Followers

Thursday, August 30, 2012

♥ Gempar !!! Pembunuhan Paling KEJAM Di Malaysia ♥




TAMPIN(5 Januari 2009) : Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam. Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Katas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang. Berita Harian
  1. Atan Daud, 90-an : Putus Tangan Kiri
  2. Sufiah Katas 80-an : Putus Tangan Kanan
  3. Ismail Awang 60-an : Putus Kepala
  4. Siti khadijah 22 thn : Pisau Tercacak di Dada
Semoga diberikan kekuatan kepada budak perempuan itu yang juga adik suspek. Budak itu pastinya trauma untuk satu tempoh yang panjang. Beliaulah individu yang menjumpai mayat yang dalam keadaan yang sungguh mengerikan dan menyayat hati. Tanpa kepala, pisau tertusuk, tangan dipotong.
Pengajaran demi pengajaran yang sepatutnya diambil daripada tragedi pembunuhan kejam seperti ini, dengan harapan sekurang-kurangnya kejadian seperti dapat dielakkan dengan cara bertindak segera mendapatkan pertolongan dan berikhtiar walau dengan apa cara sekalipun, samada psikiatrik atau kaunselor(bergantung kepada situasi dan keadaan)   jikalau mendapati perubahan perangai yang janggal berlaku pada ahli keluarga kita. Kadang-kadang sekecil-kecil benda inilah yang boleh bawa masalah besar.
Antara masalah utama ialah stigma masyarakat yang mengaitkan Wad Psikiatrik/Doktor Pakar Psikiatrik dengan orang gila sehingga mereka menjadi segan dan malu untuk bertindak




P/S : Memang tidak boleh disangkal lagi tragedi pembunuhan Gemencheh, adalah pembunuhan paling kejam di Malaysia. Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa pembunuhan di Gemencheh ini dan salam takziah untuk keluarga mangsa semoga diberikan kekuatan untuk menerima ketentuanNya.
sumber :http://www.like10x.com

11 comments:

mummy_ayu said...

nauzubillah..ngerinya..of coz adik tu trauma..al fatihah kepada mereka....

eMMe said...

Berita yg plg kejam kite dengar kan...
moga roh mereka aman n tenang di Sana..

SyaNa said...

al-fatihah

ngeri kan..

SyaNa said...

al-fatihah

ngeri kan..

mama tisya said...

al-fatihah utk arwah..mmg ngeri td ada terbaca kt fb gk

::NureeN:: said...

Al-Fatihah...
ngeri sgt2... kecian adik siti mariam... sebatang kara..
yg last pic tue berbaju oren tue ke pembunuhnya??

Sidratul Muntaha said...

al fatihah
yg ni 2nd la anje..
yg 1st kat gemenceh jugak
thun 1982
cer google..
datuk mazlan ape ntah bunuh kuarga datuk taha
yg ni kes antara org umno bunuh org umno jugak
\modus operandi lebing kurang
tpi yg 2nd ni sbb abg dia psiko

mamawana said...

Innalillah... AlFatihah

MrS. F!zA said...

dsytnya...kejam betul!!

eyeyou said...

masa raya ada gak tuan umah yg kita beraya cerita pasal ne tp kita xtaw..baru baca artikel ne..raya sakan sampai xtaw isu semasa..al fatihah buat arwah..

Che Rosliza Che mat said...

memang mengerikan...Al-fatihah..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.