Followers

Monday, July 9, 2012

♥ Scary!!!! Pasangan mengamuk di Kompleks JPM (PARCEL B) - From UTUSAN ONLINE ♥


PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.


Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan. 


Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

8 comments:

MrS. F!zA said...

nk gulingkan kerajaan dgn cra mengamuk mcm tu..alahai..

Liza said...

Pembangkang yg fanatik. Berjihad lah tu konon. :/

Liza said...

Jom join contest dan menang set Sorningware kat blog Liza :)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

aduihai mmg sgt scary, msti lepas ni semakin ketat/susah nak masuk JPM.

Nana said...

menakutkan

mamalieyna said...

iiish seramnya..esok nk tnya en makfon lah..dia kan jaga sana..huu~

Lily@MamaZaraZareef said...

alamak..menakutkanlah..kira serangan ala2 berani mati gakla nih..konon nak gulingkan kjaan eh..huhuhuuh

eyeyou said...

dgr berita kat radio pg td kata yg lelaki tu mninggal dah..pmpn kat sepital..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.