Followers

Monday, April 30, 2012

♥ E filing LHDN Malaysia – Cukai Pendapatan - Dah Buat Ke? ♥


Sistem e filing LHDN Malaysia melibatkan borang cukai tahun taksiran 2011 sudahpun dilancarkan bermula 1 Mac 2012 yang lalu. Sehinggakan ada yang sibuk bekerja dengan urusan masing-masing sampai masih tak sedar akan keperluan membayar cukai pendapatan pada waktu sekarang ini.
Kalau dahulu pembayar cukai kena beratur panjang untuk mengisi borang, sekarang ini :
  • LHDN Malaysia dah pun sediakan sistem e filing LHDN(secara online). Lebih mudah!!
  • Terbaru LHDN Malaysia untuk tahun ini, buat pertama kalinya menyediakan kemudahan pengemukaan borang nyata Cukai Pendapatan Individu bagi pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (BE) melalui platform di peranti mudah alih.
e Filing LHDN Malaysia (Cukai Pendapatan ) – Pertama Kali Guna Sistem eFiling?
Jikalau anda baru pertama kali menggunakan sistem e filing LHDN Malaysia ini, apa yang perlu anda lakukan ialah membuat permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :
  1. No.Rujukan Cukai
  2. Alamat terkini
  3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
  4. No telefon
Ataupun anda boleh juga pergi sendiri ke pejabat LHDN bagi mendapat nombor pin untuki akses masuk ke sistem e filing LHDN Malaysia. Manakala pembayar cukai yang pernah menggunakan e-Filling boleh terus menyediakan :
  1. Nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor pin
  2. Menyediakan dokumen penting seperti penyata gaji daripada majikan iaitu borang EA atau EC 
  3. Menyediakan segala resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan cukai sebelum memasukkan data-data ke dalam e-Filling
  4. Tetapi, pembayar cukai seperti anda tidak perlu menghantar borang EA atau EC, resit premium insurans, resit pembelian buku atau perubatan.
  5. Dokumen sokongan berkenaan perlu disimpan selama tujuh tahun untuk memudahkan LHDN menyemak sama ada tuntutan itu adalah benar. Atau seelok-eloknya sehingga 12 tahun lamanya

 e Filing LHDN Malaysia (Cukai Pendapatan ) – Pertama Kali Guna Sistem eFiling

Kemudian setelah anda berjaya mendapatkan no PIN tersebut, anda perlu :
  1. Tentukan anda pembayar cukai daripada kelompok yang mana satu. Samada (gaji/peniaga) ?
  2. Akses masuk ke laman web e filing LHDN
  3. Pilih kelas anda. Samada anda – Be (gaji) ataupun B jika anda berniaga
  4. Jika anda penerima gaji pastikan kesahihan jumlah gaji anda sebelum masuk ke e-filing
  5. Jika anda peniaga (B) pastikan penyata akaun untung rugi dan Kunci kira-kira tersedia lebih awal sebelum masuk ke e filing LHDN Malaysia. Pastikan anda buat semakan melalui mana-mana akauntan terlebih dahulu, untuk membuat semakan sebelum akses masuk ke laman e filing LHDN Malaysia
Selalunya denda kerana terlewat/tidak menghantarkan borang ‘cukai pendapatan’ adalah sebanyak RM 200. Tarikh terakhir untuk menghantarnya, adalah pada 30 April 2012 ini.

Harap dielakkan untuk menunggu saat-saat akhir, barulah hendak bertindak untuk mengisinya. Akhirnya nanti apabila server e filing LHDN Malaysia“hang” anda juga yang akan berhadapan dengan masalah. Sementara keadaan masih lagi “terkawal” inilah, anda gunakan kesempatan dengan sebaiknya.
Kalau tahun lepas kutipan cukai pendapatan yang berjaya dikumpulkan oleh pihak LHDN Malaysia hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya bersamaan RM109.7 bilion. Kami jangkakan dengan peningkatan gaji terutamanya melibatkan kakitangan awam melalui skim SBPA kelak, bakal meningkatkan lagi pendapatan LHDN pada jumlah terkumpul pada tahun hadapannya. Mungkin?
p/s Kami Alhamdulillah dah buat, then dapat refund semula....syukur kira rezeki jugak tu...kwngkawan dah submit ke belum?

4 comments:

mama tisya said...

tk byk sgt pn refundnye tp okla ..hehe

Mama Hanim said...

dh settle.. lega kan dpt siap awal2 anje..

Hunny said...

ta, akak mengingatkan saya pasal zakat ni, saya terus online malam ni dan settlekan. Saya dapat claim semua.. hehe

Mama Zharfan said...

me dh buat masa 1st week of march lg..thn ni me dpt refund RM60 ajer heheh biasanya ratus2 RM kalau thn2 lps :P

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.