gasak bawak dia dari pagi sampai ke esok paginya balqis tak meragam pun, tak mengeluh pun penat...tengah tak de anak kecik ni la nak jalan puas2, tahun depan after ada baby tak leh dah nak jalan2 suka suki camni lagik...

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.