Followers

Sunday, May 13, 2012

♥ Hari Jururawat, Ibu, Ckgu & Hukum sambutan Hari Ibu ♥


ADA sesetengah pendapat ulama mengharamkan sambutan hari Ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun, di Malaysia, pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah harus. Banyak masjid-masjid turut menganjurkan majlis dan program-program bagi menghargai ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemungkaran serius, pastinya pihak Jakim dan badan ulama akan mengeluarkan kenyataan atau pun fatwa untuk menegur masyarakat Islam dari meraikannya atau menghukumkannya sebagai haram.

1) Dr Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti hafizahullah

Jika cara sambutan Hari Ibu sebagaimana diamalkan masyarakat barat iaitu mengetepikan ibu, tidak menunaikan hak-haknya, tidak berlaku baik kepadanya sepanjang tahun kemudian memberikan perhatian sepenuhnya, mengisytiharkan kasih sayang dan berbuat baik kepadanya hanya pada Hari Ibu sahaja, maka jika begitu ia adalah bidaah yang diharamkan. Jika sambutan itu ialah satu juzuk daripada bentuk mempamerkan kebaikan berterusan kepada ibu dan kasih sayang terhadapnya sepanjang tahun, maka tidak salah untuk turut serta bersama orang-orang lain dalam usaha menegaskan hakikat sebenar berbuat baik kepadanya serta menyayanginya bersempena tibanya Hari Ibu.

2) Dr Rajab Abu Malih

Ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini :

Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan yang datang dari luar agama maka ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya. Dalam agama kita sudah cukup menjadikan kita yang memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti.

Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat-adat kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dengan Islam dan garis panduannya serta mempunyai asal dalam syariat kita, maka tidak haram dan tidak makruh.

Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yang berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua, iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis-garis panduan.

3) Dr Muhammad Bakr Ismail

Sambutan ini dikira bidaah dari sudut adat kebiasaan bukan bidaah dari sudut ibadat. Bidaah adat tidak disuruh mahupun dilarang oleh Islam kecuali apabila berkait dengan agama sama ada secara dekat mahupun jauh. Maka apabila adat-adat ini menzahirkan kesetiaan dan mengiktiraf serta mengajak supaya berbuat baik kepada sesiapa yang layak menerima kebaikan itu seperti ibu bapa, nenek dan datuk, maka Islam menerima adat-adat sebegini. Tetapi jika adat-adat ini menzahirkan yang sebaliknya, berlaku pula perkara-perkara yang dilarang seperti pembaziran melampau, hiburan yang sia-sia, maka ia dilarang Islam.

4) Dr Abd Fatah Asyur

Sambutan hari-hari tertentu yang memuliakan manusia atau memperingati peristiwa yang baik tidak disebut oleh sesiapapun sebagai sambutan keagamaan tapi ia ialah peluang menzahirkan perasaan bagus terhadap orang yang melakukan kebaikan kepada kita antaranya apa yang disebut sebagai Hari Ibu.Ibu mempunyai kedudukan khusus dalam agama Allah bahkan dalam setiap agama.

5) Syeikh Hamid Al-Attar

Sambutan Hari Ibu pada satu hari yang ditetapkan, di sisiku sekurang-kurangnya makruh hukumnya. Dan tidak jauh untuk jadi haram, bukan sebab bidaah tapi sebab taqlid orang bukan Islam dalam adat-adat dan perayaan-perayaan mereka. Dalilnya “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya.” Riwayat Abu Daud.

6) Dr Muhammad Abd Latif Banna

Beliau berpendapat tiada larangan untuk menyambut perayaan dengan syarat:

-Dalam sambutan itu, tiada perkara yang ditegah syarak seperti ikhtilaf (pergaulan atau percampuran bebas)

-Tidak bertujuan meniru/menyerupai orang barat.

-Sambutan ini termasuk sambutan sepanjang tahun (tidak terhad pada hari tertentu sahaja bahkan sepanjang tahun tapi dikhususkan hari tertentu mungkin untuk lebih kerap meluangkan masa bersama atau memberi hadiah.

p/s ape pendapat kengkawan?

5 comments:

mamaRIFQY said...

Kesimpulannya..kite mmg tak sambut hari ibu! depan pada pandangan masing2..tepuk dada, tanya iman

Aju Mohit said...

asalkan tidak melakukan perkara yng dimurkai Allah kan, sebab menggembirakan ahli keluarga lagi amalan mulia lagi berpahala ;)

Mummy said...

salam ari isnin...
pada pendapat sy tiada salahnya menyambut hari ibu selagi takder upacara atau ritual yg dibuat seperti org barat dan melanggar hukum agama...sayang ibu setiap hari cuma ada hari tertentu kiter sama2 adik beradik meraikan ibu kiter...tp jgn plak wat kat disco atau bercampur lelaki perempuan yg bukan mahram...
cer tgk link nih
http://keretamayat.blogspot.com/2012/05/hari-ibu-haram.html

cik dah faridah said...

hai anje..sy x pandai sgt bab2 gini..tp mmg x sambut pun...

ayat last skali tu "Sambutan ini termasuk sambutan sepanjang tahun (tidak terhad pada hari tertentu sahaja bahkan sepanjang tahun tapi dikhususkan hari tertentu mungkin untuk lebih kerap meluangkan masa bersama atau memberi hadiah."

hari lahir ibu pun kiter leh rai besar2 an kan..x pyh tggu bln mei hari ibu yg org dok rai sgt2 ni..masa tu luangkan masa sebaik mungkin dgn ibu...hari special ibu di hari lahir...

ujee said...

Dalilnya “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari kalangannya.” Riwayat Abu Daud

so baik x payah sambut...
hari2 pun adalah hari utk ibu....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.