Followers

Wednesday, July 11, 2012

♥ Suspek Amukan Di JPM Parcel B mungkin terkena ilmu hitam-suami ♥


Photo: TERKINI: 2 Suspek Bawa Pedang Samurai Ceroboh Kompleks JPM, Polis Lepas Tembakan!

read http://www.kakibising.com/2012/07/terkini-2-suspek-bawa-pedang-samurai.html


Putrajaya: Muhdalena Ahmad yang ditembak ketika mengamuk bersama seorang lelaki di Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin dikatakan sangat taksub terhadap lelaki itu walaupun baru mengenalinya.

Suaminya yang enggan dikenali juga tidak menolak kemungkinan isterinya terkena ilmu hitam lelaki berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa Imam Mahadi. “Saya tidak sangka dia sanggup mengikutnya walaupun baru mengenalinya beberapa hari lalu. Muhdalena tidak pernah berperangai pelik, tetapi dua tiga hari lalu dia berkelakuan aneh dan amat taksub terhadap lelaki berkenaan,” katanya kepada pemberi-ta di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam. 
Dikawal ketat polis

Muhdalena, 28, dikawal rapi dua anggota polis wanita. Setakat petang semalam, tiada anggota keluarga dibenarkan menemuinya kecuali suaminya yang berkesempatan menyerahkan makanan kira-kira jam 1 tengahari.

Difahamkan, wanita berkenaan meninggalkan dua anaknya bersama ibu bapanya di Kota Damansara pada Ahad lalu dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari. 
Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, Muhdalena cedera di peha kanan, manakala lelaki bersamanya, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa Imam Mahadi mati ditembak. 
Bapa Muhdalena pula berkata, beliau sekeluarga masih terkejut dan sukar menerima hakikat pembabitan anak mereka.

Ahmad Adam, 55, seorang peniaga nasi lemak, berkata beliau mengetahui kejadian itu selepas membaca laporan pembabitan anak keduanya itu di sebuah laman sosial.
“Saya hubungi telefonnya tetapi panggilan dijawab seorang anggota polis. Dia minta saya ke Balai Polis Putrajaya untuk memberi keterangan. Saya terkejut dan kecewa kerana walaupun dia belajar tinggi (lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi terjebak dalam kes itu.
“Walaupun tidak bersekolah agama sepenuhnya, dia memang belajar sedikit pasal Islam pada sebelah petang,” katanya.

Beliau ditemui ketika cuba melawat anaknya, ditemani isteri, Siti Marliah Marjunid, 55; anaknya sulungnya, Ariffin serta dua anak Muhdalena, iaitu Mohd Fariz Kharizmi, 2, dan Mia Ratisya berusia setahun lebih.
Tidak benar melawat


Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melawat Muhdalena kerana difahamkan polis belum merekodkan keterangannya. Dia ditahan reman mulai semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Khalil dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 2 pagi semalam untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

p/s doakan terbaik untuk mereka... sumber kakibising.com



9 comments:

Atia Adina said...

kesiannya kan....cam mana lah sampai tergamak nak ikut...tinggalkan anak2

♥MAMASYAZA♥ said...

takut akak tgk.

Che Rosliza Che mat said...

macam2lah dorang nie..

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

makin ferun tgk manusia zaman skang .. sanggup buat apa saja ..

mummy_ayu said...

TAKUT BACA KES NIE..

Afasz said...

mcm2 kes pelik la skrang ni.

Saya Disini said...

isk3

ejaMaria said...

cinta itu kan buta...

BeRRy MuMMie said...

macam x de kerja lain la dorg ni...scary la tgok!!!

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.