Followers

Friday, January 13, 2012

♥ Hentikan mendulang 'pyrite' Yg Didakwa EMAS ♥

Masa kami degar berita kat dalam TV, perh mesti jadi jutawan segera deme semua ni...
tapi nyata jangkaan tu meleset...untuk berita selanjutnya sila baca info dibawah...

JOHOR BAHRU 11 Jan. - Orang ramai yang terlibat dengan aktiviti 'mendulang emas' di Kampung Melayu Majidee di sini diminta menghentikan aktiviti itu kerana ia bukan sahaja tidak memberi faedah tetapi juga merosakkan infrastruktur serta mengganggu ketenteraman penduduk kampung berkenaan.


Ahli Majlis Zon Kampung Melayu, Azman Dawam berkata, aktiviti mendulang dan mencari batu yang telah disahkan sebagai mineral jenis 'pyrite' itu telah dijalankan sejak seminggu lalu dan turut merosakkan jalan yang baru diturap di kampung berkenaan.
''Rata-rata penduduk kampung ini sudah tidak lagi menjalankan aktiviti tersebut setelah ia disahkan bukan emas tetapi orang luar masih datang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kampung Melayu Majidee menjadi tumpuan ramai sejak seminggu lalu selepas batu-batuan di Jalan Mewah kampung berkenaan didakwa disaluti emas.


Susulan itu, Jabatan Mineral dan Geosains negeri yang membuat kajian ke atas batu tersebut semalam mengesahkan bahan berkenaan bukannya emas, sebaliknya sejenis mineral dikenali sebagai 'pyrite' yang tidak bernilai.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan hari ini mendapati orang ramai masih mendulang dan mencari batu-batuan dari awal pagi sehingga ke lewat petang.


Dakwaan mengatakan batu berkenaan bernilai dan boleh dijual di kedai emas membuatkan orang ramai masih menaruh harapan meskipun hingga kini tiada bukti mengesahkan dakwaan tersebut.
Seorang suri rumah, Zarina Abdullah, 34, dari Taman Seri Setanggi di sini mengakui membaca laporan berita mengatakan batuan tersebut bukannya emas, namun ia tidak menghalangnya untuk mencari 'emas' tersebut.
"Walaupun mereka kata itu bukan emas, saya tetap cari, manalah tahu kalau ada nasib. Kalau bukan emas pun, saya tetap akan simpannya sebagai barang hiasan dan kenang-kenangan," katanya.


Seorang warga emas, Zaiton Seman, 64, dari Taman Molek di sini pula sanggup datang ke kampung itu hari ini selepas mendengar mengenai penemuan 'emas' itu dan mengakui tidak mengetahui batu tersebut bukannya emas kerana belum membaca berita tersebut hari ini.

3 comments:

Em's Family said...

sekurang2 nya usaha mereka nak jadi kaya ni ade lah jugak.. at least ade ikhtiar nak cuba nasib.. :) bukan rezeki derang this time

Salina@IbuAqil said...

Hik3!! Semangat je nengok deme duk leka mendulang tu sis.. ;) Happy weekend dr kami.. ;D

Nana said...

katanya dah ada yg jual sebelm kuar paper
dh ada tg dpt puluh2 ribu hasil jual menda ni hehe
btuah sape org tu
rezeki terpijak

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.