Followers

Monday, February 20, 2012

♥ Dividen KWSP 6% ♥



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen enam peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat 20 mata asas berbanding 5.8 peratus untuk tahun 2010.
Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata, kadar dividen ini adalah tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya, berbanding RM21.61 bilion yang dibuat untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata, 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP, walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperolehi pendapatan pelaburan kasar RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

“Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP, berserta usaha berterusan pasukan pelaburannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif,” katanya.

Setakat 31 Disember 2011, Samsudin berkata, jumlah aset pelaburan KWSP terus mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada 2010.

“Pertumbuhan ini disumbangkan sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada pencarum dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten,” katanya.

Beliau juga berkata, ekuiti merupakan penyumbang pendapatan terbesar sebanyak RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan.

“Ini diikuti pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta,” katanya.



1 comment:

atie said...

6% sikit la mama.... pernah sampai 13&.... apa... biasalah kerajaan ...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.