Followers

Friday, January 13, 2012

♥ Won Ticket - Badminton Final (Maybank Malaysia Open) ♥

Papap kat minat giler dengan badminton, so this coming Sunday kol 12tengahari kami akan 
saksikan perlawanan akhir Badminton...papa harap sangat la Lin Dan akan berlawan dengan Datuk Lee Chong Wei, tapi Lin Dan dah kalah, so dapat tengok Chong Wei je la
1st time nak tengok live ni, camne la reaksi balqis nanti...mau ke dia dok diam..
eh dari mana kami dapat tiket tu ek?biarlah rahsia k
lupa nak snap2 pic tiket tu, after pi nanti mama publish k...
kalo tak de ape2 masalah papa nak pi sangat2....

this this week jaduah penuh ke sana sini...tambah plak lagik nak bagi reward kat Balqis
nak pi Zoo Negara this saturday kalo jadi la,kena tunggu kata putus dari kawan mama samada dia on duty that day ke tak.... sebab sunday nak pi tengok final badminton....
Pi Zoo tiket FREE k, sebab kawan mama keje kat Zoo Negara tu....
yippie every year pi zoo tiket FREE....

kali ni Badminton ditaja oleh Maybank...

ni plak berita pasal Lin Dan kalah tu...

KEJUTAN atau sandiwara China? Itulah persoalan yang timbul apabila juara dunia empat kali Lin Dan terkandas di pusingan kedua apabila tumbang mengejut kepada Jan O Jorgensen dari Denmark 14-21, 21-15, 21-15, semalam.
Namun, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei meniti laluan berbeza apabila menewaskan pemain Jepun, Kazushi Yamada 21-8, 21-18 sekali gus mencerahkan harapan memenangi kejuaraan kelapan selepas ketiadaan musuh ketatnya itu.
Jika Chen Jin menentang Lin Dan sekalipun, Lin Dan akan memberi kemenangan kepadanya bagi membolehkan ranking rakan itu naik. Taktik ini bukan asing kerana mereka sering melakukannya. - Peter Gade, Pemain veteran Denmark
“Saya tidak mahu terlalu yakin kerana tanpa Lin Dan, saya tetap perlu berdepan beberapa nama besar seperti Taufik Hidayat di suku akhir esok (hari ini) dan kemungkinan besar Chen Long di separuh akhir,” katanya.

Begitupun, kekalahan Lin Dan mungkin dirancang China lebih awal bagi mengelakkan dia dikatakan ‘menjual perlawanan’ ketika menentang rakan senegara Chen Jin di suku akhir, hari ini.

Ini kerana ramai menjangkakan Lin Dan akan memberi kemenangan kepada Chen Jin bagi membolehkan rakan senegaranya itu naik satu tangga dalam ranking dunia ke kedudukan keempat bagi membolehkan China memiliki tiga wakil di Sukan Olimpik nanti.

Peter Gade turut tidak menolak kekalahan Lin Dan adalah komplot sengaja dirancang awal China. 
“Jika Chen Jin menentang Lin Dan sekalipun, Lin Dan akan memberi kemenangan kepadanya bagi membolehkan ranking rakan itu naik. Taktik ini bukan asing. Mereka sering melakukannya,” katanya.

Jorgensen yang menundukkan Lin Dan pertama kali daripada enam pertemuan akur Lin Dan bukan beraksi 100 peratus.



p/s China kalo man mesti bagi peluang kat kawan2 naikkan...good la deme ni...
p/s Bulan Mac ni ada Anugerah Bintang Popular kan?InsyaAllah kami dapat tiket VIP untuk pi...
jeles tengok kawan2 snap2 pic dengan Artis...kalo ada rezeki dapat tiket tu la...papa tak berapa suka yang sebonanya, tapi mama nak merasa....
p/s then this year ada Formula 1 kan, kami dapat tiket VIP juga(kalo ada rezeki)...nge2...

1 comment:

Liz Rohaizat said...

ood la deme ni" mmg ada udang disebalik batu sebab nak make sure ketiga2 pemain perseorangan mereka layak ke Sukan Olimpik. taktik kotor!

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.