Followers

Monday, May 14, 2012

♥ Trailer Mencari Cinta - Nora Danish & Rusdi Ramli ♥

Trailer ‘Mencari Cinta’ versi raw edit lakonan Nora Danish & Rusdi Ramli yang dilancarkan sejak 7 Mei lalu mula mendapat respon yang positif daripada peminat. Filem ini berkisarkan Razlan lakonan Rusdi Ramli, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab.
Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya, Malek di saat majlis perkahwinan mereka kerana Malek mempunyai teman wanita yang lain. Bapa kepada Myra, Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibu bapa Razlan.
Jodoh temukan Myra dan Razlan namun latar belakang Myra dan Razlan begitu berbeza dimana Razlan dibesarkan cara kampung yang beradat, manakala Myra anak orang kaya yang moden cara pemikirannya. Di situ berlakunya konflik antara mereka berdua di mana pertemuan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi cinta sejati.

No comments:

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.