Followers

Tuesday, July 31, 2012

♥ Alhamdulillah Sharifah Aleya Sudah Berhijab ♥

Pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya dikatakan sudah mula mengenakan hijab sejak 1 Ramadhan yang lalu. Di bulan yang mulia ini beliau mengambil pendekatan untuk berubah, akan tetapi beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengapa dan sebab apa beliau mahu berhijab.


Selain itu, Aleya turut menyatakan bahawa pihak keluarga menyokong penghijrahan yang beliau lakukan dan menerusi temubual dengan pihak portal murai.com.my, Aleya berkata, ”Alhamdulillah kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan.”


Menurut Sharifah Aleya lagi, Ramadhan kali ini beliau ingin membuka lembaran baru, tambahan pula ini merupakan Ramadhan pertama beliau tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada dua orang cahaya kembar, iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena yang masing-masing berusia 3 tahun.


Namun begitu, keadaan ini langsung tidak memberi kesan kepada dirinya kerana kehidupannya kini lebih gembira disamping keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, Aleya turut mengakui beliau akan rasa kesunyian sekiranya tiada orang tersayang disekelingnya. Oleh itu, sepanjang bulan Ramadhan ini, beliau akan banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.


Dalam masa yang sama, Aleya turut mengaku masih lagi menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suami, Muhammad Ashraf Aasimuddin.

p/s Alhamdulillah berubah kearah kebaikan....

12 comments:

fieda said...

comel pun..alhamdulillah..

syawalsimpsons said...

alhamdulillah...

p/s : alamak baru tau la dier dah berpisah ngan laki dier..bila erk...

Nafisa81 said...

alhamdulillah..

Eliss Mie said...

semoga kekal bertdung dan istiqamah. amin

mama aleen said...

Alhamdulillah..

Huda said...

alhamdulillah..oo xtau dia dah bercerai..jodoh pertemuan Allah yg tentukan..

Masya said...

alhamdulillah...

atty's said...

Alhamdulillah..semoga aleya dipertemukan jodoh dgn org yg baik2 dan kekal hingga akhir hayat

dilazfamily said...

alhamdulillah.comel sangat

Ibuhani said...

Alhamdulillah..smoga kekal hijabnya! Salam Ramadhan dr k.ani!

mamawana said...

Alhamdulillah tumpang gembira..

shera haifa said...

alhamdullilah.. moga diberkati di bulan ramadhan yg mulia nie.. amin

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.